RE: H-Net* Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan Mahathir Mengaku Tak Pandai Baca Al-Quran..??

2002-10-01 Terurut Topik Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central)



Yelaisu yang seiring dan senada dengan puak-puak 
kau...kau suka lakalau yang melintang patah tu kau kata ..bukan isu sapa 
salah...banyak benda lain yang perlu ambik kira...kepala bapak 
kauuu


  -Original Message-From: aduka aduka 
  [mailto:[EMAIL PROTECTED]]Sent: Tuesday, October 01, 2002 2:03 
  PMTo: AbiIman; art jeffries; [EMAIL PROTECTED]Subject: RE: 
  H-Net* Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan "Mahathir Mengaku Tak Pandai 
  Baca Al-Quran.."??
  banyak isu .saudara boleh cedok dari ilmu pemikiran 
  kritis.banyak hipotesis, banyak peryataan yang boleh dikaitkan untuk 
  menjadi isu. 
  BERSATU 
  ! 

   AbiIman [EMAIL PROTECTED] wrote: 
  

Dah kalau bukan isu salah, apa isunya... Kita melihat ketidak 
adilan ini berleluasa sekian lama. Double standard dalam banyak 
bende.

Wassalam
  
  
  
  Get a bigger mailbox -- choose a size that fits your 
  needs.


H-Net* Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan Mahathir Mengaku Tak Pandai Baca Al-Quran..??

2002-09-29 Terurut Topik art jeffries


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
  
 
Salah Sangatkah Nik Aziz Bila Mengatakan Mahathir
Mengaku Tak Pandai Baca Al-Quran..?? 

Sekalung tahniah layak dihadiahkan kepada PDRM kerana
bertindak cepat menjalankan siasatan ke atas Nik Aziz
sejurus selepas laporan polis dibuat oleh seorang
peniaga di Bachok. Seharusnya itulah kerja polis,
cepat dan cekap. Dan memang kebelakangan ini, kita
melihat 'kecekapan' polis semakin menjadi-jadi. Ia
meningkat begitu mendadak berbeza jauh dengan prestasi
yang ditunjukkan sewaktu memburu Mat Komando. Dari kes
'tunjuk ', 'video lucah' hinggalah kepada isu
samseng, PDRM lebih cepat bergerak dari
pelakon-pelakon filem Hindi menukar pakaian semasa
menyanyi! 

Ceritanya bukanlah payah sangat untuk difahami.
Sebagaimana episod-episod lain sebelum ini, apabila
Nik Aziz mengeluarkan kenyataan dalam salah satu
ceramahnya bahawa .. Mahathir sendiri mengaku dia tak
pandai baca Al-Quran.., maka ia mencetuskan kemarahan
ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Bagaimana mungkin
al-fadhil Presiden mereka dituduh sebegitu jahil! Tak
mungkin seorang Perdana Menteri yang ketokohannya
dikagumi seluruh dunia, dan seluruh dunia Islam
menganggap bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh
malah bukankah mereka semua ingin mencontohi Malaysia.
Tiba-tiba dalam keadaan sedemikian, tokoh kerdil yang
bernama Nik Aziz pula mengatakan, Mahathir sendiri
mengaku dia tak pandai baca Al-Quran!! Memang Nik
Aziz sudah melampau! 

Kerana itulah, apabila Nik Aziz tiba-tiba hari ini
memohon maaf di atas 'keterlanjurannya' itu, ahli-ahli
UMNO seluruh negara sepatutnya menerima ucapan
tahniah. Presiden mereka yang tersayang sebenarnya
boleh membaca Al-Quran, dan yang paling gembira
tentulah Zainuddin Maidin yang tentunya baru sedar
bahawa dia sebenarnya selama ini menjadi kuli kepada
orang yang pandai baca Al-Quran sebenarnya. Dan yang
lebih-lebih lagi gembira tentulah Tan Sri Hamid Othman
yang berpangkat Penasihat Agama kepada Perdana
Menteri. Rupa-rupanya, selama ini dia menasihati
seorang yang sudah pandai membaca Al-Quran. 

Itupun kalau terbukti bahawa Mahathir memang pandai
membaca Al-Quran. Soalnya sekarang, pandaikan Mahathir
baca Al-Quran. Apabila Nik Aziz memohon maaf di atas
keterlanjurannya (sebenarnya beliau hanya terlanjur
pada lafaz Mahathir sendiri mengakuÂ…) , agenda
seterusnya ialah menentukan siapakah yang menang?
Walaupun bukanlah satu keperluan sebenarnya untuk
memutuskan pemenang di atas satu-satu isu, namun iklim
politik di Malaysia sebenarnya menuntut ke arah itu.
Bohong sekali sesiapa yang menyatakan bahawa tiada
menang kalah dalam pertarungan politik di Malaysia.
Pasti ada yang menang sekalipun kemenangan itu
terpaksa dibuat-buat seperti berlaku di Pendang. Malah
seandainya yang menolongnya ialah 'hantu' sekalipun,
setiap pertarungan pasti memerlukan kepada pemenang.
Dalam kes baca Al-Quran ini, siapakah yang mendapat
keuntungan? 

Isu ini tidak akan menjadi perbincangan kalau peniaga
yang bernama Mohd Zain dari Bachok itu tidak membuat
laporan polis. Tetapi apabila laporan sudah dibuat dan
akhbar-akhbar sudah mula menjadikan ia sebagai satu
isu, maka khalayak akan bertanya, benarkah Mahathir
pandai baca Al-Quran? Setakat tulisan ini dibuat,
Mahathir masih lagi menyepi di atas isu ini?
Gembirakah Mahathir apabila seluruh negara mula
memperkatakan tentang kepandaiannya di dalam membaca
Al-Quran. Umum mengetahui bahawa Mahathir bukanlah
berpendidikan agama. Walaupun mungkin Mahathir memang
pandai membaca Al-Quran, kebolehannya di dalam bidang
itu tentunya tidaklah lebih dari kepandaian seorang
pelajar tingkatan satu sekolah agama rakyat sekalipun
tidak setaraf dengan seorang graduan sekolah PASTI.
Hujahnya, ayat-ayat Al-Quran bukanlah tema kepada
setiap ucapan yang disampaikan oleh pemimpin dunia
Islam yang dikagumi itu. 

Sekalipun Mahathir pandai membaca Al-Quran, namun
pengakuannya tidak boleh berbahasa Arab adalah satu
perkara yang menarik. Benar, baca Al-Quran dan
berbahasa Arab ialah dua perkara yang berlainan. Namun
kepandaian bahasa Arab itulah yang menentukan setakat
mana kefahaman di dalam menafsir kehendak Al-Quran.
Apa yang pasti, seorang yang memahami kehendak
Al-Quran tidak akan tergamak sama sekali menukar lafaz
Basmalah yang mulia menjadi 'Bismillahi samseng..'
sekalipun untuk tujuan menyindir. Beriktikad dengan
lafaz tersebut boleh menjatuhkan hukuman 'kafir
mutlak' dan seorang pembaca Al-Quran seperti Mahathir
tiba-tiba tergamak menjatuhkan hukuman itu pada musuh
politiknya sekalipun untuk tujuan sindiran. Tidakkah
itu melampau? Apa kata Hamid Othman tentang hal ini?
Di mana pula suara Pengerusi