Media Umno sendiri bantai RTM dan TV3
Thursday, July 25 @ 04:01:46 MYT


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Media milik Umno secara terbuka hari ini
mula menyalahkan RTM dan TV3 atas kegagalan mereka untuk mendapatkan
sokongan padu pengundi Pendang dan Anak Bukit.

Dalam surat pembaca yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, bertajuk
"Jangan sampai penonton menutup TV" secara jelas Utusan melahirkan
kekesalannya terhadap peranan kedua-dua stesen TV itu.
Menurut sumber, kebanyakan surat di akhbar harian ditulis sendiri oleh para
pengarangnya.
Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 yang mengendalikan beritanya kini
diketuai oleh Chamil Wariya, bekas pengarang kanan Utusan Melayu sendiri.
Kandungan berita dan hal ehwal semasa RTM pula banyak dikawal oleh
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Dato' Zainudin Maidin bekas
Ketua Pengarang kumpulan Utusan Melayu.
TV3 dan RTM menyiarkan pelbagai rancangan sempena pilihan r! aya kecil itu
dengan hampir semua kandungannya memihak kepada BN dan memukul PAS.
Salah satu berita Buletin Utamanya membayangkan dengan jelas calon PAS Anak
Bukit, Ir Amirudin Hamzah takut untuk datang ditemuramah secara langsung
oleh TV3 bersama calon BN.
Ia menyiarkan temuramah Chamil Wariya dengan Dato' Zakaria Said, calon BN
dan menunjukkan dengan jelas kerusi kosong yang sepatutnya di isi oleh Ir
Amirudin.
Tetapi, Harakah mendapati Amirudin tidak pergi ke rancangan itu kerana ia
tidak dibuat secara langsung tetapi secara rakaman.
Pendedahan temuramah itu dibuat secara rakaman didedahkan sendiri oleh
wartawan TV3 yang menguruskan temujanji dengan calon PAS itu.
Bagi Amirudin, rancangan secara rakaman itu terdedah kepada pelbagai risiko
diputar belit oleh TV3.
Dalam surat yang disiarkan oleh Utusan itu, penulis surat itu AI LIN,
Petaling Jaya, menyokong kenyataan pengarang Utusan melalui ruangan pojok
Awang Sulong yang berk! ata 'Media overkill yang mana hasilnya meningkatkan
kemarahan mereka yang menuduh kerajaan memonopoli media arus perdana untuk
kepentingan sendiri."
Beliau juga menyokong kenyataan Pengerusi SPR, Dato' Abdul Rashid yang
berkata media elektronik tidak harus menghentam mana-mana parti kerana ia
akan dianggap sebagai melanggar etika sesuatu pilihan raya.
Utusan juga menyiarkan pandangan penulis itu yang berkata, sudah sampai
masanya media elektronik membuka minda dengan memberikan ruang yang sama
banyak di kalangan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya.
"Dengan berada di ambang status sebuah negara maju, tentunya Malaysia sudah
sampai pada satu peringkat di mana ia sudah cukup matang dari segi politik
untuk menerima diskusi dan debat di antara calon dari pelbagai parti-parti
yang bertentangan untuk disiarkan di televisyen supya pengundi dapat
mengundi dengan memperoleh maklumat yang mencukupi," siar Utusan.
Sebelum ini Setiausa! ha Kementerian Penerangan, Dato' Zainudin Maidin
berkata, mengugut beliau akan membuat laporan kepada Menteri Penerangan
apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah
berceramah di Radio Sungai Padi, Narathiwat di Selatan Thailand.
Menurut laporan itu, MB Kelantan itu mempunyai siaran tetap setiap minggu
melalui radio itu.
Radio itu boleh didengar dengan jelas di negeri-negeri utara Semenanjong
termasuk Kelantan, Perlis, Kedah dan sebahagian Perak.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Kirim email ke