*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum warga Hizbi net yang dirahmati Allah...

Saya mengikuti perkembangan terbaru ini (tafakur sejenak oleh Laman-laman 
Reformasi) dengan penuh perhatian. Bagi saya, persoalan sama ada seseorang 
pemimpin itu wajar meletakkan jawatan, atau persoalan memperbaiki dan 
mengkritik organisasi mahupun gerakerja parti adalah persoalan biasa...dan 
kiranya ini berlaku dalam Keadilan, kita mengharapkan ianya lahir daripada 
keihklasan dalam perjuangan dan proses mematangkan parti yang dilakukan 
dengan penuh ketelitian...Hatta kiranya berlaku ke atas PAS sekalipun, 
dipersilakan kiranya ianya dapat membuahkan kebaikan buat perjuangan 
Islam....

Dan untuk mempastikan hasrat melakukan 'islah' dalam parti itu 
berjaya...penggeraknya mesti mempertimbangkan faktor kesan baik dan buruk, 
jangka panjang dan jangka pendek...juga turutan keutamaan. Dalam hal inilah 
pada saya Webmaster Laman laman tersebut kelihatan tidak cermat...Ini 
sememang masa yang cukup tidak sesuai untuk melakukan sedemikian (tafakur 
sejenak dan yg berkaitan..). Kalaupun benar perlu reformasi 
dalaman....tindakan ini sudah pun dijadikan 'lauk' kempen piihanraya 
BN...apakah menyistiharkan pernyataan reformasi dalaman (yg tidak pernah 
ketara keburukannya kepada perjuangan 'reformasi' mahupun ahli Keadilan 
sendiri, jika benar) pada ketika ini lebih besar manfaatnya daripada 
menangguhkannya selepas pilihanraya?

So...sekarang ni nampaknya mereka dah buka balik access...alhamdulillah. 
Kita harapkan ianya menjadi iktibar kepada pejuang keadilan dan kita dapat 
atur langkah pertahanan dan serangan yg lebih jitu ke atas BN selepas 
ini...kita pejuang yang matang..ayuh ambil sikap dan tindakan berdasarkan 
keutamaan dan mesyuarah...

Kalau dah utusan Meloya tu memang itulah kerja dia...peliklah kalau Utusan 
Meloya dan media-media kroni yang lain buat berita yg untungkan 
kita...samalah macam akhbar kita...cuma yg membezakannya ialah kita nak 
untungkan Islam dan keadilannya...mereka dok untungkan bende yang batil.

Inilah pandangan saya...sama-samalah kita berkongsi dan bertukar pandangan 
untuk kebaikan bersama...agar kita bersepakat dalam kebenaran. 'Umatku tidak 
bersepakat dalam kebatilan' (maksud hadith)

Salam Tajdid

Allahu Akbar!!!

raden hadi
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Alam Wasathiyah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke