www.harakahdaily.com
Malay Section

Terengganu makin kuat

KUALA TERENGGANU, 18 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Tuan Guru Hj Abdul hadi
Awang berkata isu riyalti petroleum yang turut mendapat simpati daripada
masyarakat antarabangsa menjadikan kedudukan Kerajaan Terengganu pimpinan
Pas bertambah kuat.

Menurut beliau, walaupun pada hakikatnya isu tersebut menyebabkan kedudukan
kewangan negeri terjejas, ia memberikan sokongan moral yang kuat kepada
kerajaan dan rakyat Terengganu.

"Sokongan kuat itu memberikan keyakinan kepada saya bahawa kita boleh
berdepan dengan mana-mana pihak bagi menghadapi cabaran ini," katanya ketika
berucap di Majlis taklimat mengenai isu royalti petroleum kepada Ketua
Jabatan dan Kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankausa pembangunan Ekonomi, Petroleum,
Perindustrian dan Sumber Manusia Negari, Hj Mustafa Ali; Pengerusi
Jawa! tankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, Tun Mohd Salleh Abas dan
Setiausaha Kerajaan, Datuk Senara Muda Mazlan Hashim.

Ustaz Hadi Berkata, Para cendikiawan di negara ini turut mengutuk tindakan
zalim yang dilakukan Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Terengganu apabila
mengarahkan Petronas supaya tidak menyalurkan wang royalti Petroleum kepada
kerajaan negeri.

Beliau berkata, seminar yang dihadiri cendikiawan dari pelbagai Institusi
Pengagian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara di Kuala Lumpur beberapa
hari lalu membuat resolusi menuntut supaya Kerajaan Pusat menghormati
perjanjian yang telah dibuat antara Kerajaan Terengganu dan Petronas.

"Mereka juga meminta supaya Kerajaan Pusat menghormati prinsip demokrasi dan
konsep Federalisme," ujarnya.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke