*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masuk hari ini dah seminggu dah Amerika dan sekutunya dok jalan makan angin nak pi Baghdad. Dulu, masa mula2 perang, bila org tanya Menteri Iraq apasal Iraq tak buat apa-apa terhadap tentera2 Amerika yang sedang mara ke Baghdad melalui gurun padang pasir tu; secara berseloroh menteri tu jawab: "Biaq pi lah depa jalan-jalan makan angin dulu di padang pasir tu; nanti bila depa sampai kampung/pekan/bandar kami, kami taulah apa nak buat!" Dok ingatkan lawak saja! Rupanya, tentera-tentera Amerika tu MAKAN ANGIN sungguh aih!! Punya la berangin, sampaikan Tank dan kenderaan depa habis jem tersangkut dgn pasir. Berita GRU bertarikh 27/3 (Sumber Risikan Russia) melaporkan bahawa ANGIN PADANG PASIR yang depa MAKAN tu menyebabkan kira-kira 40 Tank dan 69 buah Trak habis jem tak boleh jalan; dan 150 buah lagi kenderaan ARMOR depa walau pun masih boleh jalan tapi dia punya "heat-seeking" dan "night vision" device tak boleh jalan. Makna kata, kalau perang malam, depa 2x5 saja dengan tentera2 Militia Iraq...tak ada apa-apa kelebihan! Bukan kata kat Padang Pasir saja depa kena makan angin; malam tadi ketika mengulas bab serangan market awam di Baghdad tu, pemberita BBC membuat laporan dari sebuah kapal perang depa, tak silap saya nama dia USS Mobile. Pemberita tu kata: "Mungkin juga peluru berpandu yg dilancarkan dari kapalperang Amerika tersasar sasaran sebab laut di sini punya la teruk bergelombang...menyebabkan peluru tu terkeluar landasan" (Ada ka patut, kapalperang sikit punya canggih, laut pula depa salahkan) Kemudian, dia suruh kamera fokus kat laut tu; ha boleh tahan juga aku nampak ombak laut waktu tu; kalau pi mancing silap hb boleh muntah keluar perut hijau! Masa tu saya terfikir: "Ish, doa siapakah gamaknya yang Allah SWT makbulkan hinggakan bukan saja di darat, tapi di laut juga Allah kirimkan ANGIN sebagai habuan!" Cakap pasal tentera Amerika makan angin di Iraq nie; heran jugak kita apasal lama sangat masa yg diambil untuk depa nak sampai ke Baghdad. Kalau ikut kira tu, kalau naik Kancil pun, ish saya rasa kalau bertolak pagi, petang boleh sampai kot... Lama juga saya dok fikir pasal apa; sekali tu bila saya tengok ada dua Scene dlm CNN yg diambil oleh pemberita depa yg embeded dgn angkatan tentera Amerika tu, baru saya perasan: Scene 1: Depa lalu satu kawasan ladang (macam bendang di Kedah), ada satu rumah kat tengah ladang tu, tiba-tiba keluar 3 org pompuan dari dlm rumah menghala ke ladang. Terus meniarap semua askar2 tu, siap hala dan aim senapang ke arah situ. Laaa...orang awam rupanya! Scene 2: Depa lalu satu kawasan gurun pula, tiba-tiba ada Badwi dok gembala Unta bawak Unta dia makan angin. Sekali lagi saya nampak ada yg meniarap dan dok hala/aim senjata ke situ. Laaa....orang awam lagi rupanya! Makna kata, sepanjang jalan nak ke Baghdad tu, entah berapa ribu kali entah sorang askar tu kena meniarap atas jalan....ish, ish, ish naya sungguh aih! Aku rasa, by the time depa sampai Baghdad nanti, habis lenguh, lemah longlai kepala lutut dan kepala hotak depa!! Silap-silap Badwi yg bawak unta tu tiba dulu...sebulan awal daripada depa. Itu pun kalau depa sempat tiba... -Temingat Di Belantara- __________________________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop! http://platinum.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>