Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI ISNIN
1 Zulkaedah 1420
7 Februari 2000
-------------------------------------------


Dasar perniagaan kerajaan negeri Terengganu
TIADA SAINGAN KERAJAAN DAN USAHAWAN


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,
Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri, Haji Mustafa Ali
berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat bersaing dengan usahawan
tempatan dalam perniagaan.

Katanya, kerajaan negeri terlibat dengan perniagaan sebagai usaha untuk
membantu usahawan bumiputera dan tempatan yang belum mampu menguasai
sesuatu perniagaan itu.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan peserta "Forum
Polisi Perindustrian Terengganu di Alaf Baru" di Wisma Darul Iman, di
sini, Ahad lalu. Kira-kira 300 wakil kerajaan, badan berkanun, syarikat
swasta tempat dan luar menyertai forum itu.

Beliau menj! elaskan bahawa penglibatan kerajaan negeri dalam bidang
perniagaan diteruskan sekiranya tiada usahawan yang melibatkan diri
dalam sesuatu perniagaan yang strategik.

Menurutnya, kerajaan terlibat dengan perniagaan kerana melihat usahawan
bumiputera dan tempatan perlu dibantu dalam bidang tertentu.

Katanya, jika sudah ada usahawan tempatan yang menceburi dan menguasai
sesuatu bidang perniagaan itu, kerajaan negeri tidak lagi terbabit
dengan perniagaan tersebut.

Jelasnya, dari sudut pandangan Islam, kerajaan tidak seharusnya
melibatkan dengan perniagaan sehingga wujudnya persaingan antara
kerajaan negeri dengan usahawan.

"Jika ada persaingan antara kerajaan dengan usahawan, kerajaan yang
akan menang. Ini tidak adil," ujarnya.

"Kalau usahawan boleh buat, kita (kerajaan) tidak perlu lagi masuk,"
katanya.

Beliau menambah, kerajaan akan meneruskan usaha untuk membantu usahawan
tempatan dalam sesuatu projek yang s! trategik dan menguntungkan.

Mustafa juga menjelaskan bahawa anak-anak syarikat kerajaan negeri yang
'segar' akan diteruskan.

Sehubungan itu, katanya anak-anak syarikat yang berkeadaan 'separuh
nyawa' akan ditentukan kedudukannya.





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Reply via email to