*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum-hukum Dan Bahagiannya.

Hukum ertinya menetapkan sesuatu perkara kepada perkara yang lain. Para 
Ulama' telah membahagikan hukum kepada tiga bahagian mengikut 
sumber-sumbernya, iaitu :

1.      Hukum Akal - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan atau penafian 
akal, seperti akal menetapkan satu itu setengah         daripada dua, atau tiga itu 
bukan genap.

2.      Hukum Syara' - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan sayara', seperti 
menetapkan wajib sembahyang (solat), atau       haram makan daging babi.

3.      Hukum Adat - Iaitu hukum yang disandarkan kepada kebiasaan dan percubaan 
manusia di dalam hidup tanpa memandang kepada akal dan syara', seperti api 
boleh   menghanguskan
     bahan-bahan yang boleh terbakar, air boleh memadamkan api, atau pisau 
boleh memotong.

Di antara tiga jenis hukum ini yang penting di dalam kajian Ilmu Kalam ialah 
hukum akal.


Hukum Akal

Sebagaimana yang telah dinyatakan, hukum akal ialah penetapan atau penafian 
yang dibuat oleh akal, dan ianya yerbahagi kepada tiga perkara :

1.      Wajib : Iaitu barang yang tetap ada dan tidak mungkin tiada zatnya atau 
perkara yang tidak tergambar pada akal tiadanya.

2.      Mustahil : Iaitu barang yang tetap tiada dan tidak menerima ada bagi 
zatnya, ataupun barang yang tidak tergambar adanya pada akal.

3.      Harus : Iaitu barang yang boleh menerima ada atau tiada dengan memandang 
kepada zatnya sendiri. Ataupun barang   yang tergambar pada akal ada atau 
tiadanya. Atau barang
     yang bersilih-ganti di antara adan dan tiada, kerana ada dan tiada itu 
dua perkara yang berlawanan dan tidak mungkin berhimpun pada satu waktu.


Tiap-tiap satu hukum yang tiga ini terbahagi pula kepada dua, iaitu :

1.      Yang mudah (Dharuri), iaitu hukum akal yang dapat difaham       secara 
sepintas lalu sahaja tanpa memerlukan pemikiran dan penyelidikan.

2.      Yang payah (Nazari), iaitu hukum-hukum akal yang tidak dapat diterima 
tanpa berfikir mencari dalil dan menyelidikinya terlebih dahulu.


Misal bagi tiap-tiap jenis hukum akal itu adalah seperti berikut :

a.      Wajib yang mudah (Dharuri), seperti satu itu setengah daripada dua dan 
keseluruhan itu adalah lebih besar daripada sebahagian.

b.      Wajib yang payah (Nazari), seperti wajib ada bagi Tuhan dan bersifat 
dengan segala sifat kesempurnaan serta maha suci dari sebarang sifat 
kekurangan.

c.      Mustahil yang mudah (Dharuri), seperti mustahil berlaku gerak dan diam 
pada waktu yang sama dalam satu tubuh : dua lebih besar daripada sembilan.

d.      Mustahil yang payah (Nazari), seperti mustahil alam ini sedia (Qadim) dan 
mustahil Tuhan itu tidak ada.

e.      Harus yang mudah (Dharuri), seperti satu jisim itu harus diam atau 
bergerak, salah satu daripadanya boleh diterima.

f.      Harus yang payah (Nazari), seperti harus bagi Allah menyeksa orang yang 
mengerjakan taat dan memberi pahala kepada orang yang membuat maksiat. Ini 
adalah harus pada hukum
     akal tetapi pada hukum syara' adalah mustahil kerana janji Allah dalam 
perkara ini adalah tegas.

Di dalam takrir wajib, mustahil dan harus tadi telah disyaratkan bagi zatNya 
sendiri. Tujuannya supaya tidak termasuk wajib, mustahil dan harus yang 
tidak bagi zatNya sendiri, atau memandang kepada perkara yang lain, seperti 
adanya dunia ini jikalau ditinjau dari zatNya sendiri tentulah harus sahaja. 
Tetapi jika dipandang dari segi takluk kepada Iradat Allah maka adanya itu 
telah menjadi mesti dan wajib. Wajib seperti ini dinamakan kerana ada yang 
lain bukan kerana zatNya semdiri. Demikian juga mengazabkan orang yang 
berbuat taat, jikalau ditinjau dari pengazaban itu sendiri tentulah harus 
kerana Allah harus melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Tetapi jika 
dilihat dari segi janji-janji Allah dalam al-Quran bahawa orang yang berbuat 
taat itu akan diberi pahala, maka menyeksa orang-orang yang taat itu adalah 
mustahil tetapi bukan kerana zatNya sendiri.

Wallahu ta'ala a'lam.......

TO BE CONTINUED.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke