*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedikit yang menarik untuk dikongsi bersama :

-    YB Mohd Sabu sebagai MP Kuala Kedah pernah bersama-sama para
nelayan miskin turun ke laut untuk merasai sendiri bagaimana susahnya
mereka mencari rezeki. Mereka turun ke laut selepas subuh dan pulang ke
pantai apabila waktu hampir maghrib.
*    Rasa-rasanya ada ke MP UMNO buat perkara yang sama untuk mengetahui
kesusahan rakyat, di bawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan diselesaikan
sebaik mungkin?

-    YB Mohyiddin Abdul Wahab (Hulu Terengganu) menceritakan semasa era
pemerintahan UMNO di Terengganu terlalu ramai rakyat yang miskin tetapi
tidak mendapat pembelaan kerana cenderung kepada BA. Pernah terjadi
seorang pencuri cuba untuk mencuri rumah si miskin tetapi pencuri itu
tak lalu nak masuk kerana kedhaifan si miskin tadi sehingga tiada apa
yang boleh diambil.
*    Agaknyalah mana pergi bantuan yang sepatutnya diterima oleh si
miskin tadi disalurkan?

Sekian, wassalam.

Pantut YB Mohd Sabu ;

Sungguh susah mencari petai,
Hutan belantara terpaksa diceroboh,
Apalah nasib di Lembah Pantai,
Lepas pilihanraya rumah diroboh.

Sungguh cantik si gadis genit,
Nak kahwin banyak duit,
Apalah nasib keluarga Junit,
Lari di Kedah kalah di Parit.


Petikan : Ceramah BA di Dataran Ubudiyyah, Pantai Dalam 17/2/2000.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Nor Nazariza Md Salim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke