H-Net* Tiga Abdul Tidak Cuba DiJawab!

2000-06-23 Terurut Topik filter





"Tiga Abdul " Tidak Cuba DiJawab!





Cubit-Cubit Tuk Ketampi(Respon Kepada Artikel Sayuti; Mengapa Saya Tulis Tiga Abdul) 
Sayuti Omar menongkah arus lagi. Bukunya Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul menjadi senjata Umno untuk menikam Tok Guru di Kelantan. Menikam Tok Guru, bererti menetak PAS. Ini tidak bermakna, karya Sayuti itu menyalahi ajaran Islam atau tarafnya seperti surat layang. Sayuti menanggungjawabkan tulisannya itu. Pendedahan beliau, Mengapa Saya Tulis Tiga Abdul yang disiarkan oleh beberapa laman web, sehari dua ini, dapat mengurangkan tanggapan buruk ahli-ahli PAS terhadap Sayuti. 
Buku telah dipasarkan. Edarannya, agak memuaskan. Sambutannya juga kuat terutama di Kelantan. Promosi percuma oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS dalam Muktamar PAS di Kuala Terengganu awal bulan ini, menarik minat ahli-ahli PAS untuk mengetahui kandungannya. TV3 pula tulong iklankan. Rakyat Malaysia, yang simpati PAS pun mula tercari-cari buku yang mencetuskan kontroversi itu. 
Khabarnya, pemimpin PAS Kelantan antara yang tidak senang dengan buku Tiga Abdul itu. Jenuh menepis dan bertepis, apabila rakan taulan bertanya. Abdul Halim, Abdul Fatah dan Abdul Rahim, mendiamkan diri. Abdul Halim cuba untuk menyaman Sayuti kerana fakta salah Sayuti mengenai jawatan yang disebut disandang oleh Halim tidak benar dan tidak pernah diamanahkan kepada beliau. Sayuti tulis, Halim pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri (Exco) yang menjaga urusan tender pembalakan di Kelantan. 
Halim menafikan secara tertutup dengan kawan-kawannya. Memangpun dia tidak pernah pegang jawatan itu. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang memegangnya dari dulu hingga sekarang. Sayuti silap fakta. 
Namun begitu, ini tidak bermakna fakta-fakta lainnya silap. Sayuti cuba memberikan tasawur tentang wujudnya “konspirasi” Tiga Abdul untuk menguasai Kelantan dan mengetepikan Tok Guru. Ini suatu “kenyataan” yang berat. Tok Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan tidak sepatutnya mendiamkan diri. Orang Pas di kaki lima Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Jalan Dato Pati, sudah bising hal ini. Buku Sayuti, di Kelantan menjadi rujukan. Apa yang mereka teka, yang mereka bual-bualkan sudah didokumenkan oleh Sayuti, anak Kelantan juga. 
Apa komen Tok Guru? Setakat ini, nampaknya diam sahaja. Diam untuk bertindak ataupun diam untuk menutup pintu, wallahuaklam! Tidak wajar, PAS Pusat mendiamkan diri dalam isu ini. Presiden, Dato Fadzil Noor patut buat sesuatu, sekalipun Tiga Abdul itu kawan rapat beliau. Ketelusan dalam parti akan mencerminkan ketelusan dalam kerajaan. Kalau dalam parti, kita bertindak pilih kasih, takut dengan bayang-bayang, khuatir kawan berkecil hati atau kecewa, maka sudah tentulah lagi susah dan payah, jika penyelewengan dalam kerajaan untuk disiasat. 
Apabila Pemuda PAS Pusat membangkitkan isu ini dalam Muktamar PAS, maka satu tindakan susulan patut disegerakan. Sekalipun ia melibatkan orang kiri-kanan Tok Guru. Sebagai manusia yang lemah, terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, Tok Guru sendiri sepatutnya bertindak menyiasat kebenaran atau kepalsuan karya Sayuti yang sudah didokumenkan itu. Langkah mendiamkan diri, akan ditafsirkan sebagai betul oleh rakyat. Kita bimbang, isu ini akan ditiup kencang oleh Umno Kelantan dan akan menggugat kredibiliti Tok Guru sebagai imam, MB dan ulama yang cukup disegani di Kelantan akibat karenah geygey Tiga Abdul. Janganlah disebabkan, kerja keras Tiga Abdul ini, menaik dan menggilap Tok Guru selama ini, maka satu siasatan tidak boleh dibuat terhadap mereka. Ini bererti sudah berlakunya kronisme! 
Isunya sekarang adalah isu ketelusan dalam parti dan terutama dalam kerajaan. Seperti mana yang dibangkitkan tentang penggunaan kereta kerajaan untuk tujuan peribadi. Ketelusan dalam Pas boleh dianggap, ketelusan kalangan anggota parti yang tidak melibatkan orang lain selain dari mereka. Tetapi ketelusan berkerajaan, akan mendedahkan kerajaan PAS itu kepada kritikan. Kritikan ini pula akan menjadi polis yang mengekori setiap gerak-geri pegawai kerajaan dan peneraju kerajaan dalam segala hal. Ini kerana, mereka sedang mengendalikan sebuah kerajaan rakyat. Dan sudah tentulah, segala-galanya mesti diketahui oleh rakyat. Rakyat akan ambil pusing dan rakyat tidak boleh dipusingkan. Nahas lima tahun lagi? 
Khabarnya, Tok Guru, Ustaz Fadzil dan lain-lain pemimpin PAS tidak mahu memberi apa-apa respon terhadap isu ini. Perwakilan pemuda yang bangkitkan Tiga Abdul dalam muktamar lalu, Ustaz Idris Ahmad, juga turut tidak disenangi. Mengeruhkan keadaan, kata mereka. Mengesahkan sahaja cerita itu, tambah mereka lagi yang cuba nak diamkan sahaja. Jangan bagi isu itu besar dan meletup. Itu untuk selamatkan kerajaan Kelantan. 
Hakikatnya, orang Kelantan mula pertikai Kerajaan Kelantan. Ceramah PAS pun sudah tidak ramai hadirinnya. Kata mereka; “Cakap tidak serupa bikin”. Andainya terjadi Pilihanraya Kecil Parlimen Jeli, dua tiga bulan lagi, maka inilah isu yang akan diletupkan….. 

