*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


· Perincian Hakikat Maksud Atau Makna WALI


ORANG-ORANG Sufi percaya bahawa Aulia' Allah itu adalah warisan keruhanian 
Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah ketua hiarki itu. Setiap "waris" hingga 
ke "Khatamul Aulia'" (Penutup Segala Wali) menerima cahaya (nur) dari Nur 
Muhammad (Nurul-Muhammadiyyah).

Wilayah (kewalian) bukan bererti kewara'an, ketaatan atau kesalihan, 
meskipun ciri-ciri itu ada secara kebetulan pada seseorang Wali itu. Yang 
paling penting dalam kewalian ialah ma'rifah (Mengenal Tuhan Sepenuhnya). 
Menurut theory, seseorang itu adalah Wali jika ia memiliki darjat ma'rifah 
di mana beliau dapat mengetahui perhubungan dirinya dengan Tuhan, yang mana 
dirinya itu adalah penzahiran Tuhan saja dan menyedari kesatuan dirinya 
dengan Tuhan. Dengan lain perkataan, seseorang itu adalah Wali sekiranya ia 
seorang Insan Kamil atau seorang yang termasuk dalam golongan yang digelar 
sebagai "Malamiyyah".

Golongan Malamiyyah ini adalah golongan orang Sufi yang paling tinggi 
darjatnya. Mereka ini menyimpan rahsia-rahsia kesufian itu dalam diri mereka 
sendiri. Mereka hanya berdiskusi atau bermuzakarah di kalangan mereka 
sendiri saja. Mereka tidak sekali-kali membukakan rahsia ilmu mereka itu 
kepada orang yang bukan ahli, bahkan seseorang itu memiliki rahsia yang 
tidak diketahui oleh orang yang lain, walaupun mereka itu ahli juga. Orang 
golongan Malamiyyah ini tidak suka "publicity". Mereka lebih suka 
merahsiakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka tidak peduli dengan cacian atau 
pujian orang. Hati mereka penuh dengan mengingati dan mengenang Allah. 
Mereka melihat dan mendengar melalui Allah. Mereka kosong dari segalanya 
kecuali Allah. Bahkan diri mereka sendiri pun mereka tidak tahu kerana 
mereka telah tenggelam dalam lautan Ketuhanan yang Maha Dalam.

Dilanjutkan lagi maksud "malamiyyah" itu hingga meliputi :

· 1 -   Semua Anbia' dan Rasul. Nabi Muhammad SAW juga termasuk dalam         
golongan ini.

· 2 -   Sebagai orang Sufi.

· 3 -   Al-Afrad (orang persendirian) seperti Syeikh Muhyiddin Abdul          
Qadir Al-Jailani.

· 4 -   Al-Umana (pengawal).

· 5 -   Al-Ahbab (yang dikasihi).

· 6 -   Al-Warathah (waris), dan lain-lain lagi.


Istilah Wali bagi meliputi semua Rasul dan Nabi. Seorang Rasul adalah 
terlebih dahulu seorang Wali yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah 
Ketuhanan kepada manusia. Seorang Nabi adalah seorang Wali tetapi berbeza 
dengan Aulia' yang lain kerana ia memiliki ilmu yang unik (tersendiri) 
tentang alam-alam ghaib.

Kewalian itu adalah dasar (basis) semua pangkat keruhanian dan itulah satu 
unsur yang tunggal yang ada pada semua mereka itu. Sebenarnya kewalian itu 
adalah Sifat Tuhan kerana satu daripada nama Tuhan ialah Al-Wali. Istilah 
Wali ini jika dipakai kepada manusia, maka pemakaian itu adalah bagi mereka 
yang telah menyedari keesaan atau kesatuan diri mereka dengan Allah. 
Kewalian ini adalah peringkat umum tetapi Kenabian (Nubuwwah) atau Kerasulan 
(Risalah) adalah peringkat yang khusus. Kewalian adalah keadaan yang kekal, 
tetapi Nubuwwah dan Risalah hanya sementara. Ilmu dalam kewalian tidak 
terbatas kerana ilmu itu sama dengan ilmu Allah dan ilmu Ruh Muhammad 
(Ruhul-Muhammadiyyah), tetapi ilmu dalam Nubuwwah dan Risalah adalah 
terbatas.


· Kewalian Dan Khalifah Am


KHALIFAH yang sebenarnya, ialah Ruh Muhammadiyyah (Ruh Muhammad) itu. Ruh 
ini sentiasa menzahirkan dirinya dalam bentuk Nabi dan Wali dan setiap 
mereka itu bolehlah digelarkan "Khalifah". Mereka semuanya menzahirkan 
Khalifah Am (Al-Khalifatul-'ammah) itu. Semua mereka itu adalah Wali, pada 
dasarnya. Nabi dan Rasul itupun adalah Wali pada dasarnya. Semua Wali itu 
memperolehi ilmu mereka dari Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Di samping 
itu, Nabi dan Rasul memiliki ilmu khusus untuk kerasulan dan kenabian 
mereka. Dalam sifat mereka sebagai Wali, Nabi dan Rasul itu lebih sempurna. 
Ini tidaklah bermaksud seseorang Wali itu lebih sempurna atau lebih tinggi 
dari sebarang Nabi atau Rasul, tetapi bahagian kewalian Nabi atau Rasul itu 
lebih tinggi dari bahagian kenabian dan kerasulannya. Seseorang Nabi itu 
lebih sempurna dari segi `ubudiyyah dari seorang Wali. Tetapi seorang Wali 
lebih sempurna dari segu rububiyyah dari seorang Nabi. Kewalian dan kenabian 
dikira sebagai dua wajah atau dua aspek daripada seorang peribadi.

Semua Rasul, Nabi dan Wali itu termasuk dalam satu golongan daengan satu 
unsur yang menyatukan mereka semua. Unsur ini ialah prinsip aktif dalam 
semua wahyu dan ilham iaitu Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad.

Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s. 
hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal 
manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman yang 
berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada 
satu ugama yang sejagat yang bernama ISLAM!

Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am 
(al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut 
syariat Nabi Muhammad SAW.


- Kesimpulannya -

PATUT diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu 
ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para 
Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk 
kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta 
raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu 
diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah diibaratkan 
sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang 
wujud ini.

Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah 
adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW 
itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi 
hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan tetap 
hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh 
melampaui ruang dan waktu.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke