Ustaz Shamsuri dibebaskan


TASEK GELUGOR, 8 Sept (Hrkh)- Pendakwa bebas, Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
bebas tanpa syarat setelah ditahan lebih dari 20 hari di Ibu Pejabat Polis
Pulau Pinang dan kini mula menjalankan tugasnya semula sebagai pensyarah di
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas.

Mengenai kuliah bulanannya di masjid-masjid setakat ini beliau belum
memulakan kerana merehatkan diri selepas ditekan dengan pelbagai persoalan
kerana kepetahan beliau menyampaikan ilmu Islam di masjid dan surau.
Beliau ditahan di kediamannya di Taman Sepadu Tasek Gelugor pada jam 10.00
malam 29 Julai 2000 stelah kembali brsama keluarga dari melawat majlis
Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tanpa mengetahui
kesalahan yang telah dilakukan.
Orang ramai berharap beliau menyambung kuliahnya seperti biasa kerana
tekanan dan ugutan adalah mainan pemerintahan yang zalim sejak dulu lagi dan
berharap beliau terus bertekad berkata benar walaupun p! ada pemerintah yang
zalim dan menyeleweng.
"Saya yakin Ustaz Shamsuri akan menyambung kuliahnya seperti biasa tidak
lama lagi kerana buat masa ini biarlah beliau rehatkan diri buat sementara,"
harap salah seorang anak muridnya di Permatang Pauh.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Reply via email to