*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERLIS BENAM IMPIAN TERENGGANU
KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Perlis menewaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan
bola sepak Perdana Satu di Stadium Utama di sini malam ini.

BAM LANCAR LAMAN WEB RASMI
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan Pusingan Akhir Piala
Thomas-Uber 2000, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil kesempatan
untuk melancarkan laman web rasminya di alamat "www.bam.org.my".

PERLIS TUMPASKAN TERENGGANU 2-0
KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Perlis menumpaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan
bola sepak Perdana Satu di Stadium Utama di sini malam ini.

STAR-LRT LANJUTKAN PERKHIDMATAN PIALA THOMAS/UBER
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) akan
melanjutkan perkhidmatan sehingga tengah malam semasa Piala Thomas/ Uber
dari
Khamis ini hingga 21 Mei.

KOREA SELATAN BANTU MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Korea Selatan mara ke separuh akhir
Kejohanan
Hoki Remaja Lelaki Piala Asia keempat berikutan kemenangan 4-3 ke atas juara
bertahan Pakistan dalam pusingan awal Kumpulan A di sini hari ini.

JADUAL KEJOHANAN HOKI REMAJA LELAKI PIALA ASIA
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berikut adalah kedudukan kejohanan Hoki
Remaja Lelaki Piala Asia keempat selepas perlawanan hari ini di Stadium
Kebangsaan
Bukit Jalil di sini.

KOREA SELATAN KE SEPARUH AKHIR
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Korea Selatan layak ke separuh akhir
setelah
menang 4-3 ke atas Pakistan dalam pusingan awal Kumpulan A Kejohanan Hoki
Remaja Lelaki Piala Asia Keempat di sini hari ini.

KOREA SELATAN, INDIA, JEPUN DAN CHINA PERINGKAT SEPARUH AKHIR
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Juara bertahan Korea Selatan akan bertemu
India dalam separuh akhir pertama Kejohanan Hoki Remaja Wanita Piala Asia
ketiga
di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada Khamis ini.

DENMARK MAHU MARA KE PERINGKAT AKHIR PIALA UBER
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Denmark yang menurunkan juara dunia Camilla
Martin ingin bermain di peringkat akhir Piala Uber pada 20 Mei ini.

GANDINGAN BEREGU KEDUA MALAYSIA LEMAH, KATA HAN JIAN
KAJANG, 9 Mei (Bernama) -- Bekas ketua jurulatih kebangsaan Han Jian berkata
gandingan baru Cheah Soon Kit dan Chan Chong Ming adalah "amat lemah", dan
ini
boleh mengugat hasrat Malaysia untuk merebut Piala Thomas.

TIKET UNTUK MENYAKSIKAN KEJOHANAN PIALA THOMAS MASIH ADA
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Tiket untuk menyaksikan Kejohanan Piala
Thomas/Uber 2000 di Stadium Putra Bukit Jalil masih ada walaupun kejohanan
itu
akan bermula pada Khamis ini.

NAKHAIE AHMAD NAFI BERKEMPEN UNTUK MANA-MANA CALON UMNO
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Haji Nakhaie Ahmad, penulis buku "Ke Arah
Politik Bermaruah", hari ini menafikan beliau terlibat dengan cetakan kedua
buku itu
yang diubah judulnya kepada "Ke Arah Politik Bermoral".

1,000 PEGUAM TIADA SIJIL AMALAN YANG SAH, KATA MAJLIS PEGUAM
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Majlis Peguam Malaysia hari ini mendedahkan
bahawa kira-kira 1,000 peguam di negara ini tidak memiliki Sijil Amalan
Guaman yang
sah setakat 1 Jan tahun ini.

KERAJAAN YAKIN DAPAT TARIK 8.51 JUTA PELANCONG ASING KE MALAYSIA
BACHOK, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
yakin dapat menarik seramai 8.5 juta pelancong asing ke Malaysia tahun ini.

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SHARMA TANGGUH HUKUMAN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak
permohonan bekas pembaca berita Sharma Kumari a/p Oam Prakash untuk
mendapatkan kebenaran menangguh hukuman penjara tiga tahun ke atasnya kerana
kesalahan memberi kenyataan palsu dalam dua afidavit berhubung saman sivil
terhadapnya.

SINGAPURA MENANG KE ATAS TAIWAN 5-2
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Taiwan mengalahkan Singapura 5-2 dalam
perlawanan pusingan awal Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia
ke-4
di sini hari ini.

ORANG RAMAI PERLU DEKATKAN DIRI DENGAN POLIS
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Orang ramai diminta tampil menemui polis,
tanpa
sebarang perasaan takut atau ragu-ragu, sekiranya menghadapi sebarang
masalah
berkaitan dengan polis dan perkhidmatannya.

KES TEMBAK DOKTOR: KONSTABEL DIARAH BELA DIRI
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang konstabel yang melepaskan tembakan
sehingga menyebabkan kematian seorang doktor di sebuah tempat letak kereta
stesen LRT di sini, diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

MISUARI MASIH KETUA PERUNDING
Daripada Abdul Muin Abdul Majid

JOLO, Sulu, 9 Mei (Bernama) -- Gabenor Kawasan autonomi Islam Mindanao
(ARMM)
Nur Misuari masih lagi ketua perunding kerajaan bagi pembebasan 21 orang
yang
diculik dari Pulau Sipadan, bertentangan dengan laporan yang mengatakan
beliau
telah digantikan.

ANWAR FAILKAN NOTIS RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN KES RASUAH
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan
hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi
selepas beliau didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah.

UMNO MASIH RELEVAN, TIADA PARTI MELAYU LAIN MAMPU AMBIL ALIH
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Umno
masih relevan dan perlu terus relevan kerana ia bukan sahaja menjadi tunggak
kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kerana tidak ada parti
Melayu lain
yang mampu mengambil alih peranannya.

TIADA RUNDINGAN ANTARA TIME-SAPURA SEBELUM 8 JUN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Time Engineering Bhd tidak akan berunding
dan
bercakap dengan Sapura Holdings Sdn Bhd mengenai tawaran Sapura untuk
memperoleh ekuiti dalam Time dotCom Bhd sehingga 8 Jun ini.

MENDAPATKAN BALIK WANG JADI KEUTAMAAN TELEKOM SEBAGAI PEMIUTANG
Oleh Siti Hawa Othman

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keutamaan Telekom Malaysia Bhd sebagai
pemiutang Time Engineering Bhd adalah untuk mendapatkan semula wangnya, kata
pengerusi syarikat telekomunikasi terkemuka ini, Datuk Ir Muhammad Radzi
Mansor.

CN ASIA CORP JANGKA KEMBALI UNTUNG TAHUN INI
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Firma kejuruteraan CN Asia Corporation Bhd
menjangka dapat kembali meraih keuntungan tahun ini dengan peningkatan
perolehan sebanyak 20 peratus, kata pengerusinya Datuk Hilmi Mohd Noor.

PENSTRUKTURAN SEMULA FABER SELESAI DALAM TIGA BULAN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula hutang dan skim
pengurangan modal Faber Group Bhd yang merupakan asas daya majunya,
akanmengambil masa tiga bulan lagi untuk diselesaikan.

INFORMIX SASARKAN JUALAN TUMBUH 30 PERATUS
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pembekal rumusan perisian Informix Sdn Bhd
telah meletakkan sasaran pertumbuhan jualan 30 peratus di pasaran tempatan
tahun ini ekoran peningkatan arah aliran industri e-dagang, kata Pengarah
Urusan
Hong Kok Cheong.

PETRONAS AKAN LANCAR KEMPEN PROMOSI GRAND PRIX F1
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Grand Prix Formula One (F1) Malaysia akan
diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober, tetapi Petronas sudah
memulakan kempen promosinya.

TANGANI KERENAH BIROKRASI UNTUK ATASI MASALAH TANAH ADAT
KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri perlu menangani kerenah
birokrasi
dalam Jabatan Tanah dan Survei bagi mengelakkan pemilik Tanah Adat
Bumiputera
(NCR) di Sarawak terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

MAHKAMAH: PEMILIK SYARIKAT PENGANGKUTAN DIDENDA RM4,000
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan
denda sejumlah RM4,000 atau penjara sebulan terhadap seorang pemilik
syarikat
pengangkutan.

PUSAT BEKALAN PDRM DILENGKAPI DENGAN RUMAH KEDIAMAN
SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Pusat Bekalan Specific Material Store (SMS)
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi di sini akan mendapat tambahan
kelengkapan sebanyak 184 unit rumah kediaman dan pusat logistik.

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI PIALA ASIA (REMAJA)
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- India muncul juara kumpulan apabila mereka
mengalahkan Uzbekistan 16-1 dalam perlawanan pusingan awal Kumpulan B
Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Piala Asia ke-4 di sini hari ini.

BERI IPO KEPADA PEMEGANG AMANAH DAN INDIVIDU BERKREDIBILITI
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Dua orang senator hari ini meminta
Suruhanjaya
Sekuriti (SC) supaya memberikan terbitan saham permulaan (IPO) kepada
pemegang-pemegang amanah dan individu yang berkredibiliti.

PERBICARAAN KES AZMIN DITETAPKAN 13 JUN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan
13 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan kes bekas setiausaha sulit Datuk Seri
Anwar
Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, yang menghadapi tuduhan memberi keterangan palsu
pada perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu, tahun lepas.

DAP DAN KEADILAN AKAN MEMUTUSKAN PERTANDINGAN DI TELUK KEMANG
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Nasional
(Keadilan) dan DAP akan bertemu pada Khamis untuk memutuskan parti mana yang
berhak bertanding di pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang pada 10 Jun.

MAJIKAN AKAN DIBENARKAN BUAT POTONGAN CUKAI MENERUSI BANK
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Majikan tidak lama lagi boleh menjelaskan
bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) kakitangan mereka kepada Lembaga
Hasil
Dalam Negeri (LHDN) menerusi bank.

TAMBAHAN JAWATAN KABINET UNTUK MCA IKUT KESESUAIAN MASA -- LING
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik
berkata pertukaran atau pertambahan jawatan dalam kerajaan kepada pemimpin
MCA hanya dilakukan mengikut keadaan dan masa yang paling sesuai.

POLIS SIASAT KEJADIAN KHIANAT BAKAR SEKOLAH
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Polis meminta kerjasama orang ramai untuk
membantu di dalam siasatan berhubung kejadian kebakaran di Sekolah Rendah
Jenis
Kebangsaan Cina Desa Jaya di Kepong Sabtu lepas.

KELAB ROTARY BAYAN BARU KUMPUL RM35,000 BAGI TABUNG PENDIDIKAN
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Kelab Rotary Bayan Baru di sini berjaya
mengumpul RM35,000 bagi Tabung Pendidikan dan Biasiswanya, daripada Larian
Amal Rotary 2000 yang diadakan di Taman Belia di sini Ahad lepas.

TABUNG EHSAN KEMBOJA DILANCAR
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Tabung Ehsan Kemboja bagi membantu mangsa
peperangan masyarakat Islam Champa di Kemboja, dilancarkan hari ini.

SEMUA BAHAGIAN MIC N.SEMBILAN DIARAH `TURUN GELANGGANG'
SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Kesemua ketujuh-tujuh bahagian MIC negeri ini
telah diarah supaya `turun gelanggang' bagi menghadapi pilihan raya kecil
Parlimen
Teluk Kemang.

MAMPUKAH MALAYSIA JULANG PIALA THOMAS 2000
Oleh Zaiful Mohd Ariffin

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bahang saingan Piala Thomas/Uber 2000 kian
terasa dengan kehadiran pemain-pemain dari pasukan yang bertanding sejak
Ahad
lalu menghangatkan lagi suasana menjelang kejohanan itu yang bermula Khamis
ini.

STANDARD CHARTERED LANCAR UNIT PERKHIDMATAN PELABURAN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
(Stanchart) hari ini melancarkan unit perkhidmatan pelaburan yang menawarkan
46
dana amanah pihak ketiga dari 14 firma dana tempatan.

PELAJAR DIPELAWA SERTAI PERTANDINGAN MENULIS CERITA PENDEK
KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Pelajar sekolah menengah dipelawa menyertai
pertandingan menulis cerita pendek Angkatan Zaman Mansang (Azam) sebagai
landasan bagi mereka menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa.

LANDASAN LAPANGAN TERBANG ALOR SETAR DIPERBESARKAN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Projek membesarkan dan memanjangkan
landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas di Alor
Setar
akan dijalankan secepat mungkin bagi menampung keperluan penumpang di
Wilayah
Utara.

ANGGOTA POLIS DIHADAP KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN RASUAH
SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan menerima rasuah wang
tunai berjumlah RM600 pada November dan 4 Jan lepas.

2,000 JEMPUTAN ASING DIBAWA KHAS SEMPENA CITRAWARNA
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kira-kira 2,000 jemputan khas dari luar
negara
akan dibawa ke Malaysia pada hujung bulan ini bagi mendedahkan mereka dengan
kebudayaan negara yang berwarna warni.

POLIS RAMPAS 80 KEPING VCD DAN MENAHAN SEORANG LELAKI
JOHOR BAHARU, 9 April (Bernama) -- Polis merampas 80 keping cakera padat
(VCD)
termasuk 10 keping VCD lucah dalam operasi yang dilancarkan di sebuah premis
perniagaan di Taman Johor di sini Ahad lepas.

LIMA PULUH NEGARA DIUNDANG SERTAI KEJOHANAN GUSTI LENGAN 2000
LANGKAWI, 9 Mei (Bernama) -- Lima puluh negara akan dijemput menyertai
Kejohanan Gusti Lengan Asia 2000 yang akan diadakan di sini pada 18 hingga
20
Nov ini.

SAHAM GLOMAC TERLEBIH LANGGANAN SEBANYAK 9.44 KALI
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah Glomac Berhad (Glomac),
yang menuju penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada
akhir bulan ini, bermula dengan menggalakkan apabila tawaran syarikat itu
sebanyak
32.268 juta saham untuk langganan awam telah terlebih langgan sebanyak 9.44
kali.

PENGGUNAAN IT AKAN DIPERLUASKAN DALAM PENDAKWAAN, KATA MOHTAR
JOHOR BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara merancang untuk
memperluaskan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dalam pendakwaan di
mahkamah-mahkamah negara ini.

POLIS TAHAN 39 NELAYAN DI PERAIRAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA
LAHAD DATU, 9 Mei (Bernama) -- Polis marin di sini memberkas 39 nelayan,
semuanya lelaki berusia antara 12 dan 50 tahun dalam beberapa pemeriksaan di
perairan antara Lahad Datu dan Semporna di pantai timur Sabah sejak Sabtu
lepas.

SYARIKAT MASIH BERLENGAH GUNA TEKNOLOGI, KATA PENYELIDIK MALAYSIA
Daripada Neville D'Cruz

MELBOURNE, 9 Mei (Bernama) -- Seorang penyelidik Malaysia di University of
Southern Queensland (USQ) telah mendapati bahawa permikiran ke hadapan dan
pendekatan waras akal boleh membantu peniaga-peniaga Malaysia meraih
faedah-faedah e-dagang.

FMM, MIMOS TAWARKAN RUMUSAN ERP MENERUSI INTERNET
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
(FMM)
dan MIMOS Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk
bekerjama menawarkan aplikasi perancangan sumber enterpris (ERP) berasaskan
internet kepada industri pembuatan tempatan.

SELANGOR SASAR BUTA HURUF SIFAR PADA TAHUN 2005
SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Semua jabatan kerajaan negeri Selangor sudah
menggerakkan jentera pentabiran mereka dalam usaha memastikan bahawa kadar
buta huruf penduduk negeri itu menjadi sifar pada tahun 2005.

POLIS TAHAN LELAKI PAKISTAN TIPU KAD PENGENALAN
KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang rakyat Pakistan kerana
menggunakan kad pengenalan merah milik orang lain di Kampung Kepat, Kusial
Baru,
Tanah Merah, semalam.

GAS BOCOR: JAS AKAN AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH
KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan
mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat yang didakwa melepaskan
gas berbahaya sehingga menyebabkan 12 orang awam dimasukkan ke Hospital
Kemaman, dua hari lepas.

PUSAT MEMBELI BELAH DIBUKA DI SEMARIANG
KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Pusat membeli belah Choice Super Mall, milik
Mahsuri
Ria Sdn Bhd, telah dibuka di Semariang, Petra Jaya di sini dengan pelaburan
awal
RM6 juta.

MEDIA MASSA DIKATAKAN TIDAK FAHAM ISLAM
KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Abdul Hadi Awang hari ini
menyelar media massa yang dikatakan tidak memahami Islam dengan
memperbesar-besar isu pembuangan patung penyu di bulatan Ladang dekat sini.

PULAU PINANG TUBUH DUA JAWATANKUASA TANGANI MASALAH LALU LINTAS
PULAU PINANG, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri menubuhkan dua jawatankuasa
untuk menguruskan soal pengangkutan dan lalu lintas serta keselamatan bagi
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas semasa berlangsungnya Sukan Malaysia
(SUKMA) VIII 2000 di Pulau Pinang, dari 25 Mei hingga 3 Jun ini.

