Pemimpin MCA tubuh cawangan KeADILan
Sunday, July 21 @ 10:52:46 MYT


KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Hasrat Umno dan Barisan Nasional (BN) mahu
merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang semakin sukar, apabila
masyarakat Cina di bandar ini turut memberi sokongan padu kepada Barisan
Alternatif (BA).

Baru-baru ini, pemimpin masyarakat Cina bersama hampir 40 bekas ahli MCA
menyertai KeADILan dan berjaya menubuh cawangan baru parti itu di sini.
Anggota Parlimen Kota Bharu, Haji Ramli Ibrahim berkata, cawangan baru itu
ditubuh di Jalan Kebun Sultan.
"Sokongan padu masyrakat Cina ini memberi peluang cerah kepada BA untuk
menguasai pemerintahan negara pada masa akan datang," katanya di majlis
penerimaan borang keahlian KeADILan di sini, baru-baru ini.
Pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan pelantikan Foo Chee Tau
sebagai Naib Ketua KeADILan Bahagian Kota Bharu dan Yap Kok Phing serta Ng
Wit Chew sebagai ahli! jawatankuasa baru di kalangan kaum Cina.
Oleh itu, Haji Ramli yang juga Ketua KeADILan Kota Bharu menafikan tuduhan
kononnya sokongan rakyat terhadap perjuangan keADILan serta BA semakin
hilang.
Foo berkata, beliau begitu bosan terhadap krisis dalaman yang berlaku dalam
MCA sekarang.
"Perjuangan yang dibawa MCA hanyalah untuk kepentingan kelompok serta kroni
mereka sahaja," katanya yang juga bekas pemimpin MCA.
Beliau turut mengalu-alukan ahli MCA untuk menyertai BA kerana berjuangan
bersama BA boleh menjamin masa depan yang lebih baik kepada rakyat pelbagai
bangsa negara ini.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Kirim email ke