H-Net* Tiga Abdul Tidak Cuba DiJawab!

2000-06-23 Terurut Topik Pak EnGkU


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kenapa kita harus ribut-ribut pasal 3 Abdul? Kalau
Sayuti nak tulis buku 50 Dalil Mengapa Dolah Badawi
Tak Boleh Jadi TPM pun, itu dia punya pasal
lah.. Mungkin fulus dah berkurang. Salah
satu cara nak tambah fulus, dia pun timbulkan isu 3
Abdul, tak gitu?

Saya mengenali seorang penulis yg mengaku sebagai
satu-satunya "penulis yg boleh rapat dengan PAS dan
UMNO." Dia banyak menghasilkan buku. Malah pernah
bekerja di bawah Subky Latif. Dia mengaku yg sebagai
ahli UMNO, dia juga bertanggungjawab menghasilkan buku
mengenai PBS yg membuatkan PBS berjaya merampas Sabah.
Dia pernah diburu SB. Jawab dia mudah. " Nak cari
makan. Kalau toreh darah saya, saya tetap ahli UMNO!"
, katanya kpd KDN satu keika dulu.

Yang penting sekarang, kita juga perlu fikir pasal
BEDOL-BEDOL yg lain yg masih memilih utk terus menjadi
BENDUL. Apa kita nak buat sekarang?

Wassalam

--- filter [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 "Tiga Abdul " Tidak Cuba DiJawab!
 
 
 
 Cubit-Cubit Tuk Ketampi
 (Respon Kepada Artikel Sayuti; Mengapa Saya Tulis
 Tiga Abdul) 
 
 Sayuti Omar menongkah arus lagi. Bukunya Hikayat Tok
 Guru dan Tiga Abdul menjadi senjata Umno untuk
 menikam Tok Guru di Kelantan. Menikam Tok Guru,
 bererti menetak PAS. Ini tidak bermakna, karya
 Sayuti itu menyalahi ajaran Islam atau tarafnya
 seperti surat layang. Sayuti menanggungjawabkan
 tulisannya itu. Pendedahan beliau, Mengapa Saya
 Tulis Tiga Abdul yang disiarkan oleh beberapa laman
 web, sehari dua ini, dapat mengurangkan tanggapan
 buruk ahli-ahli PAS terhadap Sayuti. 
 Buku telah dipasarkan. Edarannya, agak memuaskan.
 Sambutannya juga kuat terutama di Kelantan. Promosi
 percuma oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS dalam
 Muktamar PAS di Kuala Terengganu awal bulan ini,
 menarik minat ahli-ahli PAS untuk mengetahui
 kandungannya. TV3 pula tulong iklankan. Rakyat
 Malaysia, yang simpati PAS pun mula tercari-cari
 buku yang mencetuskan kontroversi itu. 
 Khabarnya, pemimpin PAS Kelantan antara yang tidak
 senang dengan buku Tiga Abdul itu. Jenuh menepis dan
 bertepis, apabila rakan taulan bertanya. Abdul
 Halim, Abdul Fatah dan Abdul Rahim, mendiamkan diri.
 Abdul Halim cuba untuk menyaman Sayuti kerana fakta
 salah Sayuti mengenai jawatan yang disebut disandang
 oleh Halim tidak benar dan tidak pernah diamanahkan
 kepada beliau. Sayuti tulis, Halim pernah menjadi
 Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri (Exco) yang
 menjaga urusan tender pembalakan di Kelantan. 
 Halim menafikan secara tertutup dengan
 kawan-kawannya. Memangpun dia tidak pernah pegang
 jawatan itu. Hanya Tok Guru Nik Aziz sahaja yang
 memegangnya dari dulu hingga sekarang. Sayuti silap
 fakta. 
 Namun begitu, ini tidak bermakna fakta-fakta lainnya
 silap. Sayuti cuba memberikan tasawur tentang
 wujudnya “konspirasi” Tiga Abdul untuk menguasai
 Kelantan dan mengetepikan Tok Guru. Ini suatu
 “kenyataan” yang berat. Tok Guru Nik Aziz dan PAS
 Kelantan tidak sepatutnya mendiamkan diri. Orang Pas
 di kaki lima Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di
 Jalan Dato Pati, sudah bising hal ini. Buku Sayuti,
 di Kelantan menjadi rujukan. Apa yang mereka teka,
 yang mereka bual-bualkan sudah didokumenkan oleh
 Sayuti, anak Kelantan juga. 
 Apa komen Tok Guru? Setakat ini, nampaknya diam
 sahaja. Diam untuk bertindak ataupun diam untuk
 menutup pintu, wallahuaklam! Tidak wajar, PAS Pusat
 mendiamkan diri dalam isu ini. Presiden, Dato Fadzil
 Noor patut buat sesuatu, sekalipun Tiga Abdul itu
 kawan rapat beliau. Ketelusan dalam parti akan
 mencerminkan ketelusan dalam kerajaan. Kalau dalam
 parti, kita bertindak pilih kasih, takut dengan
 bayang-bayang, khuatir kawan berkecil hati atau
 kecewa, maka sudah tentulah lagi susah dan payah,
 jika penyelewengan dalam kerajaan untuk disiasat. 
 Apabila Pemuda PAS Pusat membangkitkan isu ini dalam
 Muktamar PAS, maka satu tindakan susulan patut
 disegerakan. Sekalipun ia melibatkan orang
 kiri-kanan Tok Guru. Sebagai manusia yang lemah,
 terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, Tok Guru
 sendiri sepatutnya bertindak menyiasat kebenaran
 atau kepalsuan karya Sayuti yang sudah didokumenkan
 itu. Langkah mendiamkan diri, akan ditafsirkan
 sebagai betul oleh rakyat. Kita bimbang, isu ini
 akan ditiup kencang oleh Umno Kelantan dan akan
 menggugat kredibiliti Tok Guru sebagai imam, MB dan
 ulama yang cukup disegani di Kelantan akibat karenah
 geygey Tiga Abdul. Janganlah disebabkan, kerja keras
 Tiga Abdul ini, menaik dan menggilap Tok Guru selama
 ini, maka satu siasatan tidak boleh dibuat terhadap
 mereka. Ini bererti sudah berlakunya kronisme! 
 Isunya 

Re: H-Net* Tiga Abdul Tidak Cuba DiJawab!

2000-06-23 Terurut Topik Abdul Rahman


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Sebenarnya terdapat beberapa kesilapan FAKTA di dalam artikel dari
FILTER ini.

1) Rakyat Kelantan menyambut BAIK isu 3 Abdul ini kerana ia menjadi
bukti bahawa JENTERA PEMBERSIHAN dalam PAS berjalan dengan BAIK dan
LICIN sekali.  Ertinya sekiranya ada pihak2 yang MENYELEWENG, maka pihak
itu TIDAK BERAGAK2 akan DILENYAPKAN dari persada politik PAS dan
Kelantan.

2) UMNO dan MEDIA LOYA mereka juga TIDAK MEMBESAR2KAN isu ini kerana
terbukti sebelum ini apabila satu2 masalah dalaman PAS di gunakan oleh
UMNO maka masalah itu akan SELESAI dengan membawa KEUNTUNGAN kepada PAS
i.e. Isu Cikgu Musa PAsir Putih,
isu ISLAH dan isu Ustaz LAtif di Besut.

3) Isu 3 Abdul ini INSHALLAH tidak akan memberikan kesan NEGATIF kepada
PAS kerana rakyat Kelantan telah pun terdedah dengan isu2 seperti ini.
PAS tidak boleh disalahkan hanya kerana terdapat beberapa kerat
pemimpinya yang KORUP.

4) Kedatangan ceramah PAS yang rendah adalah kerana TIADANYA HARAKAH
untuk memaklumkan akan sesebuah ceramah, tidak seperti dahulu.

Conclusion: Isu 3 Abdul sebenarnya MENAMBAHKAN LAGI keyakinan rakyat
Kelantan kepada PAS kerana ia membuktikan bahawa JENTERA PEMBERSIHAN
dalam PAS berjalan TERUS dan LICIN sekali.

Khabar angin menyatakan bahawa Tok Guru sedang mencari KEADAH yang
PALING HIKMAH di dalam menyelesaikan isu ini dan inshallah ianya akan
selesai.

p.s. Ada Sahabat Nabi yang BERZINA tetapi tidak bermakna Nabi SAW itu
tidak benar.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Abdul Rahman [EMAIL PROTECTED]