POTENSI BIOMAS KELAPA SAWIT BESAR, KATA ANIFAH
BANGI, 9 Mei (Bernama) -- Terdapat potensi yang besar bagi Malaysia
memajukan
industri berasaskan biomas kelapa sawit kerana kehadiran sumber dan
teknologi
yang banyak, kata Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Anifah Hj Aman.

NORIAN HARAP PESURUH BARU PERCEPATKAN PENYELESAIAN KRISIS CULIK
SHAH ALAM, 9 Mei (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai berharap
Ghazali Ibrahim yang dilantik semalam sebagai ketua perunding baru akan
dapat
mengatasi segera kebuntuan dalam rundingan untuk membebaskan 21 orang yang
diculik dari Pulau Sipadan.

PENDAKWA RAYA PERLU JALANKAN TUGAS SECARA PROFESIONAL
JOHOR BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Pendakwa Raya dan Timbalan Pendakwa Raya
perlu menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil tanpa berpihak
kepada
mana-mana individu atau parti politik, kata Peguam Negara Tan Sri Mohtar
Abdullah.


KTMB JANGKA ANGKUT 5 JUTA TAN METRIK KARGO TAHUN INI
RANTAU PANJANG, 9 Mei (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),
menjangkakan sebanyak 5 juta tan metrik kargo dapat diangkut melalui
perkhidmatan jambatan darat pada tahun ini.

PEMBATALAN KES AMALAN SEJAK SISTEM KEHAKIMAN NEGARA BERMULA
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini
diberitahu
bahawa isu pembatalan kes jenayah atau sivil yang belum dibicara merupakan
amalan mahkamah sejak bermulanya sistem kehakiman di negara ini.

"WANG SYURGA", PEMANDU RUGI RM2,000
MELAKA, 9 Mei (Bernama) -- Gara-gara menolong dua lelaki, seorang pemandu
sebuah syarikat swasta yang baru sahaja menunaikan cek gajinya kerugian
RM2,000
di sini, semalam.

USAHA SAMA BAHAN KOMPOSIT KEDAH BAGI BOEING MULAKAN PENGELUARAN
JANUARI
Oleh Yong Soo Heong

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Usaha sama alat-alat bahan komposit Boeing
Commercial Airplane Group di Kedah dijangka mengeluarkan kumpulan pertama
pengeluarannya menjelang Jan tahun depan, seorang pegawai Boeing berkata.

INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN TERUS MENINGKAT
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP)
meneruskan momentum aliran meningkatnya sepanjang Mac tahun ini dengan
indeks
180, naik sebanyak 17.9 peratus dari 152.7 yang dicatatkan dalam bulan yang
sama
tahun lalu.

PERJUMPAAN BANDUAN DAN KELUARGA SEMPENA PESTA MENUAI 1 DAN 2 JUN
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia hari ini
menetapkan 1
dan 2 Jun sebagai tarikh bagi perjumpaan antara banduan dengan anggota
keluarga
mereka di semua institusi penjara di Sabah sempena Pesta Menuai (Pesta
Keamatan).

HUSNI DILANTIK PRESIDEN JAWATANKUASA IPU
IPOH, 9 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Tambun Datuk Husni Hanadzlah telah
dilantik sebagai Presiden Jawatankuasa Ekonomi, Politik dan Keselamatan
Antarabangsa, Kesatuan Antara Parlimen (IPU).

PEMBANTU RUMAH DITEMUI TERGANTUNG DENGAN KAIN SARI DIRUANG TAMU
LUMUT, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pembantu rumah berusia 17 tahun ditemui
mati
tergantung di ruang tamu kuarters Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

PBT WUJUD DANA KHAS PEMBANGUNAN SOSIAL
JOHOR BAHARU, 9 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
(PBTPG) akan mewujudkan "Dana Pembangunan Sosial Pasir Gudang" bagi
menyelaras semua sumbangan di bawah satu tabung khas.

PERANGKAP HARIMAU DIPASANG DI SUNGAI LONG
KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) akan memasang perangkap di kawasan Sungai Long, Jeli
bagi
memerangkap seekor harimau ganas yang dikatakan menyerang seorang lelaki,
Sabtu lepas.

PASARAYA TAMAN KEMAJUAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN
KANGAR, 9 Mei (Bernama) -- Sebuah pasaraya di Taman Kemajuan dekat sini
musnah dalam kebakaran malam tadi dan seorang anggota bomba cedera ketika
mengawal kebakaran itu.

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ibrahim Yaakob <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke