*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu pertama bulan April tahun 2001; sepanjang minggu ini dan 
sepanjang penghujung minggu lepas, kita menyaksikan banyak isu semasa yang 
agak menarik untuk diperkatakan.

Melihat berita-berita semasa yang menjadi pilihan utama di media-media massa 
milik kerajaan sepanjang tempoh itu, tidak dapat tidak kita pun turut 
terpengaruh untuk memperkatakan isu-isu berkenaan walau pun jauh di sudut hati 
kita memang ketahui bahawa itu semua adalah satu teknik lencongan politik 
(political manevour) untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian rakyat jelata 
daripada isu yang lebih besar di hadapan mata.

Isu utama no satu yang diberikan nafas baru sepanjang minggu ini ialah isu 
Amanat Tuan Guru Haji Hadi, iaitu satu petikan daripada sebahagian ucapan 
beliau dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu bertarikh 7 
April 1981. Amanat itu berbunyi:

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,
PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN 
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI  KERANA 
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK  PAYAH MASUK HINDU!
 KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!"

Soalan:

Tang mana yang TG Haji Hadi kata UMNO kapiaq nie?
Ada ka sapa boleh tolong habag mai?

Cakap pasal Amanat ini; my first encounter atau pun pengalaman pertama bagi 
diri saya dengan Amanat ini ialah kira-kira 16 tahun yang lalu, di mana ketika 
saya aktif dalam sebuah Pertubuhan Belia milik UMNO  (seperti Rakan Muda 
sekarang), saya telah terpilih untuk mengikuti satu program anak angkat di 
sebuah satu tanah rancangan; dan entah bagaimana saya ditempatkan di sebuah 
rumah milik seorang peneroka, yang secara kebetulan adalah orang PAS. Pada 
ketika itu, oleh kerana masih remaja lagi, saya kurang memberi perhatian 
mengenai isu PAS UMNO ini.

Di rumah peneroka berkenaan, oleh kerana ruang rumah yang agak sempit; saya 
diberi tempat tidur di ruang tamu yang luasnya cumalah besar sedikit daripada 
bilik orang gaji di kebanyakan rumah orang  sekarang. Semasa berehat di ruang 
tamu itu sebelum lampu padam, saya ternampak satu risalah yang dicetak pada 
sehelai kain digantung pada dinding di hadapan ruang tamu rumah berkenaan. 
Pada mulanya saya kurang memberi perhatian kepada risalah itu, tapi kerana di 
rumah peneroka yang agak daif itu tidak ada banyak benda yang boleh di baca 
selain daripada risalah berkenaan dan beberapa majalah lain yang saya sudah 
lupa, maka di hari hari seterusnya saya gagahkan diri menatap risalah 
berkenaan. Dan hari ini, kira-kira 16 tahun kemudian, saya ditakdirkan Allah 
membawa bait-bait tulisan tersebut masuk ke alam internet seperti yang 
tuan-tuan dan puan-puan baca di atas sana.

Itulah pengalaman peribadi saya berhadapan buat pertama kalinya dengan Amanat 
tersebut, dan saya rasa sedikit kesal kerana tidak sempat berbual panjang 
dengan tuanrumah berkenaan mengenai risalah tersebut; mungkin kerana jadual 
program anak angkat itu yang terlalu pack menyebabkan saya tak terfikir untuk 
menanyakan beliau mengenai amanat berkenaan. Mungkin jika beliau diberi 
peluang untuk menerangkan dengan lebih lanjut tafsiran Amanat tersebut, saya 
mungkin tidak akan tersesat begitu lama meraba mencari cahaya dalam lembah 
politik sekular milik UMNO sebelum bertemu cahaya di penghujung lorong satu 
dekad kemudian.

Melihat ulasan-ulasan dan kenyataan balas pemimpin-pemimpin atasan UMNO 
mengenai amanat Haji Hadi ini, kadang-kadang kita jadi nak tergelak, rasa nak 
tersengih sorang-sorang melihatkan kenyataan yang tak masuk akal itu.

Contohnya, dalam satu kenyataannya dalam Utusan Malaysia minggu lepas, Datuk 
Mustafa Mohamad, Ketua Penerangan UMNO memaklumkan bahawa UMNO akan go all 
out, akan turun berjumpa rakyat jelata untuk memberi penerangan yang 
sejelas-jelasnya supaya rakyat tidak akan terpengaruh dengan amanat Haji Hadi 
ini.

Apa cerita ini Datuk?

Kalau Datuk sudah lupa, dua hari dari sekarang (hari ini 5 April 2001) akan 
genaplah 20 tahun Amanat tersebut berkumandang di bumi Malaysia. Nah, selama 
20 tahun Amanat tersebut berkumandang dan bergantungan di merata-rata, 
daripada dinding ruangtamu rumah peneroka  rancangan hinggalah masuk ke alam 
siber dunia internet ini; tapi kenapa baru sekarang UMNO baru nak bertindak?

Kalaulah benar  sebab utamanya ialah kerana UMNO khuatir ada orang Melayu 
Islam UMNO yang akan terpengaruh dengan amanat tersebut, maka ketahuilah 
bahawa saya adalah antara manusia UMNO yang sudah 'termasuk' ke dalam PAS 
kerana sedikit sebanyak 'terpengaruh' dengan Amanat Haji Hadi tersebut.

MAKA ITU, MUNGKIN TIDAK SALAH KALAU SELEPAS INI SAYA HANTARKAN LAWYER UNTUK 
SAMAN UMNO KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN 'AKIDAH UMNO' SAYA DARIPADA TERGADAI KE 
TANGAN PAS DISEBABKAN KEGAGALAN PUCUK PIMPINAN UMNO MENANGANI PENGARUH AMANAT 
HAJI HADI YANG SUDAH BERKEMBANG  SEJAK 20 TAHUN YANG SILAM!!

Kerana itu, tidak dapat tidak sebagai seorang bekas ahli UMNO yang sudah masak 
dengan tektik dan perang saraf politik UMNO ini; saya terpaksa katakan bahawa 
ada satu benda lain yang lebih besar yang UMNO cuba selindung atau pun cuba 
alihkan perhatian rakyat jelata daripadanya.

Saya cuba belek surat khabar lama sepanjang seminggu dua ini ingin melihat 
apakah isu lain yang mungkin belum tiba tetapi sedang cuba ditutup oleh UMNO 
dengan sebaik cara.

Tidak banyak yang saya temui cuma dua kenyataan Menteri kerajaan yang 
menggambarkan bahawa negara kita sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi yang 
begitu mendebarkan.

Pertama: Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataannya kepada  BERNAMA awal minggu, 
beliau menyatakan bahawa Kemelesetan Ekonomi kali ini yg disebabkan oleh 
Economic Recession di Amerika dijangka sehebat Recession pada tahun 1985/86 
dahulu.

Kedua: Kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn kepada BERNAMA 
pada 4 April 2001, menyatakan bahawa 15,000 pekerja sudah pun kehilangan 
pekerjaaan sepanjang enama bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka adalah 
daripada sektor pengilangan elektronik.

15, 000 orang bukan sedikit jumlahnya!!

Itulah antara gambaran awal tentang put ing beliung ekonomi yang sedang 
bergerak kencang melanda negara; dan di celah-celah kedatangan pu ting 
beliuang itu pula, ada pihak2 khususnya pelabur2 luar yang mengambil 
kesempatan untuk berundur keluar mencari tempat lain yang lebih selamat. 
Sebagai contohnya; rumours dalam industri mengatakan bahawa Seagate Perai yang
 membuang 4000 orang lebih pekerjanya, bukanlah menutup operasi dalam ertikata 
yang sebenarnya tetapi sebaliknya dilaporkan telah mengeluarkan peruntukan 
baru hampir USD150 million untuk membesarkan operasinya di Thailand. Dari segi 
logiknya, apalah bezanya sangat kos tenaga buruh antara Thailand dan Malaysia, 
tetapi kenapa company-company yang telah menutup operasinya di Malaysia 
seperti Seagate dan Read Rite sebagai umpamanya telah memilih untuk menutup 
kilang mereka di Malaysia dan sebaliknya mengukuhkan operasi mereka di luar 
negara. Kenapa?

Tentu ada yang tidak kena dengan suasana dan pentadbiran ekonomi negara yang 
menyebabkan pelabur asing mula lari keluar dengan mengambil kesempatan di atas 
suasana ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang. Hanya mereka yang pakar 
dalam bidang ini sahaja mampu menjawabnya; kita sebagai rakyat biasa cuma 
boleh agak bahawa keceluparan pucuk pimpinan yang sering memomok momokkan 
orang asing khususnya dari barat sebagai musuh negara, dan kelancangan 
pemimpin negara menghentam negara luar tanpa usul periksa mungkin telah 
menyumbang ke arah mempercepatkan 'ruduman'  ekonomi negara yang sudah sedia 
merudum di celah-celah kemelesetan ekonomi dunia yang makin terasa.

Ringkas ceritanya, dalam keadaan seperti yang disebut di atas, dengan suasana 
politik UMNO yang tidak menentu, dengan kisah orang baling kerusi meja dalam 
mesyuarat UMNO bagaikan berjangkit dari satu tempat ke satu tempat, dari 
Kelantan hinggalah ke Sabah, dalam keadaan masyarakat sudah memandang rendah 
kpd UMNO, dalam dalam keadaan di mana moral ahli UMNO sedang berada dalam 
tahap yang paling rendah dalam sejarah; maka UMNO tidak ada pilihan lain 
melainkan terpaksa mencipta atau pun menghidupkan semula apa sahaja isu yang 
dirasakan boleh mengubah perhatian rakyat daripada kemelut sebenar yang sedang 
melanda negara dan dalam masa yang sama mampu menyatukan semula pemikiran 
orang2 UMNO sendiri yang kini sudah bercelaru dan haru biru dengan arah tuju 
politik UMNO yang semakin buntu.

Kerana itu, jika sungguh UMNO berminat dengan isu Amanat Haji Hadi ini, maka 
sebagai jasa terakhir saya sebagai bekas ahli UMNO kepada UMNO, di sini saya 
cadangkan supaya Datuk Mustafa Mohamad mengubah semula lirik Amanat tersebut 
kepada bait-bait berikut:

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG FADZIL NOOR BUKAN KERANA NAMA DIA F/NOOR!
KITA MENENTANG NIK AZIZ BUKAN KERANA NAMA DIA NIK AZIZ!
KITA MENENTANG HAJI HADI BUKAN KERANA NAMA DIA HAJI HADI!

DAN KITA MENTANG PAS, BUKANLAH KERANA NAMA DIA PAS!

KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MAHU MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM, MEWUJUDKAN 
PERLEMBAGAAN BERLANDASKAN AL-QURAN! 
MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI ADDIN WAL-DAULAH!!
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP DAN JUGA SISTEM PEMERINTAHAN!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI  KERANA 
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK PAS!
KITA TIDAK PAYAH MASUK JIM!
KITA TIDAK  PAYAH MASUK ABIM!
KITA TIDAK PAYAH MASUK MANA-MANA PERTUBUHAN YANG MENGGUNAKAN NAMA ISLAM!

TETAPI KITA MASIH TETAP MENJADI ISLAM WALAUPUN PARTI KITA BERJUANG ATAS 
LANDASAN POLITIK ITU SUKU AGAMA ITU SUKU!!"

PERCAYALAH!!!

Cetakkan banyak-banyak Amanat ini dan namakan ia sebagai Amanat Haji Mahathir, 
dan sebarkan ia ke merata pelusuk kampung terutamanya ke tanah-tanah rancangan 
yang kini begitu hebat diserang pembangkang; dan carikan anak-anak muda sebaya 
saya 16 tahun yang silam seperti ahli-ahli Rakan Muda misalnya; hantarkan 
mereka ke tanah-tanah rancangan ini; dan pastikan setiap malam sebelum tidur; 
anak-anak muda itu diberi pemahaman yang mendalam mengenai amanat yang baru 
ini; moga 20 tahun selepas itu,  Amanat Haji Hadi yang heboh diperkatakan  
sekarang akan mula dilupakan orang.

Selamat Berjaya!

Ahmad Baharudin Kasbi

-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke