Re: H-Net* Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama.

1999-10-15 Terurut Topik serim seri maharani


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
hai apalah bodoh benar , benak , jahil murakaf...hai...tah
susahdah dunggu lagi bebal..tebal dgn kulit khinzir

From: "Concorde" [EMAIL PROTECTED]
To: "Adil" [EMAIL PROTECTED], "Anwarxtpm" [EMAIL PROTECTED], 
"Hizbi" [EMAIL PROTECTED], "SKancil" [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama.
Date: Fri, 15 Oct 1999 04:32:32 +0800

Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama. Sama seperti ucapan2 Mahathir yang 
tidak hormat dan mempertikaikan ulama. Mungkin dalam Umno tidak ada ulama, 
tetapi guru2 agama yang hanya mampu mengajar dan menegur tentang bab Feqah 
sahaja.

Kebanyakan pendapat diberikan di bawah sama seperti pendapat Golongan Anti 
Hadis (GAH). Nama penulis tidak dinyatakan pula. Adakah Astora Jabat? 
Mungkin ulama yang mahu diperkenalkan oleh umno ialah ulama yang mengikut 
nafsu dan selera pemimpin umno sahaja.

Benarkah ulama pewaris nabi?
DALAM usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO, terutamanya 
terhadap pucuk kepimpinannya, Pas mendakwa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad 
menolak ulama.

Seperti biasa ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini 
dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah 
kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan 
berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang 
benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta 
kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam 
yang suci.

Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang 
berpelajaran agama, ulama adalah pewaris nabi. Makna pewaris tidak begitu 
jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris nabi maka segala-gala 
kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah 
nabi? Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh 
ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh 
dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis nabi yang sahih tidak 
boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama 
sebagai setaraf dengan Rasulullah. Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa 
Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang 
yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam 
Islam?

Saya tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah 
pewaris nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan nabi atau adalah 
nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah 
nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi nabi 
selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan 
Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad 
s.a.w sebagai sekutunya.

Jika ulama bukan nabi atau setaraf dengan nabi maka mereka tentulah tidak 
maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah 
dan ajaran mereka boleh ditolak.

Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak 
semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka. 
Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang 
mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai 
menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai 
berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.

Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris nabi tetapi mereka bukan 
nabi dan bukan memiliki sifat-sifat nabi, namun gelaran ulama masih juga 
menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu 
diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu 
dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.

Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan 
sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar 
ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah 
kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama 
dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya? Bolehkah kita iktiraf sijil 
atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar 
ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah 
pewaris nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang 
mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama?

Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang di

H-Net* Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama.

1999-10-14 Terurut Topik Concorde



Utusan Meloya mula mempertikaikan 
ulama.Sama seperti ucapan2 Mahathir yangtidak hormat dan 
mempertikaikanulama. Mungkin dalamUmno tidak ada ulama, 
tetapiguru2 agama yanghanya mampu mengajar dan menegur tentang bab 
Feqah sahaja. 

Kebanyakan pendapat diberikan di bawah sama 
seperti pendapat Golongan Anti Hadis (GAH). Nama penulis tidak dinyatakan pula. 
Adakah Astora Jabat? Mungkin ulama yang mahu diperkenalkan oleh umno ialah ulama 
yang mengikut nafsu dan selera pemimpin umno sahaja.


Benarkah ulama pewaris nabi?
DALAM usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO, terutamanya terhadap 
pucuk kepimpinannya, Pas mendakwa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menolak ulama. 

Seperti biasa ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini 
dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah 
kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan 
berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang benar 
mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta kekuatan umat 
Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam yang suci. 
Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang 
berpelajaran agama, ulama adalah pewaris nabi. Makna pewaris tidak begitu jelas. 
Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris nabi maka segala-gala kenyataan yang 
dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah nabi? Jika ya, maka 
apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh ulama menjadi sebahagian 
daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti mana al-Quran 
dan hadis-hadis nabi yang sahih tidak boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini 
umat Islam perlu menerima ulama sebagai setaraf dengan Rasulullah. Jika ya, maka 
apakah ini bermakna bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, 
bahawa selagi ada orang yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada 
nabi-nabi dalam Islam? 
Saya tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah 
pewaris nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan nabi atau adalah nabi. 
Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang 
terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi 
Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan Allah s.w.t. kita 
tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad s.a.w sebagai 
sekutunya. 
Jika ulama bukan nabi atau setaraf dengan nabi maka mereka tentulah tidak 
maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah dan 
ajaran mereka boleh ditolak. 
Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak 
semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka. Orang 
lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang 
mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai menolak 
ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai berbagai-bagai 
mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu. 
Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris nabi tetapi mereka bukan nabi 
dan bukan memiliki sifat-sifat nabi, namun gelaran ulama masih juga menjadi satu 
gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu diiktiraf sebagai pakar 
dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu dihormati dan tidak ditolak atau 
dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya. 
Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan 
sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar 
ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah kita 
terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama dengan tidak 
meneliti asas-asas dakwaannya? Bolehkah kita iktiraf sijil atau keahlian dalam 
pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar ulama? Bolehkah kita dengan 
begitu mudah mengakui seseorang itu adalah pewaris nabi, semata-mata kerana ia, 
dan mungkin juga orang-orang yang mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa 
bahawa ia adalah seorang ulama? 
Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama. 
Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam 
Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai ulama. 
Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis nabi seperti 
Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam sebagai ulama. 
Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu 
mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan 
pendapat mereka tentang ajaran Islam. Mereka juga menjangkau usia yang tinggi 
sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika itu barulah 
mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat semasa. Tidak ada 
sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat. Tidak ada sijil ulama yang 
diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika itu dan kemudiannya