Date: Fri, 4 May 2001 15:21:10 +0800

Toleransi beragama polisi PAS - Fadzil
KUALA LUMPUR, 3 Mei ( Hrkh) - Presiden PAS Dato' Fadzil Noor meminta
beberapa akhbar yang memutar belitkan fakta sehingga menggambarkan PAS
sebagai tidak toleran terhadap golongan bukan Islam membetulkan laporan
mereka atau menghadapi tindakan undang-undang.
Beliau merujuk kepada laporan beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini yang
menuduh PAS akan meruntuhkan "semua patung-patung agama lain jika ia
memerintah".
Kenyataan itu didakwa dibuat oleh ketua 'whip' pembangkang di Dewan Undangan
Negeri Pahang Ustaz Idris Omar. Beliau ialah ADUN Semantan dari PAS.
Apa yang berlaku di Dewan Undangan Pahang semalam kata Ustaz Fadzil ialah
perdebatan dan penjelasan biasa mengenai isu yang dibangkitkan oleh wakil
Barsian Nasional.
"ADUN MCA yang mengucapkan kata-kata bahawa ...sekiranya PAS memerintah,
adalah dipercayai segala patung-patung bukan Islam termasu! k tugu peringatan
nenek moyang kita akan dimusnahkan," kata Ustaz Fadzil.
Ucapan seperti itu kata beliau "amat tidak bertanggungjawab dan satu
insinuasi yang bahaya".
Menurut Ustaz Fadzil, wakil PAS tidak pernah membuat kenyataan seperti yang
dilaporkan dalam akhbar.
"Ini adalah putar belit berita yang boleh membawa kepada pertelingkahan
kaum," kata beliau.
Tindakan ADUN BN dan akhbar-akhbar ini katanya lagi amat tidak
bertanggungjawab dan berbahaya kepada perpaduan kaum.
Laporan seperti itu juga seakan-akan menggambarkan "sikap PAS sama dengan
kerajaan Taliban di Afghanistan" yang dikecam hebat baru-baru ini atas isu
meruntuhkan patung Buddha.
"Kami menuntut supaya akhbar tersebut membetulkan laporannya dan merujuk
kepada kepada keseluruhan catatan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang
semalam," kata beliau.
Menurut Ustaz Fadzil akhbar-akhbar itu juga mesti meminta maaf atas
keterlanjuran mereka atau menghadapi tinda! kan undang undang.
"Saya telah mengarahkan Ustaz Idris membuat penjelasan dan mengambil langkah
menjernihkan keadaan" kata beliau. (Sila rujuk laporan Patung hanya dilarang
di kalangan penganut Islam - Idris Omar )
Ustaz Fadzil berharap insiden seperti ini tidak berulang dalam masyarakat
majmuk "yang sedang kita sepadukan bersama melalui usaha Barisan
Alternatif".
Beliau menegaskan PAS melaksanakan dasar keharmonian dan kebebasan beragama
sepanjang kewujudan samada dalam keadaan "parti kami menang ataupun tidak
menang dalam pilihan raya".
Ini kata beliau terbukti di dua negeri yang diperintah Barisan Alternatif
dimana PAS menjadi parti tulang belakangnya.
Kedua-dua kerajaan negeri itu kata beliau memelihara keamanan dan perpaduan
melalui keadilan dan keprihatinan tinggi terhadap setiap penduduk yang
berlainan bangsa dan agama.
"Belum ada dalam sejarah pentadbiran kedua-dua negeri ini sebarang masalah
timb! ul yang berkaitan dengan agama atau bangsa atau budaya", kata Ustaz
Fadzil.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices

Kirim email ke