*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila nak sambung cerpen purba ini ?



-----------------
Date: Wed, 28 Jul 1999 21:35:43 -0700 (PDT)
From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* Cerpen Purba: Menanti Syahid di Suatu Jumaat 1


Assalamualaikum

Memandang hari yang sangat panas 95 F dan heat index
sampai 107 F dan badan pun dah jadi tak dak mood, maka
mai lah kita berlibur dengan dongeng di bawah ni.
Cerpen ni adalah dongeng semata mata dan tak dak kena
mengena dengan sapa sapa pun yang mati  dan yang akan
mati. Penulis memohon maaf kerana tulisan yang
tunggang langgang kerana penulis bukanlah pakar
dibidang penulisan.

Wassalam

Adam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dongeng Purba: Menanti Syahid di Suatu Jumaat


Maka telefon pun berdering.

Rerr...rerr...rerrr...rerr.

Musa dan bini dia terlalu letih untuk menjawab di awal
pagi jam 10.00 pada hari Ahad.. Peliknya pulak sang
pemanggil tak dak pulak nak tinggalkan pesan di mesin
penjawab. 

Kring....kring...kring...kring.. Satu lagi telefon
pulak berdering.

"Oi jawab la telefon tu...bising la..!!" 

"HALLO.."  telefon di capai dari dinding.

"Bukan yang tu lah..ee awak punya telefon la..."

Nama pemanggil  tertera di LCD screen. "Masjid"

"Assalamualaykum....." jawab Musa sambil menekan mana
mana bebutang yang tercapai.

"Waalaykum-ssalam. Maaflah mengganggu di pagi Ahad
ni...ya Sheikh...."kata si pemanggil

"Ya Amirul Mukminin..Ada apa apa yang tak kena pagi
pagi buta ni.."

"Kita kena buat mesyuarat mustahak malam ni lepas
Isyak di masjid"

"Ada apa apa yang tak kena ka ? Saya dah bersara dari
jadi AJK ni..."

"Saya tau la..tapi ni mustahak ni.Nak mintak tolong
ni."

"Okay la..jumpa Isyak nanti. Assalamualaykum "

"Apa Harun nak ? " tanya dang bini separuh tidur.

" Tak dak apa aih...depa syok duk suruh orang bangkit
solat dhuha, tidoq la balik " Jawab Musa ringkas
sambil bangun sambil pergi ke bilik studi.

 Di bilik studi dia duduk di meja komputer menatap dua
monitor uzur dan jari jemari menekan bebutang "Dail ke
Server". Sekejap sahaja di skrin terpancar perkataan
"Utusan Meloya" "Berita Hampas", "Harakah" "AWSJ",
"CNN" "ArabNews"..dan beberapa lagi nama agensi berita
antarabangsa. Musa  menghalakan tetikus kepada
"HizbiNet" dan klik dua kali.

Malamnya Musa bergegas ke Masjid untuk solat Isyak
berjamaah. Jika hari minggu dua saf penuh diwaktu
Isyak. Selepas solat, seperti biasa Musa dan anak anak
jemaah berbual bual kecil di tangga di luar masjid
sambil melihat kepada bulan mengambang yang penuh
purnama.

"Pak Cik  Musa...ada orang nak jumpa dalam pejabat
masjid" panggil Ali, anak kecil berusia 7 tahun.

"Okay terima kasih Ali, mana Abi ? " tanya Musa  pada
Ali yang ceria tu.

"Abi dah masuk ke pejabat...Ali nak balik dengan Ummi
ni"

"Okay Ali terima kasih, jalan baik baik
ya...Assalamualaykum" kata Musa sambil bergegas  masuk
ke dalam masjid sambil memberi salam pada Ali dan
beberapa orang anak jemaah yang berligaran di tangga
masjid.

Musa mengetuk pintu pejabat Masjid perlahan lahan
sambil memberi salam. Pintu pejabat dibuka dan
kelihatan Harun dan 7 orang lagi anak jemaah. Harun
sedang berdiri di tepi meja melihat kepada komputer.
Tertera di skrin perkataaan "USA Today". 3 orang anak
jemaah sedang duduk di kerusi empuk sofa, 2 lagi duduk
dilantai dan 2 lagi sedang terbaring di satu penjuru.

Musa berjabat tangan sekali lagi dengan semua yang di
dalam pejabat itu. Musa berasa agak pelik kerana hanya
2 orang sahaja AJK masjid ada di situ dan 5 orang lagi
bukanlah AJK masjid. 

"Ada sapa sapa lagi yang nak datang ?" tanya Musa
sambil duduk di atas bantal bulat besar yang terletak
di lantai.

" Ini saja..nanti sekejap lagi kita mula " kata
Zakaria, Setiausaha Agung Masjid  yang terbaring di
atas karpet.

" Awat yang penat sangat ni ? " tanya Musa sambil
melihat kepada Zakaria.

"Kami duk panjat kesana kemari, selongkar semua
kabinet, cari dalam bilik stor" jawab Shuaib,
Pengerusi Perhubungan Awam Masjid yang jugak terbaring
di lantai.

"Cari apa? " tanya Ibrahim yang juga duduk di atas
lantai. Ibrahim pernah memegang jawatan Presiden
masjid beberapa tahun yang lampau. 

"Tak kanlah penat sampai macam tu sekali " mencelah
Isa yang juga duduk dilantai. Isa tidak pernah
memegang sebarang jawatan dimasjid tetapi selalu benar
kehadapan jika ada gotong royong membersihkan masjid
atau aktiviti yang lain.

