Berita // News : YB Goh
Beri Penerangan Kepada Pengundi Anak Bukit
hold=0>
Friday, July 12, 2002 - 02:41 AM GMT



Ahli Parlimen
Nibong Tibal , YB Goh Kheng Kuat sekali lagi membuktikan komitmennya
terhadap perjuangan menentang kezaliman BN, apabila hadir memberi penerangan
kepada pengundi Anak Bukit semalam. Tindakan beliau itu sudah pasti akan
menimbulkan kontroversi baru dengan pemimpin-pemimpin partinya, iaitu DAP.
Sebelum ini, penasihat DAP Dr Chen Man Hin telah memberi amaran terbuka
bahawa tindakan tatatertib yang tegas akan diambil terhadap sesiapa yang
melanggar arahan parti berkenaan penglibatan di dalam pilihanraya kecil Anak
Bukit dan Pendang. Ketika ditemui, YB Go! h menerangkan bahawa walaupun
beliau tidak bersetuju dengan beberapa dasar PAS terutamanya tujuan
mewujudkan negara Islam, yang disifatkannya berbentuk teokratik - perjuangan
beliau menentang kezaliman BN diberi keutamaan. Kata beliau lagi, pengundi
bukan Melayu di kawasan Anak Bukit perlu diberi penerangan mengenai beberapa
isu penting yang menyentuh mereka, selain dari isu Sekolah Wawasan. Konsep
Sekolah Wawasan yang dibawa UMNO ditolak oleh masyarakat Tiong Hua. Dalam
pilihanraya kecil Lunas dalam tahun 2000, undi masyarakat Cina beralih
kepada calon Keadilan iaitu YB Saifuddin Nasution Ismail, berpunca dari
kontroversi isu Sekolah Wawasan. Tidak dapat dipastikan apakah bentuk
tindakan disiplin yang akan diambil terhadap YB Goh. Ramai percaya DAP
tidak akan berani 'menghukum' beliau kerana bimbang YB Goh akan bertukar
menyertai Keadilan, seperti banyak pemimpin DAP yang lain. Nama-nama besar
di dalam DAP seperti Sim Kwang Yang, Gooi ! Hock Seng, Ng Kim Ho sebelum ini
telahpun menyertai Keadilan apabila parti ini ditubuhkan.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke