*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila Amerika dan sekutu-sekutunya meminta Taliban menyerahkan
Osama Bin Laden kepada kuasa Kuffar, maka puak Taliban enggan
berbuat demikian. Osama dicap sebagai pengganas dan mesti di-
tangkap dan diadili mengikut undang-undang sekular manusia.
Dr Mahathir pula mahu menyakinkan umat Islam Malaysia bahawa Osama
adalah benar-benar seorang ketua pengganas. Dia merasa malu dan
benci melihat wajah Osama, bukan sahaja namanya Osama bahkan
benci melihat janggut yang panjang dan sorban. Tambahan pula Osama
yang memakai jubah itu memegang senapang, maka sahlah dia itu
seorang militan yang mencemarkan nama baik Islam.

Barangkali kita patut melihat sejarah tanahair kita sendiri, yang
mana Tok Janggut menentang British semasa kita dijajah dahulu,
kita menganggap Tok Janggut adalah wira. Pihak British pula 
memberitahu kepada dunia bahawa Tok Janggut adalah ketua pengganas
di Tanah Melayu yang patut dihapuskan...WANTED: Dead or Alive !!!!
Barangkali pemimpin-pemimpin UMNO buta sejarah tanahair mereka
sendiri. Pasal janggut panjang Tok Janggut itu, mungkin juga
Dr Mahathir kira dia tidak mencukur janggut kerana Tok Janggut tak
suka pakai pisau cukur "Gillette" buatan kafir British.

Maka pada saat ini, seorang pembesar British yang bernama Tony
Blair, mengulangi cabaran kepada umat Islam supaya menyerahkan
Osama kepada mereka:

http://dailynews.yahoo.com/h/ap/20011002/wl/attacks_final_warnings_8.html

Ini yang UMNO tak faham ... mereka yang mengaku lebih alim daripada
PAS darihal Islam percaya 100% Osama Bin Laden ialah seorang
bapa pengganas. Dunia yang menyokong Amerika, termasuk Malaysia
beriya-iya berdiri di belakang Barat dan Israel menamakan Osama
sebagai pengganas dan militan. Yang sebenarnya, kedudukan Osama
sama dengan perjuangan Tok Janggut dahulu. Jika Tok Janggut menjadi
pengganas menentang British, maka Osama Bin Laden menjadi pengganas
menentang pengaruh kuasa kafir Amerika di Arab Saudi. Raja Fahad
Arab Saudi menganggap Osama adalah seorang penderhaka kerana
menentang kerajaan Saudi membenarkan kuasa kafir Amerika bertapak
di tanahair Rasulullah.

Ini yang UMNO tak faham ...Osama sebagai seorang pejuang pembebasan
menyeru umat Islam jangan membenarkan tentera Amerika bertapak
di negara-negara Islam. Hanya Osama seorang Arab yang berani
menentang Amerika, sama seperti Tok Janggut mahu menghalau British
keluar dari tanahair orang Melayu. Osama menjadi wira umat Islam,
...yang ini UMNO tak faham.

Mengikut kaedah fekah Islam, seorang pesalah yang berugama Islam
tidak boleh diserahkan kepada tentera/kuasa kuffar untuk diadili
secara undang-undang kafir mereka. Ini kerana diri pesalah itu
ada MARUAH keIslamannya. Umat Islam tidak boleh menyerah seorang
Islam kepada kerajaan kafir. Mengikut kaedah fekah lagi, sekiranya
orang macam Osama diserah kepada kafir Amerika, tentu sekali dia
akan diseksa terlebih dahulu untuk dipaksa mengaku bersalah. Oleh
itu tindakan Taliban mempertahankan Osama adalah wajar. Lagipun
puak Taliban meminta Osama diadili oleh umat Islam sendiri, di
mahkamah syariah mengikut undang-undang Islam, bukannya mengikut
undang-undang kafir Amerika yang zalim.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke