H-Net* WUDUK

2001-05-22 Terurut Topik Mohd Aziz, Khairul Azri


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum

Ada sesiapa artikel tentang wuduk :
1. Sejarah dan pengenalannya
2 Caranya - beserta nas2 sahih
3. Khasiatnya

Minta jasa baik forward mai kat saya.
Saya dahulukan dengan jazakallahukhairan katsira..

Wassalam

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Mohd Aziz, Khairul Azri [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Wuduk hapuskan dosa

1999-10-01 Terurut Topik Concorde




RENUNGAN

Wuduk hapuskan dosa
Oleh Mohd Yusop Hassim (Penulis Khas) 

JIKA seorang Muslim itu menghayati fadilat atau faedah berwuduk, nescaya ia 
akan berwuduk setiap masa. 
Banyak hadis menunjukkan bahawa segala kesalahan itu akan terhapus dengan 
berwuduk seperti gugurnya daun-daun pokok. Berwuduk meninggikan lagi darjat 
hamba di sisi Allah. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya: 
Nilai baik 

"Apabila seseorang itu telah berkumur-kumur, maka keluarlah kesalahan atau 
dosa dari mulutnya itu; jika telah memasuki air ke hidungnya, maka keluarlah 
kesalahannya itu melalui hidungnya; jika ia telah mencuci mukanya, maka 
keluarlah kesalahannya itu dari dua tangannya dan juga dari celah-celah kukunya; 
jika ia telah menyapu kepalanya, maka keluarlah kesalahannya itu dari kepalanya 
dan juga dari kedua-dua telinganya; jika ia telah membasuh dua kakinya, maka 
keluarlah kesalahannya itu dari dua kakinya dan juga dari celah kuku-kuku 
kakinya. 
"Kemudian perjalanannya ke masjid dan solatnya pula adalah satu ganjaran." 
Hadis tadi amat jelas menunjukkan setakat berwuduk sahaja akan dapat 
menghilangkan dan menghapuskan segala dosa kerana berwuduk itu mempunyai satu 
nilai baik yang wajib diamalkan oleh setiap Muslim. 
Dalam hadis lain pula Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: 
"Sesungguhnya nilai yang baik itu terdapat pada seseorang yang diperbaiki 
Allah akan segala amalannya dan kesucian seseorang (berwuduk) untuk solatnya 
dapat menghapuskan kesalahannya, malah diberikan ganjaran." 
Setiap mukmin wajib mempercayai bahawa berwuduk yang berterusan akan 
menghapuskan dosa-dosa dari masa ke masa. 
Tiga kali 

Ini adalah kerana orang yang berwuduk itu mempunyai ciri kesucian dan tidak 
ada halangan atau percegahan untuknya daripada bersolat di setiap masa serta 
menghampirkan diri kepada Allah swt. 
Abu Hurairah ra pernah berkata bahawa Rasulullah telah bersabda: 
"Tidakkah aku telah menunjukkan (mengajar) kepada kamu cara Allah 
menghapuskan segala dosa dan meningkatkan darjat di sisi-Nya? Mereka berkata: 
Ya, wahai Rasulullah." 
Baginda seterusnya berkata: "Memperbaiki wuduk atas yang tidak mengetahuinya, 
memperbanyak langkah menuju ke masjid dan penantian antara solat dengan solat 
adalah satu ikatan (hubungan). Diisyaratkannya tiga kali." 
Wajib diawasi 

Ikatan atau hubungan yang dimaksudkan di sini ialah berjihad ke jalan Allah. 
Dengan lain perkataan, berterusan bersuci, berwuduk dan beribadat adalah sama 
darjatnya dengan berjihad ke jalan Allah. 
Justeru itu, maka wuduk adalah satu ibadat dan wajib bagi setiap mukmin 
sentiasa mengawasinya. Bukanlah ia semata-mata untuk bersolat sahaja, malah 
biarlah ia berterusan dan diamalkan setiap masa. Al-Quran telah menegaskan 
mengenai wuduk yang maksudnya: Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu hendak 
mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu 
basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan 
sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi 
buku lali. (Surah Al-Maaidah: 6). 
Ayat dan hadis-hadis tadi memastikan kepada kita betapa pentingnya berwuduk 
serta nilainya yang besar dalam kehidupan setiap Muslim. 
Usah cuai 

Janganlah kita seharusnya mencuaikan berwuduk kerana ia adalah 'suci' dan 
Islam sangat suka kepada orang-orang yang bersuci. 
Diriwayatkan bahawa Abi Zar pernah memegang dahan pokok dan menggegarnya 
sehingga gugur daunnya. 
Beliau berkata pada orang di sekelilingnya: "Adakah kamu tahu bahawa aku 
tidak pernah berbuat demikian?" Mereka menjawab: "Tidak." 
Beliau berkata lagi: "Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah melakukannya. 
Aku telah mengetahui daripadanya bahawa segala dosa terhapus dengan berwuduk dan 
hal ini diibaratkan sama seperti gugurnya daun-daun pokok."