H-Net* Tanah lot untuk di jual

2001-07-20 Thread Zul





  
  
Lokasi:    Lot 1501,  Kg. New 
  Village, Mukim Ijok, Kuala SelangorLuas:  
  3000 Kaki Persegi (50' x 60')Harga: RM 
  14,000  Lokasi:    Lot 4282, Kg Kebun 
  Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor Luas:  3042 Kaki 
  Persegi (42' x 72')Harga: RM 
  12,500Lokasi:    Lot 4282, Kg Kebun Baru Telok 
  Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor Luas:   1521 
  kaki Persegi (42' x 36')Harga:  RM 
  6,500


  
  
Lokasi:    Lot 2616, Kg Pakri, 
  Saiong, Kuala Kangsar, Perak (Bkt. 
  Chandan)Luas:  2800 Kaki Persegi (40' x 
  70')Harga: RM 12,000  
  Lokasi:    Lot 1285, Kg Chandek Kura, Kedawang, 
  Langkawi, KedahLuas:  2442 Kaki Persegi 
  (37' x 66')Harga: RM 
  18,000


  
  
 



  
  
Lokasi:    Lot 1457, Jln Merlimau, 
  Simpang Kerayong, Jasin, Melaka Luas:  2400 Kaki 
  Persegi (40' x 60')Harga: RM 20,000  
  Lokasi:    Lot 2804, Pasir Panjang, Port Dickson, 
  Negeri SembilanLuas:  2400 Kaki Persegi 
  (40' x 60')Harga: RM 
  18,000Lokasi:    Lot 2479, Lrg Kenanga, Kg  
  Damai, Kuang, (Sg Buloh), SelangorLuas:   2400 
  Kaki Persegi (40'x60')Harga:  
  RM25,000


  
  
Lokasi:    Lot 497, Jalan Johor, 
  Simpang 5, Batu Pahat JohorLuas:  3200 
  Kaki Persegi (40' x 80')Harga: RM 19,000  
  Lokasi:    Lot 1784, Kg Bukit kapar, Mukim 
  Jeram, Kuala Selangor, SelangorLuas:  2400 Kaki 
  Persegi (40' x 60')Harga: RM 
  29,000


  
  
Lokasi:   
  5/1980, Pokok Sena Kota Setar, 
  KedahLuas:  1 
  ekarHarga: RM 13,000  
  Lokasi:    Lot 3108, Bagan Nakhoda Omar, Sabak 
  Bernam, SelangorLuas:  4000 Kaki 
  Persegi (43' x 93')Harga: RM 
  10,000


  
  
Lokasi:   
  Lot 431A, Merbau Sempak, Sg Buloh 
  SelangorLuas:  2400 kaki Persegi (40' x 
  60')Harga: RM 28,000  
  Lokasi:    Lot 3094, Kg Paya Jaras Hulu, Sg. 
  Buloh SelngorLuas:  2400 Kaki Persegi 
  (40' x 60')Harga: RM 
  28,000
 
 

  
  
LOT - LOT TAPAK RUMAH UNTUK DI 
  JUAL
 counter.gif?B=00&D=00&f=17&l=2&C=1


Re: H-Net* Tanah lot untuk di jual

2001-07-20 Thread support


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Dr Mahathir dengan internet, pelajar, Black Metal dan orang Melayu 
Oleh Mazlan Jusoh

http://a284.g.akamai.net/f/284/987/12h/202.157.186.6/Julai/L20jul2001_7.shtml

KOTA BHARU, 20 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad semakin bimbang terhadap 
kemunculan laman-laman web di internet yang menentang kepemimpinannya secara 
terang-terangan.

"Mereka akan putar belit setiap ucapan saya melalui laman-laman web seperti Mahazalim, 
Mahafiraun dan Mahadajal. Saya ini sebenarnya Mahathir dan berniat baik bagi 
kepentingan rakyat di negara ini," katanya ketika merasmikan program celik IT 2001 di 
Sekolah Menengah Kubang Kerian 2, di sini, pagi tadi.

Program itu dikendalikan KUB Malaysia Berhad dan anak-anak syarikatnya dengan 
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif KUB, Dato' Hassan Harun, Pengerusi Perhubungan 
Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, 
Dato' Mahadzir Mohd Khir dan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Annuar Musa.

Sebahagian besar mereka yang hadir di majlis itu adalah di kalangan guru-guru dari 
beberapa jajahan di negeri ini, pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa dan kakitangan Kemas.

Dr Mahathir berkata, setiap ucapannya dipandang serong dan dimuatkan ke dalam internet 
melalui laman-laman web berkenaan.

"Mereka akan lempar balik setiap hasrat baik saya melalui laman-laman web yang 
dikendalikan ini. Mereka adalah orang yang tidak berguna dan orang Kedah panggil 
'haprak'," katanya.

Dr Mahathir berulang kali mengeluarkan kenyataan itu seolah-olah terlupa terhadap apa 
yang sudah disebutnya pada peringkat awal ucapannya.

Beliau juga berkata, orang Cina tidak pernah menyalahgunakan internet seperti orang 
Melayu.

"Adakah orang Cina ada laman web maha-maha seperti dikendalikan orang Melayu. Saya 
percaya tidak ada, kerana mereka pandai menggunakan internet untuk kemudahan lain," 
katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang Melayu supaya tidak menyalahgunakan internet 
dengan menghentam balik ucapannya.

Perdana Menteri juga berkata, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi sekarang 
tidak boleh lagi ditegur dan mereka sudah mulai sombong.

"Mereka sudah tidak dengar apa yang kita nasihatkan. Mereka tidak hendak belajar lagi. 
Ini secara tidak langsung menghabiskan duit kerajaan yang dibelanjakan bagi membantu 
mereka," kata beliau lagi.

"Mereka seperti sudah membazir duit kerajaan kerana tidak mahu lagi belajar," 
tambahnya.

Menurut Presiden Umno itu, pelajar sekarang sudah pandai mencampur aduk 
perkara-perkara lain dan bukan untuk belajar sepenuhnya. Menurutnya, pelajar boleh 
buat kerja lain apabila sudah tamat belajar nanti kerana ketika itu mereka tidak lagi 
menggunakan bantuan kerajaan.

Katanya, kalau sudah ada pendapatan sendiri mereka boleh lakukan apa sahaja.

Pada ucapannya yang sama beliau menaruh kebimbangan terhadap gejala keruntuhan akhlak 
yang semakin menular di kalangan remaja sekarang. Katanya, pelbagai masalah melanda 
golongan itu sehingga ada remaja yang baru berumur 17 tahun sudah sanggup membunuh 
kanak-kanak.

"Begitu juga dengan budaya 'Black Mental' sekarang, cukup mencemaskan kerana mereka 
memuja syaitan sehingga sanggup memijak-mijak al Quran dan kitab Injil," tambah beliau 
lagi.

"Lagu-lagu kumpulan mereka mengajak membuat perkara yang jahat. Majoriti pelajar yang 
terlibat dengan gejala tersebut adalah datang dari sekolah agama," dakwanya secara 
terbuka.

Menurutnya, semakin ramai pelajar-pelajar Melayu yang terbabit dengan gejala yang 
meruntukan akhlak tersebut.

Orang ramai yang hadir berduyun-duyun itu kelihatan telah meninggalkan majlis walaupun 
ucapan Perdana Menteri belum lagi berakhir.

Pada majlis itu juga, Dr Mahathir telah melepaskan 20 ekor burung merpati sebagai 
tanda genap 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Di luar pagar tempat berlangsung program berkenaan terdapat sepanduk yang berbunyi 
'Rakyat Kelantan sudah sedar PAS hanya tahu memerintah melalui ceramah dan naik cukai. 
Cukup kami mahu pemerintahan Umno' - Umno Kubang Kerian.

Comments ? E-mail Us


--
catatan :

domain mahazalim.net dimiliki oleh seseorang beralamat dari sri perdana.




NUTRISI DAN KESEHATAN

Tak pelik lagi, menjaga kesehatan adalah kunci vitalitas tubuh anda secara 
keseluruhan. Saya tak ingin beromong kosong kepada anda dengan mengatakan cukup bagi 
anda melakukan semua latihan-latihan dalam manual ini dan mengabaikan kesehatan anda.

Kunci bagi kesehatan seksual anda adalah terjaminnya sirkulasi darah yang baik pada 
penis dan test