Re: [Fwd: H-Net* Sejarah Mahu Ditipu Juga?]

2002-05-16 Terurut Topik Bulan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
At 06:21 P 15-05-2002 +, nonama amanon wrote:

>Saya amat menyokong pengkisahan Sdr. Bulan,


Itu adalah tulisan pak Marhaintua. aku cuma tukang hantar saja.




 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>



Re: [Fwd: H-Net* Sejarah Mahu Ditipu Juga?]

2002-05-15 Terurut Topik nonama amanon


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum:-

Saya amat menyokong pengkisahan Sdr. Bulan, kepada yang lain terutamanya 
golongan muda yang waras dan mempunyai sumber-sumber pendedahan yang 
pelbagai tolong ingatkan dengan cara yang paling terhormat kepada golongan 
veteran (orang lama) yang mungkin terdiri dari orang tua kita sendiri atau 
mungkin peringkat datuk nenek kita di kejauhan desa yang kurang pendedahan 
sumber alternativ dan hanya di sajikan sumber arus perdana semata-mata, 
bahawasanya UMNO yang mereka anggotai dan sama-sama memperjuangkan 
kemerdekaan suatu ketika dulu dah MATI.Berita kematian dan sebab-sebab yang 
membawa kepada kematiannya nya tak sampai kepada mereka.Mereka juga tak ada 
sumber untuk membuat perbandingan kalau adapun hanya melihat dari dalam 
balang kaca sahaja.

Mengenai pembaziran, cuba kalian renungkan kenapa masih ada saudara seagama 
kita yang masih merempat,beranak pinak di bawah jambatan atau di bawah rumah 
kotak atau kalau adapun sebuah rumah ianya lebih daif dari kandang binatang 
ternakan kita?? Teledrama ini akan kita lihat di dada-dada akhbar 
menjelang hari raya.
Kemana wang zakat yang anda keluarkan tiap-tiap tahun, itu tak termasuk 
zakat harta benda.

Dalam buletin baitulmal yang pernah saya baca,ada menyatakan golongan yang 
layak mendapat agihan kutipan zakat tersebut , antaranya golongan 
fisabilillah yang di dalamnya termasuklah pelajar miskin yang menuntut di 
IPTS / IPTA. Sayang nya hanya sekelumit sahaja pelajar jurusan agama yang 
menikmatinya kenapaa??Bincangkan isu ini tapi jangan sampai lari pulak 
akad dan niat kita menunaikan zakat.

Mengapa pusat-pusat pengajian islam juga rumah-rumah anak yatim atau apa 
saja yang berkaitan kesejahteraan umat islam sama ada yang di iktiraf atau 
sebaliknya  tidak mendapat peruntukan kewangan atau pembelaan yang 
sewajarnya dari pemerintah yang mungkin ada kalangan kita memilihnya sebelum 
ini. Adakah di tempat-tempat ini telah di khususkan untuk kita bersedekah 
jariah.Buktinya kita sering melihat poster di masjid memohon sumbangan 
ikhlas dari sekelian jemaah di sesuatu kariah masjid tersebut dan biasa juga 
kita melihat pelajar-pelajar dari sekolah agama menjual kelendar takwim di 
pasar malam(kita pun sekadar melihat aje takut tak dapat beli burger 
kalau beli kalendar tersebut atau sebab tak ada gambar porno di dalamnya) 
Kenapa sehingga peringkat begitu, adakah negara ini di perintah oleh orang 
bukan islam?


apa pendapat anda




>From: "Misnan B. Haji Ikhsan" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [Fwd: H-Net* Sejarah Mahu Ditipu Juga?]
>Date: Thu, 16 May 2002 01:23:29 +0800
>
>
><< message3.txt >>




_
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "nonama amanon" <[EMAIL PROTECTED]>



H-Net* Sejarah Mahu Ditipu Juga?

2002-05-15 Terurut Topik Bulan


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
 
 
Tell me when this page is updated 

 
Siri  11 - Bahagian 1 
Sejarah Mahu Ditipu Juga? 
Oleh Marhaintua 



http://marhaen0.tripod.com/mar_a_11_1.html

Beberapa jam selepas tersiarnya  10 
[http://marhaen0.tripod.com/mar_a_10.html], saya menerima beberapa emel khusus 
mengenainya. Ada satu emel yang menarik yang harus saya kongsi di sini: 

“Pak Marhaintua: .Saya tidak menyangka bahawa kerajaan sanggup membazirkan wang 
rakyat dengan menaja persidangan yang dikatakan bertaraf antarabangsa sedangkan 
kertas-kerjanya pun tidak ada. Alangkah baik kalau muktamar seperti itu digunakan 
untuk mengumpulkan semua mufti dan khadi dan umat Islam yang berpelajaran tinggi untuk 
membuat peraturan mengenai wang simpanan di Tabung Haji, zakat dan Baitulmal!!!” 

Sebenarnya, memang itulah hakikatnya. Banyak kali kita menganjurkan muktamar dan 
persidangan dunia Islam semata-mata untuk mengabui mata dunia sedangkan perbelanjaan 
besar-besaran adalah wang rakyat jelata. Ironisnya, umat Islam di negara ini tidak 
berapa mengetahuinya Tetapi, negara barat memang sedia tahu kerana mereka mempunyai 
risikan yang sungguh canggih untuk memantau apa juga yang dibincangkan oleh dunia 
Islam. Itu sebabnya tidak banyak yang dirumuskan oleh muktamar ataupun persidangan 
Islam yang menjadi bahan kajian dunia barat. Sayangnya Malaysia di bawah kepimpinan 
Mahathir turut terlibat dengan sandiwara semacam ini, hanya kerana mahu menonjolkan 
bahawa Mahathir adalah tokoh Islam sederhana yang mesti disenangi oleh dunia barat. 

Kita jangan sangka bahawa pembaziran dana berlaku ketika kerajaan menganjurkan 
persidangan dunia Islam. Banyak lagi persidangan bertaraf antarabangsa yang banyak 
membazirkan wang negara. Kalau kita senaraikan di sini, memang tidak cukup ruangnya. 
Tetapi cuba fikirkan perihal persidangan Selatan-Selatan, Smart Partnership, LIMA dan 
sebagainya. Lihat siapa yang menghadirinya walaupun kos perbelanjaan mereka itu 
ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Saya menganggarkan kalau diambil kira semua 
perbelanjaan persidangan yang penuh sandiwara sejak sepuluh tahun yang lalu, kita 
mampu menyediakan ‘laptop computers’ (komputer bimbit ) secara percuma kepada setiap 
mahasiswa dan mahasiswi di negara ini secara percuma. Malahan kalau diambil pula akan 
projek MIGHT di mana presidennya ialah Tajuddin Ramli, cuba kita minta orang UMNO 
tunjukkan apakah kejayaannya setakat ini. 

Begitu juga dengan Muktamar Menteri Wakaf yang baru berakhir, siapakah tahu apa guna 
rumusannya? Siapa yang akan mengamalkan segala saranan itu di negara Islam sedangkan 
daripada 56 negara yang menganggotai OIC, hanya 40 yang hadir dan kebanyakannya adalah 
wakil perseorangan yang merupakan duta negara itu di sini. Umat Islam di negara ini 
tidak menyedari sandiwara seperti ini kerana kita tidak diberitahu dalam akhbar 
perdana harian kita. Tetapi para perisik dunia barat mengetahuinya dan mereka ketawa 
secara senyap sambil menggelengkan kepala dengan fikiran: “alangkah bodohnya Malaysia 
yang sanggup membazir wang untuk bersandiwara.” 

Demikianlah hakikatnya, betapa kita orang Melayu sudah semakin tertipu dengan segala 
sandiwara semacam itu kerana kita tidak tahu cerita sebenarnya. Apa yang kita tahu 
adalah bersandarkan bahan yang kita baca ataupun dengar di TV dan akhbar perdana. 
Kalau ada berita yang sahih mungkin terpaksa menunggu kemunculan “Harakah”. Itupun ada 
ketikanya berita di Harakah itu terpaksa kita renungkan dulu dengan banyak tandatanya 
juga. 

Antara Penipuan dan Fitnah 

Kalau kita baca sejarah Melayu baik yang rasmi mahupun yang kita teliti sebagai 
amalannya turun temurun, kita akan akui bahawa hidup dengan penuh menipu ataupun 
bertipu-muslihat bukan merupakan budaya Melayu. Apalagi kalau diambil kira dosa menipu 
yang dilarang oleh Islam. Di zaman feudal dulu setiap orang Melayu yang berdepan 
dengan rajanya akan berkata: “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap 
diampun...!!!” Begitu juga apabila berdepan dengan ketua kaum ataupun orang yang lebih 
tua, segala cakap disusun-atur dan penerangan diberikan apabila hanya diminta dan 
bukan secara bercakap sembarangan. Itu sebabnya apabila orang Melayu menerima 
kemerdekaan daripada British, mereka sanggup merelakan UMNO menjadi parti yang 
menerima kemerdekaan itu setelah melihat UMNO merupakan sebuah parti politik yang 
direlakan oleh British. 

Perjuangan UMNO yang dikatakan bermula di istana kerana penubuhannya itu bermula 
dengan kongres Mela