"Saya minta tolong depa cari pelan lantai dan kawasan
masjid ni.." Jawab Harun sambil menekan beberapa
bebutang di keyboard. Perkataan Chicogo Tribune, nama
akhbar paling popular di Barat Tengah Amerika tertera
diatas skrin.  

"Apa pasal tak cakap dengan saya ?" kata Nuh yang
duduk di sofa. "Saya simpan dibelakang kabinet besi tu
3 tahun lepas waktu saya jadi Pengerusi Bangunan dan
Penyelenggaraan.

"Dah jumpa ke belum ? " tanya Yaakub dan Ismail hampir
serentak kepada Shuaib.  Yaakub dan Ismail juga adalah
bekas AJK Masjib beberapa tahun yang lampau tetapi
Musa tak dapat nak ingat tentang jawatan mereka itu.

"Dah " jawab Zakaria mudah sambil bangun membuka
almari besi dan mengeluarkan bergolong golong pelan
lantai yang berdakwat biru.

"Bila nak mula ?" tanya Ibrahim.

Harun mengambil beberapa fail dari dalam laci meja
lalu duduk di atas lantai. Shuaib bangun menegakkan
badan dia yang asyik berlengkar dilantai.  Nuh, Yaakub
dan Ismail menggelungsur turun dari sofa. Zakaria
terus duduk sambil meletakkan pelan lantai
dibelakangnya.

"Silakan saudara Zakaria" , kata Harun ringkas sambil
melihat kearah Setiausaha beliau.

Zakaria memberi salam dan berselawat memuji junjungan
besar Nabi Besar Muhammad SAW. Kemudian beliau
berterima kasih kepada semua yang sudi datang. Beliau
mengeluarkan alat pita perakam dari dalam kocek lalu
menekan butang rekod yang berwarna merah.

Belum sempat habis bunyi klik alat pita rakaman
Ibrahim mencelah;
"Maaf saudara, sebelum kita terus bermesyuarat dan
merakamkan setiap percakapan kita saya nak tak dahulu
apa sebenarnya yang kita nak berbincang ni"

"Saya rasa Sdra Harun sebagai Presiden patut terangkan
" jawab Zakaria .

"Terima kasih kerana sanggup datang saudara sekelian.
Saya tahu saudara sekelian ada benda yang lebih
mustahak di hari Ahad, malam Isnin ni. Apa yang nak
kita bincangkan ialah berkenaan tentang keselamatan
masjid kita ni. " Kata Harun penuh sopan.

"Seperti yang saudara semua tahu, ada orang yang suka
menembak penganut penganut ugama Yahudi yang sedang
keluar dari kuil depa. Ada yang menembak kearah orang
orang kulit hitam dan kearah orang orang dari Asia.
Mereka mereka yang menembak ini tidak suka kepada
sesiapa sahaja yang bukan kulit putih dan bukan
beragama Kristian. " Sambung Harun.

"Kami AJK masjid memikirkan kita patut adakan kawalan
keselamatan di masjid ini pada hari Jumaat ini" 

"Hari Jumaat ini ?" kata Musa yang diam sejak masuk ke
bilik pejabat. Barulah Musa tahu mengapa Zakaria dan
Shuaib begitu sibuk mencari pelan lantai masjid. 

"Okay kalau begitu kita letak sahaja seorang di atas
tangga seperti apa yang kita buat beberapa tahun yang
lepas" kata Ibrahim memulakan perbincangan tanpa
dijemput.

"Okay Ibrahim jaga pintu hari Jumaat ni, mesyuarat
selesai , jom kita balik " kata Isa berseloroh.

"Panggil saja polis suruh tunggu depan tempat letak
kereta tu..senang cerita. Saya setuju Ibrahim jadi
pengawal " sambut Nuh tersenyum.

"Kita dah bincang semalam dan kita perlukan lebih dari
tu " kata Shuaib Pengerusi PR.

"Errr nak berapa orang?" tanya Yaakub.

"Kita nak 6 orang sahabat dan kita tak mau polis"
jawab Harun tegas.

Hampir kesemua yang hadir terkejut kecuali Shuaib dan
Zakaria yang memang dah tahu sejak semalam lagi pelan
Presiden ini.

"...6 orang ? " sampuk Ismail separuh terkejut.

Macam macam menjelma di kepala Musa. Musa teringat
Masjid Shah Alam yang boleh memuatkan lebih 15,000
orang anak Jemaah dengan hanya seorang polis berkawal
di pintu masuk. Polis tu pulak adalah berketurunan
India dan beragama Hindu pulak tu.

Ini nak berkawal Masjid yang hanya ada 300 orang anak
jemaah sahaja. Musa teringat bagaimana Ibrahim hanya
meletakkan seorang pengawal sahaja beberapa tahun yang
lepas diwaktu Solat Jumaat. Itu pun ditugaskan seperti
budak jaga kereta sahaja dan bukannya menjaga
keselamatan masjid.

"...saudara saudara sekelian dijemput khas untuk
BERJIHAD menjadi pengawal masjid pada hari Jumaat
ini....kita mesti hentikan pengganas ini dari terus
menembak..!!." suara Harun lantang memecahkan lamunan
Musa..

Bilik menjadi sunyi buat seketika. Diwajah hadirin ada
seribu satu persoalan. Apakah sebenarnya yang tersirat
di hati Harun ? Mengapa pulak Harun ingin sehingga 6
orang ? Mengapa pula Harun tidak mahu kepada
perkhidmatan polis. ? Mengapa pula Harun memilih Musa,
Yaakub, Ismail, Ibrahim, Isa dan Nuh ?  Apakah plan
Harun nak menghentikan peluru peluru ini semua ?

Bersambung...InsyaAllah


----------






----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke