H-Net* Tazkirah TAUHID 4

1999-11-12 Terurut Topik Abdul Jamil Lam


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang disayangi, dikasihi, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa...

Izinkan saya membicarakan berkenaan Ilmu Tauhid kepada suatu pemahaman yang 
asas di dalam mendekatkan diri kita terhadap Zat Allah Ta'ala di dalam suatu 
kefahaman, suatu pegangan. Suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap 
individu Islam.

Semoga dengan usaha saya ini dan dengan izin daripadaNya, kita sama-sama 
dapat bermuzakarah akan ilmu Allah ini untuk diamal dan dihayati sepenuhnya.

InsyaAllah! Amin!



- Jalan Yang Menyampaikan Kepada Mengenal Allah - (Basic Interpretation)


UNTUK manusia sampai kepada mengenal Allah mestilah melalui jalan memerhati 
dan berfikir kepada alam dan kejadiannya.

Inilah yang ditunjukkan oleh Allah SWT seperti firmanNya, bermaksud :

"Di bumi ini ada tanda-tanda yang menunjukkan wujud Allah dan kebesaranNya 
bagi orang yang berkeyakinan dan pada diri kamu sendiri, tidakkah kamu 
memeliharanya?"

]Az-Zaariat : 20-21]

Dan firmanNya lagi, bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad), fikirkanlah kamu pada apa yang ada di langit 
dan di bumi."

[Yunus : 101]


Orang yang berfikir kepada kejadian dirinya, bagaimanakah benih telah 
dicampurkan ke dalam rahim ibu, bagaimanakah ia keluar subur hidup di dalam 
dunia ini, kemudian meningkat menjadi dewasa, tua seterusnya mati. Dalam 
melalui proses hidup itu berbagai-bagai sifat telah bertukar ganti dari 
gemuk menjadi kurus, dari sihat menjadi sakit dan seterusnya.

Demikian orang yang memerhati dan memikirkan kepada alam yang luas ini serta 
menyelidiki rahsia-rahsia yang ajaib, tentulah pemikirannya akan sampai 
kepada sesuatu keputusan bahawa alam yang indah permai ini mesti ada 
penciptanya yang bijaksana dan mempunyai sifat-sifat kesempurnaan serta suci 
dari sifat-sifat kekurangan. Apabila sampai pemikiran manusia kepada 
keputusan ini maka tercapailah ma'rifat atau pengenalan terhadap Allah 
Ta'ala.

Mengatur fikiran supaya sampai kepada mengenal Allah itu adalah wajib pada 
hukum syara'. Dalilnya seperti firman Allah, bermaksud :

"Katakanlah Muhammad, fikirkanlah kamu pada apa yang ada di langit dan di 
bumi."

[Yunus : 101]

Dan firmanNya lagi, bermaksud :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang 
itu adalah menjadi tanda-tanda wujudnya Allah dan kebesaranNya bagi yang 
mempunyai akal."

[Ali-Imran : 190]


Rasulullah SAW juga telah menguatkan bahawa wajib kita berfikir tatkala 
mengulas ayat yang di atas dengan sabdanya, bermaksud ;

"Binasalah orang yang membaca ayat ini tetapi tidak mahu berfikir padanya."

"Weil" itu ertinya kebinasaan. Jelaslah junjungan kita telah menyebut 
kebinasaan untuk menjadi satu amaran bagi orang yang tidak mahu berfikir dan 
memerhati. Ahli Sunnah dan Muktazilah tidak akan berselisihan tentang 
memerhati dan memikir itu, hanya mereka berselisih faham tentang jalan 
wajibnya sahaja. Adakah dari syara' atau akal, sebagaimana mereka berselisih 
faham tentang wajib mengenal Allah?


Bertaklid Dalam Perkara Iktikad.

TAKLID mengikut istilah Ilmu Kalam ialah menerima perkataan orang lain tanpa 
mengetahui dalil dan alasannya. Takrif ma'rifat telah dinyatakan dahulu 
ialah satu pengertian tegas yang betul dengan apa yang sebenar menerusi 
dalil. Manakala Taklid pula ialah pengertia yang tegas yang betul dengan apa 
yang sebenar timbul dari mengikut orang lain tanpa dalil. Jadi beza antara 
ma'rifat dan taklid dalam soal iktikad ini ialah seperti yang dimisalkan 
oleh Al-Syeikh Sunusi seperti katanya :

"Sebilangan orang yang mencari anak bulan di kaki langit untuk menentukan 
awal bulan, maka beberapa orang daripadanya telah ternampak penjelmaan anak 
bulan itu, manakala yang lain hanya membenar dan menerima perkhabaran orang 
yang melihat itu sahaja. Hukum yang mengatakan telah bermulanya bulan itu 
dari orang-orang yang melihatnya sendiri adalah datangnya dari dalil iaitu 
penglihatan mereka, inilah yang dinamakan ma'rifat."

"Manakala hukum orang yang membenar cakapkan orang lain itu dinamakan 
taklid. Orang ini jikalau ianya ditunjukkan oleh orang-orang yang melihat 
anak bulan itu ke arah tempat anak bulan berada hingga ia juga dapat 
melihatnya, maka mereka ini telah meningkat ke darjat orang arif pula kerana 
sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai bukti dan dalil."

Demikianlah bandingan orang-orang kebanyakan yang mengikut orang lain dalam 
soal Tauhid, apabila ditunjukkan oleh guru-gurunya mereka akan menjadi orang 
yang arif pula dengan Allah SWT.

Syarat-syarat lain bagi ma'rifat iaitu tegas, putus dan 

H-Net* Tazkirah TAUHID

1999-11-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang disayangi, dikasihi, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan berkenaan Ilmu Tauhid kepada suatu pemahaman yang 
asas di dalam mendekatkan diri kita terhadap Zat Allah Ta'ala di dalam suatu 
kefahaman, suatu pegangan. Suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap 
individu Islam.

Semoga dengan usaha saya ini dan dengan izin daripadaNya, kita sama-sama 
dapat bermuzakarah akan ilmu Allah ini untuk diamal dan dihayati sepenuhnya.

InsyaAllah! Amin!


ILMU TAUHID (Basic Interpretation)


Perkataan "Tauhid" dalam bahasa Arab bermakna mengetahui bahawa sesuatu itu 
satu, dan di dalam syara' ialah menentukan ibadat kepada Tuhan yang disembah 
dengan sebenar-benarnya sahaja dan beriktiqad dengan keesaanNya baik pada 
Zat mahu pun pada Sifat dan perbuatanNya. Tidak ada satu zat pun yang 
menyerupai Zat Tuhan, begitu juga dengan Sifat-sifat dan 
Perbuatan-perbuatanNya. Tauhid juga bermakna mensabitkan adanya satu zat 
yang tidak menyerupai dengan mana-mana zat yang lain.

Tetapi dalam istilah perkataan "Tauhid" bermakna ilmu yang membolehkan 
seseorang menetapkan kepercayaan agama dengan menerusi dalil-dalil yang 
menyakinkan. Ataupun ilmu yang membicarakan Zat Allah serta Sifat-sifatNya 
dan sifat-sifat kerasulan seseorang Rasul, serta menerangkan hal-ehwal 
perkara yang mungkin (mumkinat) dan perkara yang didengar daripada syara' 
sama ada al-Quran atau al-Hadis (sam'iyat). Pembicaraan tentang Zat Allah 
bukanlah bertujuan untuk mengetahui hakikatNya, kerana tidak sesiapa pun 
yang boleh mengetahui hakikat Zat Allah selain dari Allah sendiri.

Sabda Rasulullah SAW, bermaksud :

"Maha Suci Engkau Ya Allah, tiada kami mengenal akan Dikau dengan 
sebenar-benarnya melainkan dengan ma'rifat Engkau."

