40,000 beri sokongan kepada calon PAS di Pendang
Wednesday, July 10 @ 11:16:55 MYT


PENDANG, 10 Julai (Hrkh) - Lebih 40,000 penyokong PAS berhimpun pada hari
penaman calon Parlimen Pendang di sini pagi ini sekali pun hujan lebat.

Calon menyerahkankan borang pencalonan masing-masing dan menunggu seketika
untuk membolehkan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melakukan semakan.
Orang ramai berhimpun sepanjang perjalanan di tempat penamaan calon.
Ada yang mengharungi sawah padi yang luas dalam hujan lebat untuk menuju ke
tempat pencalonan.
Mereka tidak berganjak dari tempat penamaan calon sekalipun hujan lebat,
menunggu pengumuman nama calon.
Antara pemimpin PAS dan Barisan Alternatif (BA) yang hadir adalah Dato' Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Hassan Shukri, Azmin Ali dan Mahfuz Omar.


> ATTACHMENT ! part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Reply via email to