Re: H-Net* Satu Pengajaran Kepada Polis Dunia

2001-09-20 Terurut Topik hadi hadad


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
assalam~
Itu namanya martry operation bukan suicide
operation.! jauh bezanya. malah Dr Qardhawi yang
moderate tu pun setuju!. Nanti saya forwardkan
articlenya.


 --- support [EMAIL PROTECTED] wrote:  
 
 
   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 

~~~
 At 11:08 AM 18/09/01 +0800, alias mohd yusof wrote:
 
 
 Mati dengan cara membunuh diri sendiri adalah suatu
 ajaran yang
 bercanggah dengan Islam walau atas alasan apa
 sekalipun. Tetapi
 nampaknya para penyerang yang membunuh diri mereka
 sendiri dalam
 serangan itu seperti percaya kematian dengan cara
 itu adalah lebih
 bermakna atau lebih baik dari menghadapi mati kena
 bom dan ditembak oleh
 askar-askar Israel dari masa ke semasa tanpa
 berupaya untuk melawan di
 tanah air mereka sendiri.
 
 
 
 Bagaimana pula dengan pejuang palestin yang membunuh
 diri sendiri dengan memandu kenderaan berisi bahan
 letupan atau memasang badan mereka dengan bahan
 letupan dan meletupkan bom tersebut dengan mereka
 sekali ?
 



Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= [EMAIL PROTECTED]



Re: H-Net* Satu Pengajaran Kepada Polis Dunia

2001-09-19 Terurut Topik support


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
At 11:08 AM 18/09/01 +0800, alias mohd yusof wrote:


Mati dengan cara membunuh diri sendiri adalah suatu ajaran yang
bercanggah dengan Islam walau atas alasan apa sekalipun. Tetapi
nampaknya para penyerang yang membunuh diri mereka sendiri dalam
serangan itu seperti percaya kematian dengan cara itu adalah lebih
bermakna atau lebih baik dari menghadapi mati kena bom dan ditembak oleh
askar-askar Israel dari masa ke semasa tanpa berupaya untuk melawan di
tanah air mereka sendiri.



Bagaimana pula dengan pejuang palestin yang membunuh diri sendiri dengan memandu 
kenderaan berisi bahan letupan atau memasang badan mereka dengan bahan letupan dan 
meletupkan bom tersebut dengan mereka sekali ?







 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: support [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Satu Pengajaran Kepada Polis Dunia

2001-09-17 Terurut Topik alias mohd yusof


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Polis selalunya dianggap baik dan betul. Tindakan keras dan kejam yang
dilakukan oleh polis jarang dilihat oleh orang ramai sebagai kejam dan
ganas. Sebaliknya jika orang lain yang melakukan kekerasan atau
bertindak kejam, mereka akan terus dicop sebagai pengganas, penjahat
atau militan.

Ekoran dari serangan berani mati ke atas bangunan WTC dan Pentagon di
Amerika Syarikat yang menggemparkan dunia itu, tentunya sedikit sebanyak
mencabar kewibawaan Amerika Syarikat yang sering mendakwa dirinya
sebagai Polis Dunia.

Kalaulah benar orang-orang Palestine atau orang arab yang melakukan
serangan tersebut tentulah ianya seperti memberikan satu isyarat yang
jelas kepada dunia umumnya dan Amerika Syarikat khususnya betapa selama
ini rakyat Palestine atau arab telah sekian lama teruk menderita menjadi
mangsa senjata dan pengeboman rejim Israel yang didokong kuat oleh
Amerika Syarikat itu.

Mati dengan cara membunuh diri sendiri adalah suatu ajaran yang
bercanggah dengan Islam walau atas alasan apa sekalipun. Tetapi
nampaknya para penyerang yang membunuh diri mereka sendiri dalam
serangan itu seperti percaya kematian dengan cara itu adalah lebih
bermakna atau lebih baik dari menghadapi mati kena bom dan ditembak oleh
askar-askar Israel dari masa ke semasa tanpa berupaya untuk melawan di
tanah air mereka sendiri.

Mungkin mereka merasakan dengan membunuh diri dalam serangan berani mati
ini sekurang-kurangnya tidaklah mereka saja yang merasa derita tetapi
turut juga dirasai oleh warga musuh mereka yang terdiri dari rakyat
Israel dan Amerika Syarikat  yang sering menjadi mangsa sasaran serangan
itu.

Kita khuatir jika nilai atau ajaran yang salah ini  terus menular
menjadi budaya yang  disanjung dalam masyarakat kelahiran
penyerang-penyerang ini, sudah tentu ia akan menjadi satu ancaman dan
begitu bahaya kepada masyarakat dunia yang bertamaddun yang menyanjung
tinggi keamanan. Jika tidak dibendung sudah tentu di masa depan kita
akan melihat banyak lagi serangan-serangan berani mati seperti ini akan
berlaku.

Dengan angkuh dan penuh emosional Presiden Bush berjanji akan
bertindakbalas dan menghukum orang bertanggungjawab ke atas serangan
itu. Dan kita semua tahu orang yang bertanggungjawab itu telah pun mati
bersama-sama serangan tersebut. Sebagaimana Bush ingin membalas dendam,
siapa tahu mungkin juga penyerang-penyerang itu sanggup menggadai nyawa
mereka dalam serangan itu adalah juga sebagai membalas dendam di atas
kematian saudara mara mereka akibat mangsa kekejaman Israel dan Amerika
Syarikat sendiri.

Selagi Amerika Syarikat memandang rendah kepada bangsa Palestine dan
arab, melihat mereka sebagai pengganas  dan membantu rejim Israel
melakukan kekejaman ke atas umat arab, selagi itulah masalah serangan
berani mati ini akan terus berulang lagi, yang mungkin dalam berbagai
bentuk yang tidak terduga oleh kita semua.

Sudah sampai masanya Amerika Syarikat sebagai negara yang didakwa paling
demokratik patut juga mengamalkan sikap demokratik kepada negara-negara
lain di dunia ini. Pandangan negara-negara lain juga perlu didengar dan
difahami. Apalah ertinya bercakap pasal perdamaian dan keamanan dunia
tetapi dalam masa yang sama menghalakan muncung senjata dan mengenakan
berbagai ugutan kepada negara-negara lain.

Suatu ketika dulu kita dapat melihat dengan jelas melalui kaca TV
bagaimana mayat-mayat rentung rakyat Iraq yang tidak bersalah menjadi
mangsa pengeboman tentera udara Amerika Syarikat. Amerika Syarikat yang
dianggap Polis Dunia tidak pernah dipersalahkan dan dihukum dalam
peristiwa tersebut.

Kini perbuatan Amerika itu seperti sudah terbalas dari peristiwa
serangan ke atas bangunan WTC di Amerka Syarikat yang lalu. Perbuatan
kejam dan ganas tidak akan ada kesudahannya apabila kedua-dua pihak yang
bermusuhan saling ingin membalas dendam. Yang menjadi mangsa ialah
rakyat kedua-dua pihak yang tidak berdosa. Tidak ada jalan yang terbaik
untuk menamatkan masalah ini selain dari kedua-dua pihak duduk di meja
rundingan dengan azam dan keikhlasan yang tinggi untuk berdamai.

 Kita memang rasa sedih dan simpati dengan mangsa-mangsa yang malang
yang menjadi sasaran dalam serangan berani mati di WTC Amerika Syarikat
yang lalu. Dan pada masa yang sama kita juga turut rasa simpati kepada
rakyat Palestine dan Iraq yang menjadi mangsa bom dan senjata Israel dan
Amerika Syarikat. Sebagai manusia yang bertamaddun yang cintakan
kedamaian dan keamanan, kita mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan
keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak pun, walau atas alasan apa
sekalipun.

Memang kita memerlukan Polis