Yang dimaksudkan dengan membicarakan Zat Allah ialah mengetahui perkara yang 
wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah. Begitu juga perbahasan 
sifat-sifat Allah dengan tujuan mensabitkan adanya Allah dengan bukti-bukti 
yang menyakinkan dan membahagikan sifat-sifat itu kepada Nafsiah, Salbiah, 
Maani dan Maknawiyah, serta menerangkan siat-sifat yang ada kaitan (ta'luk) 
dengan perkara-perkara yang lain dan yang tiadanya.

Pembicaraan tentang Rasul-rasul pula ialah ditekankan tiada perkara yang 
wajib, mustahil dan harus pada hak mereka, perutusan Rasul-rasul dan 
mensabitkan kebenaran mereka dengan mukjizat-mukjizat. Begitu juga 
pembicaraan dalam perkara-perkara mungkin alam ialah dari segi baharunya 
untuk dijadikan asas bagi mensabitkan adanya pencipta pencipta dan 
pembaharunya. Seterusnya pembicaraan tentang perkara-perkara yang didengar 
dari syara' (sam'iyat) pula ialah dari segi menyakinkan ada dan berlakunya 
sebagaimana yang diberikan oleh Rasul yang ma'sum.

Dari keterangan di atas nyatalah bahawa tajuk perbincangan ilmu Tauhid ialah 
:

1.  Zat Allah dan Sifat-sifatNya ditinjau dari segi wajib, mustahil
dan harus.

2.  Zat Rasul-rasul dan sifat-sifatnya sama ada yang wajib, mustahil atau 
harus.

3.  Perkara mungkin atau alam sebagai dalil untuk mensabitkan
wujudnya Allah.

4.  Perkara-perkara yang didengar dari syara' sama ada dari al-Quran atau 
al-Hadis (sam'iyat) dari segi wajib beri'tiqad seperti  yang diberitakan 
oleh Rasul yang ma'sum.


Faedahnya ilmu Tauhid ini adalah jelas, iaitu untuk mengenal Allah dengan 
dalil yang tegas dan seterusnya mendapat ganjaran kebahagiaan yang kekal 
abadi di akhirat. Ma'rifat atau mengenali Allah ketenangan dan keyakinan 
jiwa, hasil kepuasan hati terhadap dalil-dalinya, oleh itu ibadat seseorang 
arif kepada Allah lebih afdhal dari ibadat seorang yang berta'lid. Orang 
ariflah saja yang boleh menyiarkan seruan Islam dengan yakin dan puas hati 
serta berkemampuan untuk menolak segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh 
kaum-kaum yang sesat.

Ilmu Tauhid ialah semulia-mulia ilmu kerana hubungannya dengan Zat Allah SWT 
dan Rasul-rasulNya.

Ilmu Tauhid adalah sebagai asas kepada semua ilmu agama kerana kalau kita 
tidak berIman dengan wujud Allah dan tidak yakin bahawa Dia yang mengutuskan 
Rasul-rasulNya, tentu tidak timbul soal berIman dengan syariat-syariat Allah 
dan firman-firmanNya. Ternyatalah bahawa Ilmu Tauhid menjadi asas bagi Ilmu 
Tafsir, Hadis, Feqah, Tasauf dan lain-lain.

Tauhid memanglah menjadi perutusan bagi semua Rasul dan asas bagi semua 
agama Allah. Tetapi orang yang mula-mula menjadikannya sebagai ilmu yang 
teratur ialah dua imam Ahli Sunnah iaitu Abu Hassan Al-Asyari dan Abu Mansur 
Al-Maturidi. Kemudiannya 

H-Net* Tazkirah TAUHID 2

1999-11-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Hukum-hukum Dan Bahagiannya.

Hukum ertinya menetapkan sesuatu perkara kepada perkara yang lain. Para 
Ulama' telah membahagikan hukum kepada tiga bahagian mengikut 
sumber-sumbernya, iaitu :

1.  Hukum Akal - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan atau penafian 
akal, seperti akal menetapkan satu itu setengah daripada dua, atau tiga itu 
bukan genap.

2.  Hukum Syara' - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan sayara', seperti 
menetapkan wajib sembahyang (solat), atau   haram makan daging babi.

3.  Hukum Adat - Iaitu hukum yang disandarkan kepada kebiasaan dan percubaan 
manusia di dalam hidup tanpa memandang kepada akal dan syara', seperti api 
boleh   menghanguskan
 bahan-bahan yang boleh terbakar, air boleh memadamkan api, atau pisau 
boleh memotong.

Di antara tiga jenis hukum ini yang penting di dalam kajian Ilmu Kalam ialah 
hukum akal.


Hukum Akal

Sebagaimana yang telah dinyatakan, hukum akal ialah penetapan atau penafian 
yang dibuat oleh akal, dan ianya yerbahagi kepada tiga perkara :

1.  Wajib : Iaitu barang yang tetap ada dan tidak mungkin tiada zatnya atau 
perkara yang tidak tergambar pada akal tiadanya.

2.  Mustahil : Iaitu barang yang tetap tiada dan tidak menerima ada bagi 
zatnya, ataupun barang yang tidak tergambar adanya pada akal.

3.  Harus : Iaitu barang yang boleh menerima ada atau tiada dengan memandang 
kepada zatnya sendiri. Ataupun barang   yang tergambar pada akal ada atau 
tiadanya. Atau barang
 yang bersilih-ganti di antara adan dan tiada, kerana ada dan tiada itu 
dua perkara yang berlawanan dan tidak mungkin berhimpun pada satu waktu.


Tiap-tiap satu hukum yang tiga ini terbahagi pula kepada dua, iaitu :

1.  Yang mudah (Dharuri), iaitu hukum akal yang dapat difaham   secara 
sepintas lalu sahaja tanpa memerlukan pemikiran dan penyelidikan.

2.  Yang payah (Nazari), iaitu hukum-hukum akal yang tidak dapat diterima 
tanpa berfikir mencari dalil dan menyelidikinya terlebih dahulu.


Misal bagi tiap-tiap jenis hukum akal itu adalah seperti berikut :

a.  Wajib yang mudah (Dharuri), seperti satu itu setengah daripada dua dan 
keseluruhan itu adalah lebih besar daripada sebahagian.

b.  Wajib yang payah (Nazari), seperti wajib ada bagi Tuhan dan bersifat 
dengan segala sifat kesempurnaan serta maha suci dari sebarang sifat 
kekurangan.

c.  Mustahil yang mudah (Dharuri), seperti mustahil berlaku gerak dan diam 
pada waktu yang sama dalam satu tubuh : dua lebih besar daripada sembilan.

d.  Mustahil yang payah (Nazari), seperti mustahil alam ini sedia (Qadim) dan 
mustahil Tuhan itu tidak ada.

e.  Harus yang mudah (Dharuri), seperti satu jisim itu harus diam atau 
bergerak, salah satu daripadanya boleh diterima.

f.  Harus yang payah (Nazari), seperti harus bagi Allah menyeksa orang yang 
mengerjakan taat dan memberi pahala kepada orang yang membuat maksiat. Ini 
adalah harus pada hukum
 akal tetapi pada hukum syara' adalah mustahil kerana janji Allah dalam 
perkara ini adalah tegas.

Di dalam takrir wajib, mustahil dan harus tadi telah disyaratkan bagi zatNya 
sendiri. Tujuannya supaya tidak termasuk wajib, mustahil dan harus yang 
tidak bagi zatNya sendiri, atau memandang kepada perkara yang lain, seperti 
adanya dunia ini jikalau ditinjau dari zatNya sendiri tentulah harus sahaja. 
Tetapi jika dipandang dari segi takluk kepada Iradat Allah maka adanya itu 
telah menjadi mesti dan wajib. Wajib seperti ini dinamakan kerana ada yang 
lain bukan kerana zatNya semdiri. Demikian juga mengazabkan orang yang 
berbuat taat, jikalau ditinjau dari pengazaban itu sendiri tentulah harus 
kerana Allah harus melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Tetapi jika 
dilihat dari segi janji-janji Allah dalam al-Quran bahawa orang yang berbuat 
taat itu akan diberi pahala, maka menyeksa orang-orang yang taat itu adalah 
mustahil tetapi bukan kerana zatNya sendiri.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]