Siri Satu...
Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib
Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah
untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan
masyarakat yang berpegang teguh dengan
pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan, peraturan
dan perlembagaan hidup,
serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan
kebenaran dan keadilan
di alam ini. Seluruh amal ini dan lain-lain keperluan untuk amalan-amalan
ini serta lain-lain perkara
yang berkaitan yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan
syariat. Kewajipan
melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu
kuasa yang dapat mengendalikan
tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.
Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan
para petugas amal Islam
dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini,
menurut pandangan Islam adalah
satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam
bersegera bangun memikul
tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.
Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam
adalah wajib dan ianya bersifat
wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan
melakukan secara sukarela,
dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut:
Pertama: Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda').
Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada
prinsipnya adalah wajib
kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan
oleh Allah
s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh para Nabi dan
para Rasul kemudian ke atas umat
manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat kelak...
AkAN DISAMBUNG.........