*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah Tidak Benar Daim-Dr.Mahathir Berkrisis?


TANGGAL 1 Mei 2001 adalah cuti umum kerana Hari Buruh. Ketika semua orang 
berehat bersama keluarga, Menteri Kewangan yang juga Bendahari Umno pula 
mengadakan satu pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen Umno dan beberapa 
Timbalan Menteri/Menteri yang pro kepadanya untuk merancang menjatuhkan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Apa kuasa Tun Daim boleh memanggil Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli 
Parlimen ke rumahnya? Antara yang hadir, ini boleh disahkan oleh beberapa 
Ahli Parlimen Umno ialah Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Dalam 
Negeri. Dia dikatakan mewakili Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan 
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.
Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz juga turut hadir bersama-sama 
Ahli Parlimen Tebrau, Datuk Ali Hassan.
Walaupun kedapatan tulisan di laman ini sehari dua yang lalu, seolah-olah 
tidak percaya kepada krisis yang berlaku antara Tun Daim Zainuddin dengan 
Dr. Mahathir Mohamad, tetapi tiada siapa boleh memaksa seseorang mempercayai 
satu-satu sumber, kecuali pemikiran dan penelitiannya sendiri.
Tun Daim Zainuddin sedang memilih-milih para penyokongnya, dari kalangan 
Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen, khususnya yang berjawatan 
Ketua Umno Bahagian untuk bersedia… menjatuhkan Datuk Seri Dr. Mahathir 
Mohamad.
Khabar paling baru mengesahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah 
Ahmad Badawi sudah cukup bersedia untuk menggantikan Dr. Mahathir atas 
kehendak Tun Daim Zainuddin.
Pertembungan ini, dan khabar-khabar angin yang mengatakan Dr. Mahathir 
merancang melantik anaknya Datuk Mokhzani Mahathir menjadi Senator dan 
Menteri Kewangan semakin kuat. Ada sumber memberitahu, cerita itu sengaja 
dibawa oleh Tun Daim Zainuddin dan rakan-rakannya bagi memainkan perasaan 
Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen, supaya membenci Dr. 
Mahathir.
Dalam kesibukan Dr. Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
dirampas haknya untuk mendapat rawatan di luar negara, Tun Daim pula sedaya 
upaya mengumpulkan kekuatan untuk menolak Dr.  Mahathir dari kerusi Perdana 
Menteri.
Rancangan awalnya, Dr. Mahathir mesti ditamatkan karier politiknya sebelum 
Perhimpunan Agung Umno atau, dimalukan ketika Perhimpunan Agung Umno sedang 
berjalan.
Tunggu! Usah marah-marah. Usah panas kepala dan usah risau kononnya berita 
ini berita palsu hanya kerana Dr.  Mahathir dan Tun Daim tidak kelihatan 
seperti orang bermasalah dan tiada apa-apa tindakan dari Perdana Menteri 
sekembalinya Dr. Mahathir dari Dubai, 29 April 2001 yang lalu.
Tun Daim penuh yakin, dia akan dapat menjatuhkan Dr. Mahathir dalam masa 
terdekat. Sokongan dari Ahli-ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri 
cukup menyakinkannya, Dr. Mahathir tidak terlalu kuat seperti yang dia 
sangka. Tun Daim juga sudah mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pemuda 
Umno dan Hishammuddin Hussein ketika ditanya wartawan mengatakan Tun Daim 
menemui Pergerakan Pemuda kerana mahu meberi penjelasan mengapa dia (Tun 
Daim) bercuti. Hebat sungguh Tun Daim kerana bercuti pun boleh panggil 
Pergerakan Pemuda yang semakin hilang isme perjuangannya ke rumah. Tidak ada 
perbincangan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir?
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke