*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cili Api 97 Pedas-Pedas Cili Api (25hb Mei 2000) Dr M Nyanyok atau Berbohong? Bolehkah sesiapa beritahu Cili Api samaada Dr M @ Cek Det sudah nynyok atau memang suka berbohong? Dua hari lalu (dan ini disiarkan dalam semua media) beliau berkata kerajaan tidak akan melayan desakan MCA supaya kerusinya dalam kabinet ditambah. Kata Cek Det, semasa prestasi MCA dalam pilihanraya tidak begitu baik, kerusinya tidak dikurangkan. Jadi mengapakah ia mesti ditambah apabila prestasi MCA lebih baik dalam pilihanraya lalu? MCA mesti berfikir tentang kepentingan keseluruhan. Begitulah jawapan Cek Det apabila ditanya oleh wartawan tentang perkara ini. Cili Api percaya, sekiranya tidak ada desakan dari MCA, apa perlunya Cek Det melayannya panjang lebar. Tetapi semalam (dan ini disiarkan juga dalam media) Cek Det berkata bahawa tidak ada tuntutan daripada MCA supaya kerusinya dalam kabinet ditambah. Sebelum itu Ling menafikan bahawa MCA telah menimbulkan perkara ini, secara rasmi atau tidak rasmi. Apa ini Cek Det? Mana satu cakap yang boleh dipegang? Cek Det pernah menuduh Tunku Abdul Rahman sudah nyanyok, walaupun beliau baru dalam lingkungan umur 60an saja, dan mendesaknya berundur pada tahun 1969 dulu. Walaupun umur Cek Det kini sudah melebihi 74, namun Cili Api tidak mahu menuduh beliau sudah nyanyok. Tetapi mengapakah Cek Det selalu suka benar bercakap berdolak- dalik? Tengok saja bagaimana sebelum ini beliau berdolak-dalik dalam kes Anwar. Sekejap mencabar beliau dibawa ke mahkamah dan sekejap pula berkata tidak relevan beliau menghadirinya sebagai saksi. Hai Cek Det, sudah selalu sangat hangpa dok berdolak-dalik. Sudah bunyi macam Azizan sekarang ini, yang berdolak-dalik tentang tarikh kononnya beliau diliwat. Cili Api selalu diberitahu bahawa orang yang berdolak-dalik ini ialah orang yang suka berbohong. Betulkah Cek Det? Jadi, Azizan dan siapa saja yang suka berdolak-dalik gamaknya pembohonglah. Nampaknya tabiat Ling Liong Sik lebih kurang serupa saja. Selama dua tiga hari lalu, beliau begitu tegas dan keras sekali mahu meletakkan jawatan. Seolah-olah tidak ada kuasa dalam dunia ini yang akan mengubah pendiriannya. Sekarang beliau hendak ambil cuti 14 hari dulu. Cek Det dilaporkan sebagai berkata Ling mahu bercuti untuk berfikir dengan teliti sebelum bertindak. Mengikut laporan juga, Ling berkata Cek Det suruh dia bercuti untuk berfikir dengan halus dan teliti sebelum mengambil keputusan muktamad. Cili Api hendak tanya, apakah sebelum ini Ling belum berfikir secara teliti dan halus? Sekiranya belum, mengapa hendak cakap berdegar-degar kononnya awak sudah ambil keputusan dan keputusan itu tidak akan berubah? Janganlah cuba main wayang. Lebih buruk lagi jikalau dalam wayang itu watak yang dimainkan ialah sebagai budak kecil pula. Banyak orang sekarang ini melihat seperti ada watak seorang kanak-kanak kecil yang merajuk dalam diri Ling. Cili Api hendak beri nasihat sedikit. Tak kiralah sama ada ia diterima atau tidak. Begini bunyinya: Ling, jawatan menteri itu bukan jawatan kanak-kanak. Soal letak jawatan menteri itu tidak boleh dibuat sebagai tindakan budak kecil saja. Berfikirlah dengan halus dan teliti sebelum bertindak, bukan selepasnya. Selamat bercuti dan lepas itu selamat berhenti. Cili Api ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>