*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum

tolong sebarkan .....

------------
secretary
international affairs
the malay association on arab republic of egypt
------------


KENYATAAN RASMI PMRAM BERHUBUNG SERANGAN KEJAM REJIM ISRAEL KE ATAS WILAYAH PALESTIN 


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan 
biadab yang
bersifat tidak berperikemanusiaan rejim Israel dalam siri keganasan tajaan Yahudi 
baru-baru ini.
Serangan dihari ke 13 hari ini yang meragut hampir 119 syuhada merupakan siri tindakan 
yang
kejam yang jelas  melanggar batas hak asasi manusia sejagat. 
PMRAM juga menyelar tindakan membisu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa 
Bersatu PBB
yang sewajarnya bertindak sebagai pendamai dan penyelesai konflik. Konflik 
pencerobohan hak
asasi dan keselamatan yang jelas berat sebelah ini juga pernah menimpa umat Islam di 
Iraq,
Sudan, Libya sebelum ini. Sikap membisu PBB ini menyebabkan seluruh dunia umat Islam 
merasa
begitu tercabar dan didiskriminasikan. 
Dunia Islam kini tidak boleh lagi terlalu bergantung harap melihat tindakan yang bakal 
diambil
oleh Majlis Keselamatan PBB yang dilihat bersikap talam dua muka sehingga membiarkan 
agen rejim
ganas Yahudi dalam menaja apa jua tindakan biadab yang melibatkan keganasan 
antarabangsa
khususnya terhadap umat Islam. PBB seolah-olah bersembunyi di sebalik tabir 
keharmonian yang
dijaga rapi bersama polis dunia Amerika Syarikat dalam  menjayakan agenda hak asasi 
manusia,
namun hakikatnya pertubuhan itu jugalah yang cuba menjadi api dalam sekam. Pun begitu 
dunia
sekarang ini telah sedar semua tindakan ini merupakan tindakan yang hanya melepaskan 
batuk di
tangga. 
PMRAM turut mempersoalkan tindakan OIC yang walaupun diberitakan telah mengadakan 
perbincangan
rasmi minggu lalu, namun apa yang menyedihkan pertubuhan yang didokongi oleh seluruh 
negara
Islam itu hanya sekadar mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan kejam Israel 
tanpa
mengambil sebarang langkah drastik dalam usaha menghalang tindakan biadab Israel dari 
terus
bermaharajarela menyembelih dengan kejam umat Islam di sana. OIC juga sepatutnya lebih 
berani
dalam menangani isu ini di samping menyedari bahawa serangan yang tidak 
berperikemanusiaan ini
merupakan rangkaian komplot jahat antarabangsa dalam usaha membendung kebangkitan umat 
Islam di
serata dunia. 
PMRAM berpandangan bahawa perjuangan umat Islam di Palestin perlu diteruskan dan tidak 
terpedaya
dan tertipu dengan boneka-boneka musuh umat Islam yang menggunakan slogan-slogan 
rundingan atau
perjanjian damai. Apa yang amat dikesali sejak berpuluh tahun PLO diasaskan bagi 
menjanjikan
kebebasan kota suci ketiga umat Islam itu hanya menjadi mainan mulut kata-kata manis 
tetapi
sedikitpun tidak memberi keuntungan dan memerdekakan umat Islam Palestin. Sebab itu 
PMRAM
melihat bahawa umat Islam sekarang tidak boleh berpegang kepada janji palsu Yahudi yang
sememangnya menjadi musuh umat Islam sejak berzaman. 
PMRAM juga mendesak agar bantuan ketenteraan dari pakatan kerjasama OIC, PBB, Liga 
Arab dan
kesatuan-kesatuan umat Islam di seluruh dunia perlu digemblengkan bersama untuk 
mengusir Israel
dari Tebing Barat Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki. Tiada langkah yang lebih 
berkesan
selain dari menghulurkan bantuan secara langsung sama ada berbentuk makanan, pakaian, 
kewangan,
kesihatan dan ubat-ubatan dan ketenteraan dan terus mendesak rejim ganas Israel 
daripada terus
menceroboh hak asasi umat Islam. 
PMRAM turut menyatakan kekesalan di atas sikap tunggu dan lihat kerajaan Malaysia tanpa
mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang dilihat seolah-olah kurang sensitif dengan 
nasib yang
menimpa umat Islam di Pelastin sekarang. Sewajarnya, bagi membuktikan komitmen sebenar 
kerajaan
Malaysia terhadap isu-isu yang menimpa umat Islam yang selama ini cukup lantang dalam 
menangani
isu dunia agar menyatakan pendirian rasmi kerajaan dalam isu keganasan Israel bumi 
Palestin. 
Di samping itu, PMRAM mewakili seluruh mahasiswa di Pelembahan Nil ini menyatakan 
kesedihan di
atas pemergian syuhada Palestin yang berjuang mempertahankan tanah suci Al Quds 
disamping
berbangga dengan semangat jihad yang ditunjukkan. 
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al fatihah untuk seluruh syuhada yang 
terkorban....al
fatihah. 
Semoga pemergian mereka akan menyemarakkan lagi semangat jihad di kalangan mahasiswa 
khususnya
dan umat Islam sedunia umumnya. 

Mohd Nizam bin Mohd Noh 
Presiden, 
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ahmed Irfan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke