www.harakahdaily.com
Ucapan syabas kepada barisan Ahli Parlimen BA

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Para pencinta keadilan seluruh negara
melahirkan rasa gembira dan ucapan syabas kepada barisan Ahli Parlimen
Barisan Alternatif di atas kelantangan mereka menyatakan kebenaran berhubung
isu royalti minyak yang ditimbulkan oleh Menteri Kewangan, Tun Daim
Zainuddin ketika pembentangan Belanjawan 2001 di Parlimen petang semalam.

Harakah menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai menyatakan
sokongan dan ucapan syabas kepada mereka.

Sementara itu, jurucakap Dewan Muslimat PAS Pusat, Saudari Aiman Athirah
Junaidi mengulas, pembentangan Belanjawan 2001 yang disiarkan secara
langsung semalam memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri
perbezaan akhlak pemimpin parti pembangkang dan pemimpin BN.

"Ini kerana kita boleh lihat, ketika wakil BA bangun, ahli parlimen BN
menunjukkan sikap `samseng' dan `ala gang! ster' sambil mengeluarkan kata-kata
yang tidak sepatutnya," katanya.

Tambah beliau, sepatutnya persidangan dewan rakyat atau parlimen turut
dibenarkan disiarkan secara langsung supaya rakyat boleh melihat sendiri
perbahasan dan hujah yang dikemukakan oleh ahli parlimen BN.

"Sikap beberapa orang wakil BN seperti yang kita sudah lihat semalam
menunjukkan mereka sebenarnya ketiadaan ilmu dan kurang bermoral," katanya.

Seorang penyokong BA, Husin Omar yang menghubungi Harakah berkata, selama
ini beliau tidak tahu suasana perbahasan dalam parlimen terutama hujah oleh
wakil BN.

Tetapi, katanya setelah melihat sendiri siaran langsung, saya dapat lihat
bagaimana wakil BN bangun dengan gaya yang kurang bermoral.

Namun, beliau melahirkan rasa bangga apabila, wakil BA Dr Syed Azman bangun
mempertikaikan istilah "wang ihsan" yang diungkapkan oleh Tun Daim berhubung
isu royalti minyak.


Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke