*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi....... · Theori Tentang Roh Manusia Ada tiga aspek roh manusia itu. Pertama roh tumbuhan. Tugas roh ini ialah mendapatkan makanan dan menyerapkan makanan itu ke dalam tubuh. Roh ini ada 4 kuasa iaitu : (a) tarikan (jadhb) (b) menyimpan (mask) (c) menghadam (hadm) (d) membuang (daf') Roh haiwan dianggap sebagai wap yang halus yang tempat duduknya dalam hati (iaitu hati fizikal). Ianya bersifat kebendaan dan boleh didapati dalam badan manusia dan binatang. Roh rasional ini adalah roh yang suci. Ianya suci bersih dan tidak berdosa. Roh ini berilmu. Apa yang dimaksudkan dengan "dosa" di sini ialah akibat pertelingkahan yang timbul antara roh rasional dan roh binatang semasa percantuman atau persangkutan roh rasional dengan badan manusia. Roh rasional ini tidak boleh rosak dan binasa, ianya kekal dan qadim. Jadikan bagi setiap roh itu satu "kenderaan" (markab) yang bersesuaian dengan alam di mana roh itu akan pergi. Yang dimaksudkan dengan "markab" itu hanya perkataan untuk keadaan yang mana diduduki oleh roh itu semasa dalam perjalanan kembalinya menuju Roh Semesta itu, iaitu satu keadaan di mana roh itu bebas dari perbatasan kebendaan dan perkaitan dengan kebendaan sama ada secara menyeluruh atau hanya sebahagian. Roh rasional itu bukan sejenis dengan akal (intelek) atau badan meskipun akal itu adalah satu daripada "kuasa"nya dan melalui percantumannya dengan badan, roh itu bertugas melalui badan itu. Roh itu bebas dari badan dan boleh wujud tanpa badan kerana roh itu telah ada sebelum bercantum dalam badan dan roh itu juga tetap wujud setelah meninggalkan badan. Roh itu hidup dan aktif. Kegiatannya ialah mengingat, menyimpan idea, memaham, membeza dan membayangkan idea. Ia boleh menerima semua jenis ilmu dan tidak pernah jemu menerima idea-idea yang mujarrad (abstract ideas). Roh ini adalah "ketua" semua tiga jenis roh itu dan amir (raja) semua kuasa yang mengkhidmatinya dan mematuhi perintahnya. Roh itu bukan badan dan bukan 'arad tetapi adalah kepunyaan "alam al-amr" iaitu alam roh. Perintah Ketuhanan itu bukan badan dan bukan 'arad, tetapi kuasa seperti Akal Awal dan Roh Semesta dan lain-lain Roh Suci (al-mufariqat). Itulah realiti yang ditunjukkan oleh perkataan "AKU". Badan itu adalah aspek (wajah) zahir realiti (hakikat) yang satu dan roh itu adalah aspek batin realiti itu. "Mati" itu tidak merosakkan roh itu. "Mati" itu hanya kehancuran atau pembinasaan bentuk kebendaan (badan) saja. Semua "bentuk" (badan) itu tidak ada apa-apa, hanya bayangan, tetapi ada raeliti di sebaliknya. Kerana ada roh itulah badan itu wujud. Semua tiga jenis roh tersebut pada hakikatnya satu jua. Oleh kerana yang batin itu lebih sempurna dari yang zahir, maka jadilah roh rasional itu lebih tinggi martabatnya. Roh rasional itulah aspek batin manusia. Wallahu ta'ala a'lam....... TO BE CONTINUED....... Wassalamu....... Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>