*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UMNO Perompak Wang Rakyat UMNO Perompak Wang Rakyat <Picture: Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite> AMERIKA, BRITAIN & YAHUDI 'SYAITAN DUNIA'!
------------------------------------------------------------------------ Era kebangkitan Islam semakin hampir (1) http://tranung2.tripod.com/b02/ptawar4.htm Oleh : Utusan dari Pulau Tawar Kemunculan Usamah Bin Zaid Khalifah Abu Bakar As Siddik telah mengarahkan seorang pahlawan muda iaitu Usamah Bin Zaid bin Haritsah, yang ketika itu berusia di dalam lingkungan 17-18 tahun untuk mengetuai angkatan tentera Islam menentang Empayar Rom. Ramai di kalangan para Sahabat yang merasa ragu-ragu dengan tindakan Khalifah Abu Bakar melantik Usamah Bin Zaid sebagai panglima perang memimpin kaum Muslimin menentang Empayar Rom disebabkan usia beliau yang agak muda sedangkan masih terdapat ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam yang lebih dewasa, kuat, gagah perkasa dan tersohor daripadanya seperti Khalid Bin Al Walid, Ali Bin Abu Talib, Zubair Al Awwam, Saad Bin Abu Waqqas, Umar Al Khattab, Abu Ubaidah Bin Jarrah, Amru Al As dan lain-lain lagi. Namun begitu, Khalifah Ar Rasyidin yang pertama ini tetap dengan keputusannya dan beliau telah menegaskan bahawa Rasulullah(selawat ke atas junjungan Baginda) sebelum wafatnya telah merencanakan sebuah pasukan tentera Islam untuk menentang Empayar Rom dengan mengangkat Usamah Bin Zaid sebagai panglima. Walaubagaimanapun, sebelum pasukan itu sempat berangkat ke medan perang, Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) telahpun wafat. Kaisar Rom, Herkules, merasa amat terkejut menerima berita tentang kewafatan Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) di samping mendapat khabar berita kedatangan tentera Islam yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid menyerang tentera Rom di perbatasan Syria. Zaman keemasan Islam Herkules merasa amat hairan kerana kewafatan Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) sedikitpun tidak menjejaskan semangat dan kekuatan kaum Muslimin. Lebih-lebih lagi sebelum ini tentera Rom seramai 200 ribu orang telah berjaya mengalahkan ribuan tentera Islam di dalam Peperangan Muktah yang turut menyaksikan ramai tentera Islam telah mati syahid termasuklah panglima-panglima mereka sendiri iaitu Zaid Bin Haritshah, anak angkat kepada Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda. Beliau juga merupakan ayahanda kepada Usamah Bin Zaid. Sepupu Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) iaitu Jaafar Bin Abu Talib(abang Ali bin Abu Talib) serta Abdullah Bin Rawahah, pemimpin dan pahlawan kaum Ansar adalah 2 orang lagi panglima Islam yang telah mati syahid di dalam pertempuran yang berat sebelah ini kerana jumlah angkatan tentera Rom jauh lebih besar jika dibandingkan dengan bilangan tentera Islam. Ketika itu juga tentera Rom baru sahaja merayakan kemenangan mereka mengalahkan tentera Parsi dan berhasil menduduki Jurusalem. Di kota ini jugalah tentera Rom telah berjaya merebut kembali salib kebanggan kaum Nasrani yang sebelum ini jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Secara tidak langsung peristiwa ini telah menaikkan lagi semangat juang tentera Rom untuk mengalahkan tentera Islam. Alhamdulillah dengan izin Allah, tentera Islam yang dipimpin oleh Usamah Bin Zaid telah berjaya mengalahkan tentera Rom. Kemenangan ini juga telah membuka satu lembaran baru yang menandakan bermulanya era kebangkitan Islam, sekaligus menyaksikan tumbangnya dua buah kerajaan terkuat di dunia iaitu empayar Rom dan Parsi biarpun tentera Islam serba-serbi kekurangan. Sejarah pernah membuktikan betapa tentera Islam yang serba kekurangan daripada segi jumlah angkatan tentera serta kelengkapan senjatanya berupaya menundukkan musuh-musuhnya yang jauh lebih ramai dan kuat daripadanya. Ketika Perang Badar, umat Islam dengan jumlah yang kecil iaitu 313 orang dan sekadar mempunyai beberapa orang tentera berkuda dan selebihnya angkatan tentera pejalan kaki telah berjaya mengalahkan 1000 tentera kaum kafir Quraish yang mempunyai kelengkapan dan jumlah tentera yang lebih besar, canggih dan kuat. Malah Khalid Al Walid sendiri pernah mengerahkan 100 orang tentera elitnya menyerbu sayap kiri tentera Rom yang jumlahnya tidak kurang daripada 40 ribu orang ketika Perang Yarmuk. Akhirnya peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Islam yang jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan tentera Rom yang berjumlah sekitar 240 ribu orang. Seterusnya banyak lagi siri peperangan yang dilalui oleh umat Islam dan di antaranya Perang Uhud, Khandaq, Perang Khaibar, Perang menakluki kota Mekah, Perang Hunain, Perang Tabuk, Perang Muktah, Perang Yarmuk dan sebagainya. Sekaligus membuktikan betapa dakwaan yang mengatakan bahawa Rasullah(selawat ke atas junjungan Baginda) hanya terlibat di dalam peperangan selama 2 hari sahaja adalah tidak benar. Kemunculan Usamah Bin Laden(Osama Laden) Kini, pada alaf baru muncul pula seorang pahlawan bernama Usamah Bin Muhammad Awwad Bin Laden(Osama Laden) menjadi "panglima perang umat Islam" menentang Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia yang mewarisi keangkuhan empayar Rom dahulukala. Dunia tertanya-tanya mengapa Amerika Syarikat begitu takut kepada seorang penghuni gua sehingga terpaksa membentuk sebuah pakatan global untuk menewaskannya. Bagi umat Islam, ianya bukanlah sesuatu perkara yang amat menghairankan kerana sebelum ini Rasulullah(selawat ke atas junjungan Baginda) sentiasa menyendiri di dalam gua Hiraq dan terpaksa bersembunyi bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar di dalam gua Tsur selama 3 hari untuk mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh kaum kafir Quraish. Terbukti betapa gua itu sendiri pernah menjadi satu senjata yang cukup ampuh untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan yang besar dan kuat di dunia seperti empayar Rom dan Parsi. Kini. Amerika Syarikat pula berhadapan dengan situasi yang sama apabila terpaksa berhempas pulas dan cuba meraih sokongan masyarakat antarabangsa di dalam kempen memerangi keganasan tajaannya semata-mata untuk mengalahkan seorang penghuni gua. Kehebatan, kegagahan dan keperkasaan wira baru Dunia Islam ini cukup dikagumi oleh manusia sajagat tanpa mengira bangsa dan agama. Kini, Usamah Bin Laden telah menjadi idola jutaan umat Islam di seluruh dunia. Matlamat Usamah Bin Laden dan Pertubuhan Al Qaidah yang dianggotai oleh umat Islam daripada pelbagai bangsa ialah untuk membebaskan kota Baitul Muqaddis semakin hampir apabila satu daripada 3 seteru utamanya telah tumbang. Usamah Bin Laden sendiri telah menegaskan bahawa ada 3 musuh utama Islam iaitu Soviet Union, Amerika Syarikat dan Israel. Kini, beliau, Pertubuhan Al Qaidah dan Taliban sedang berperang dengan Amerika Syarikat. Setelah Amerika Syarikat berjaya ditundukkan, akan tibalah saat-saat yang ditunggu iaitu memerangi rejim Yahudi habis-habisan serta membebaskan kota Baitul Muqaddis daripada cengkamannya. Mengapa Usamah bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestine Tidak ramai yang mengetahui bahawa ibu Usamah Bin Laden adalah keturunan Arab dari Palestine yang telahpun mendapat kewarganegaraan Syria. Ketika ini sahaja terdapat hampir 2 juta orang rakyat Palestine di Syria kerana melarikan diri daripada pencerobohan Israel ke atas tanahair mereka. Tindakan media massa yang telah dikuasai oleh Yahudi termasuklah CNN, CNBC,AFP, Reuters, The New York Times, Wall Street Journal, The Washington Post, majalah Time dan Newsweek tidak memperbesar-besarkan isu ini adalah untuk meremehkan perjuangan Usamah Bin Laden membantu rakyat Palestine yang teraniaya. Maka tidak hairanlah mengapa Usamah Bin Laden amat bersimpati terhadap rakyat Palestine dan bersungguh-sungguh untuk membantu mereka. Ayah Usamah bin Laden iaitu Muhammad Awwad Bin Laden adalah seorang Arab dari Yaman yang pada mulanya bekerja sebagai seorang penyusun bata. Beliau berubah menjadi kaya-raya setelah memperolehi projek membina istana Raja Saud. Malah beliau juga telah ditawarkan kontrak membaikpulih Majid Al Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Sebenarnya kaum Yahudi dan Nasrani amat memusuhi Usamah Bin Laden kerana beliau dan Pertubuhan Al Qaidah(Al Qaeda) yang dipimpinnya telah bertekad untuk membebaskan kota Baitul Muqaddis, tempat ketiga suci bagi umat Islam daripada cengkaman rejim Yahudi yang dinaungi oleh kaum Nasrani. Insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon hanyalah sekadar muslihat mereka untuk menghapuskan Usamah Bin Laden, Pertubuhan Al Qaidah serta kerajaan Taliban. Kebimbangan ini bukan sahaja dirasai oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani tetapi turut sama dikongsi oleh pemimpin-pemimpin Islam acuan Barat seperti Bulen Ecevit, Islam Karimov, Husni Mubarak, Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Raja Hussein (Jordan), Pervez Musharraf Megawati Sukarno, Mahathir Muhammad dan lain-lain lagi. Ini kerana mereka merasakan kedudukan mereka akan tergugat apabila kerajaan Taliban berjaya berkuasa sepenuhnya di Afghanistan. Kephobiaan golongan Yahudi dan Nasrani semakin ketara apabila kerajaan Taliban sudah hampir menguasai keseluruhan wilayah di Afghanistan. Pakatan Utara(Northern Alliance) sekadar menguasai 5 % wilayah Afghanistan dan selebihnya iaitu 95 % telah berjaya dikuasai oleh Kerajaan Taliban. Apabila Afghanistan berjaya disatukan bermakna usaha untuk membebaskan kota Baitul Muqaddis dan bumi Palestine semakin hampir. Kemudian berlakulah pembunuhan Menteri Pertahanan Pakatan Utara(Northern Alliance) iaitu Ahmad Shah Mas'ud pada 9 November 2001 dan insiden di WTC dan Pentagon pada 11 september 2001. Insiden ini telah dijadikan alasan oleh Amerika Syarikat untuk menyalahkan Usamah Bin Laden dan kerajaan Taliban pula telah dituduh cuba melindungi Usamah Bin Laden melakukan keganasan. Hakikatnya, pembunuhan Ahmad Shah Mas'ud serta insiden di WTC dan Pentagon adalah didalangi oleh kaum Yahudi dan Nasrani sebagai langkah untuk menyekat kebangkitan Islam. Buktinya 4000 orang pekerja Yahudi telah bercuti serentak sehari sebelum berlakunya insiden di WTC dan Pentagon. Malah, pembunuhan Ahmad Shah Masood juga telah dilakukan oleh agen-agen CIA. Sebaliknya, Usamah Bin Laden telah dijadikan kambing hitam oleh Amerika Syarikat tanpa sebarang bukti kukuh yang mengaitkan pembabitan beliau di dalam insiden berkenaan. Hubungan silaturahim yang erat di antara Usamah Bin Laden sebagai peneraju utama Pertubuhan Al Qaidah dengan Mullah Muhammad Umar selaku pemimpin tertinggi kerajaan Taliban di Afghanistan mengingatkan kembali kepada kita tentang persaudaraan erat di antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang telah dipupuk oleh Rasulullah (selawat ke atas junjungan Baginda) ketika baginda menerajui umat Islam. Keberanian dan ketabahan kerajaan Taliban mempertahankan Usamah Bin Laden dan Pertubuhan Al Qaidah cukup mengkagumkan kita semua kerana mereka tidak berganjak dengan pendirian mereka meskipun terpaksa berdepan dengan serangan maut yang cukup hebat daripada Amerika Syarikat dan sekutunya. Malah kerajaan Taliban sendiri pernah menghantar tenteranya untuk membantu umat Islam yang teraniaya dan ditindas di wilayah Bosnia, Kosovo, Kashmir, Xinjiang, Uzbekistan, Tajikistan, Chechnya dan Mindanao atas semangat persaudaraan sesama Islam biarpun ketika itu masih lagi berperang dengan tentera Pakatan Utara (Northern Alliance). Kenyataan Sayyid Hashemi Yang Hebat Mengenai Afghanistan("The Invisible Afghanistan" ) Berikut adalah catatan Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan. Beliau telah melawat Amerika Syarikat awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001 ? Telah difirmankan dalam Al Qur'an, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu.? [Al-Hujurat 49:6] " Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan. Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri. Pencerobohan Soviet Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin di negara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar memperdulikan hal ini. Selepas Russia Dikalahkan Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahidin. Hanya 7 kumpulan Mujahidin beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahidin ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu di bawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huru-hara tersebut ke negara-negara lain. Kemunculan Taliban Melihat huru-hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang ?warlord? (ketua kumpulan bersenjata ? bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah ?sekolah agama pondok? dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka. Guru tersebut iaitu Mullah Muhammad Umar bersama-sama 53 orang murid beliau yang lebih dikenali sebagai Taliban, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah menggantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut digantung. Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini ? Taliban ? kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance). Kejayaan Taliban Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia: 1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak. 2.) Perkara kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimiliki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memiliki Kalshnikov , dan juga senjata canggih seperti stinger missiles, dan ada yang memiliki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan. 3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih. 4.) Kejayaan kami yang ke empat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengisytiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong ? langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja. 5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat. Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi. Hak-hak Kaum Wanita Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini. Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal suami masing-masing. Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban. Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diizin berkerja. Kami akui sebelum 1996, iaitu sebelum kami menakluki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuroh mereka duduk rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu duduk rumah kerana pada masa itu keadaan huru-hara tanpa kuat kuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah. Wanita dan pekerjaan Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan berkerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka berkerja di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya. Wanita dan pendidikan Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang ?co-education? (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan. Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiayaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sekatan pelajaran ? kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sekatan pelajaran ala komunis, dan kurikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurikulum yang bercanggah-canggah itu. Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini. Isu Usamah Bin Laden(Osama bin Laden) Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud. Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, Presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Laden tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu. Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat). Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diisytiharkan terlebih dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesuatu yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika ke atas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh. Kerajaan Amerika Syarikat cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak Amerika Syarikat dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat. Saya antara ramai yang berada di rumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa Amerika Syarikat telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika Syarikat cuba membunuh satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika Syarikat tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut. Syor-Syor Taliban Berhubung Usamah Bin Laden(Osama Bin Laden) Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin Laden benar-benar terlibat dalam serangan ke atas kepentingan Amerika Syarikat di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberi kami sebarang apa bukti. Amerika Syarikat memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika seseorang itu dianggap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah. Syor kami yang pertama telah ditolak. Amerika Syarikat berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak. Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh Amerika Syarikat. Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami. Sekatan Ekonomi Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi ke atas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung yang dimusnahkan. Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab," Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung." Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut. Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu di bawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan? Kofi Annan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu. Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubat-ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut. Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pegangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan ekonomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.." [Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6 bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon] ..................bersambung <Picture: Ke atas> <Picture: Balik Menu Utama> Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002 ------------------------------------------------------------------------ Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : [EMAIL PROTECTED] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>