*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akum,

> Zaman kita ini, ketika ketua hakim yang menjatuhkan hukuman ke
> atas tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, dia membaca sepotong
> ayat Al-Qur'an supaya hakim berlaku adil dan takut kepada Allah,
> menjawab hakim itu dengan sombong : "ini mahkamah sivil, bukan
> mahkamah syariah". Begitulah orang zaman sekarang menghina Islam.

saya rasa jika kita hendak membebaskan Anwar kerana beliau tidak diadili
dgn cara Hudud, maka kita juga hendaklah membebaskan
beberapa ratus lagi org yg tidak diadili dgn cara Hudud (yg ditahan atas
sebab
kelakuan sumbang)...mungkin mereka telah dizalimi...
saya rasa tidak wajar
kita melepaskan Anwar sahaja semata2 kerana beliau berpengaruh.....betul
tak...? keadilan
tak pilih bulu......apa komen saudara dlm hal ini...?...

----- Original Message -----
From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, November 03, 2000 2:53 PM
Subject: Re: H-Net* Satu Pengajaran ...


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Wa 'alaikukussalaam,
>
> Cerita tentang ulama-ulama silam ini banyak. Biasanya mereka
> itu kuat beramal dan beribadat. Apabila Nabi kata, "ulama itu
> pewaris Nabi," itu bererti ulama sebenarnya berakhlak macam
> anbiya', berani dan tegas disamping mereka kuat beribadat.
> Di zaman ketika puak kafir Monggol menguasai negara negara Islam
> Iraq, banyak kerusakan yang dibuat oleh puak kafir itu. Tiba-
> tiba puak Monggol yang kafir dan ganas akhir memeluk Islam.
> Ini kerana terdapat seorang ulama yang berani dan bersungguh-
> sungguh menyampaikan dakwah Islam kepada ketua pemimpin
> mereka. Ulama itu tidak fikir lagi tentang resiko dia dibunuh
> atau dizalimi oleh puak kafir, asalkan dia telah menyampaikan
> mesej Islam kepada puak kafir.
>
> Ada satu peristewa yang menarik yang pernah dilakukan oleh
> Tokguru Nik Aziz. Satu masyakat Siam yang berugama Buddha
> pernah menjemput Nik Aziz untuk meresmikan perpustakaan
> yang terletak dalam kawasan kuil Buddha. Pada masa yang sama,
> mereka turut juga menjemput seorang alim ugama Buddha dari
> Bangkok. Untuk meresmikan majlis itu, Nik Aziz dijemput
> memberi ucapan. Dia mulakan dengan menyebut tentang beberapa
> ajaran Buddha kemudian disebut pula tentang ajaran Islam
> kepada masyarakat Siam. Dalam majlis itu juga, ada seorang
> Cina Islam menyibarkan satu risalah berkenaan apakah Hukum
> Hudud. Yang penting di sini ialah mengambil kesempatan
> menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam, adalah menjadi
> tugas kita semua, tidak semestinya orang bukan Islam akan
> memeluk Islam.
>
> Nik Aziz sentiasa mencari peluang untuk bermuzakkarah dengan
> orang-orang bukan Islam. Dia juga berminat untuk mengambil tahu
> tentang ajaran-ajaran ugama lain dan menyampaikan mesej dakwah
> Islam. Di Malaysia ini ramai ulama, tetapi jarang-jarang ada
> macam Nik Aziz. Ulama sebenarnya bersungguh-sungguh mencari
> peluang untuk berdebat dan bermuzakkarah dengan orang-orang
> bukan Islam.
>
> Ada satu cerita tentang seorang ulama zaman dahulu melihat
> askar-askar memukul orangramai. Diapun memarahi askar-askar
> itu dan juga pemerintah. Dia ditanggap kemudian dibicarakan
> didepan seorang ketua pegawai. Yang peliknya, ulama itu
> ditanggap atas tuduhan menimbulkan hurahara dan menghasut
> rakyat menentang pemerintah. Maka ulama menafikan semua itu
> dan berkata sebenar bahawa askar-askar (polis-polis) yang
> melakukan kekasaran terhadap orangramai. Oleh kerana perbicaraan
> itu berat sebelah, maka ulama itu dikenakan hukuman. Sebelum
> ulama itu dibawa keluar ke penjara, dia sempat melihat satu
> kitab yang terletak dibawah kerusi ketua pegawai itu. Ulama
> itu bertanya, "maafkan saya, saya ingin bertanya sesuatu ...
> apakah kitab yang terletak di bawah kerusi tuan?"
>
> Ketua pegawai itu menyedari kitab yang sedang dia baca terjatuh
> ke bawah kerusi. Ia mengambil kitab itu dan membukanya,
> rupa-rupa ia adalah senaskah Al-Qur'an. Pegawai itu rasa bersalah
> kerana tidak sengaja menghina kitab Al-Qur'an lalu dia mencium
> kitab itu. Ulama itu bertanya, "kenapa tuan mencium kitab itu?"
> Maka terasalah pertanyaan ulama itu semacam satu sindiran
> kepadanya. Lalu dengan penuh perasaan insaf, dia membebaskan
> ulama itu.
>
> Zaman kita ini, ketika ketua hakim yang menjatuhkan hukuman ke
> atas tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, dia membaca sepotong
> ayat Al-Qur'an supaya hakim berlaku adil dan takut kepada Allah,
> menjawab hakim itu dengan sombong : "ini mahkamah sivil, bukan
> mahkamah syariah". Begitulah orang zaman sekarang menghina Islam.
>
> ================================



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "luqman ismael" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke