*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr.Adham Baba Ditangkap Oleh Petugas PAS


Jumaat 18 Mei 2001. Kulai, Johor Baharu. Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda 
UMNO Malaysia,Dr. Adham bin Baba bersama dua orang rakannya telah ditangkap 
pada jam 2.45 malam oleh dua orang petugas PAS di Jalan Susur Kulai, Kulai, 
Johor kerana mengoyakkan poster Ceramah PAS kawasan Sanai. Dewan Pemuda PAS 
Kawasan Senai yang diketuai oleh Sdr. Imran telah membuat intipan selama 
tiga malam berturut-turut untuk mengenal pasti siapakah petualang disebalik 
kehilangan poster Ceramah Tn. Hj. Mohamad Sabu pada 18/5/2001 di Taman Senai 
Utama.
Intipan dan tangkapan pada hari ini telah membenarkan tanggapan DPP kawasan 
Senai bahawa Dr. Adham Baba adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja 
tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba adalah merupakan Exco Pendidikan 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri 
Johor, Ketua Gerak Gempur UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pergerakan Pemuda 
UMNO Bahagian Senai. Hubungannya yang baik dengan Dato’ Hishamuddin Tun 
Hussin telah memberi ruang yang besar kepada cita-citanya untuk menjadi 
Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Johor dimasa depan.
Sdr. Faridz Mohd Salleh dan Sdr. Faizul Mohd Salleh yang telah membuat 
rondaan telah terserempak dengan kenderaan bernombor pendaftaran JEQ 9921 
dan kelihatan 3 orang pemuda sedang mengoyak poster Ceramah PAS Kawasan 
Senai. Apabila Sdr. Faridz menghampiri kelompok mereka, didapati salah 
seorang daripada mereka adalah Dr. Adham bin Baba yang juga sorang tokoh 
motivasi di sekolah-sekolah negeri Johor. Sdr. Faridz yang terkejut dengan 
kejadian tersebut telah bertanyakan siapakah yang bertanggung jawap terhadap 
kegiatan tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba selaku Ketua Gerak Gempur UMNO 
Johor tidak merasa bertanggungjawab atas kejadian tersebut seterusnya 
menuding jari kepada pembantunya Sdr. Nasaruddin bin Sahat yang melakukan 
kerja terkutuk itu. Pertengakaran kecil telah berlaku dan akhirnya kedua-dua 
pihak bersetuju untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kulai. Sdr. 
Faridz dan Sdr. Faizul telah membuat laporan polis pada jam 3.10 pagi. 
Nombor laporan ini adalah 2050/01 dan 2052/01.
Turut sama berada diBalai Polis Kulai adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor 
Sdr. Mazlan Aliman dan Timbalannya Sdr. Dzulkifli Ahmad. Sdr. Mazlan Aliman 
yang terkejut denga peristiwa ini menyatakan bahawa UMNO sebagai parti 
berwibawa dinegara ini seharusnya tidak terlibat dengan kerja-kerja tidak 
bermoral ini.  Adalah tidak masuk akal seorang exco pergerakkan pemuda UMNO 
Malaysia yang sudah tentunya mempunyai ramai pengikutnya tetapi terpaksa 
turun padang bersendirian membuat kerja-kerja samsing dan tidak bermoral.  
Katanya lagi, selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Johor beliau tidak pernah 
terdetik didalam hatinya untuk mengarahkan pimpinan pemuda PAS 
kawasan-kawasan mengoyakkan poster ceramah atau aktiviti UMNO. Ini 
Membuktikan UMNOlah parti yang tidak bermoral khususnya dinegeri Johor dan 
Malaysia amnya.
Menurut seorang aktivis PAS, hari ini telah terbukti bagaimana buruknya 
wajah UMNO yang sebenar. Merekalah yang betopengkan kebaikkan apabila 
berdepan dengan rakyat sebaliknya melakukan kerja-kerja samsing dibelakang 
rakyat. Demi Kuasa segalanya boleh dilakukan. Peristiwa ini membuktikan 
begitu rapohnya ikatan setiakawan di dalam UMNO apabila sehingga jam 5.00 
pagi ini tidak ada siapa pun pimpinan UMNO bahagian , negeri mahupun pusat 
turun memeberikan sokongan moral kepada Dr. Adham Baba. Suasana ini tidak 
berlaku dalam PAS dan Keadilan. Apabila seseorang aktivis PAS dan Keadilan 
ditangkap atau dikenakan tindakan oleh pihak lawan hanya beberapa minit saja 
Balai polis akan dipenuhi oleh mereka yang berkopiah dan berjanggung, 
sesekali mengucapkan tahniah dan bertadbir memuji kebesaran ilahi. Itulah 
ukhwah persaudaraan yang dipupuk didalam PAS selama ini.
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai Dr. Adham Baba juga telah 
terlibat dengan beberapa insiden antara UMNO dan PAS di kawasan Senai. 
Semasa ceramah Selamatkan Wang Rakyat bersama Y.B Mahfoz Omar, Dr. Adham 
Baba juga telah mendesak pihak berkuasa memberi tekanan kepada program 
tersebut. Hasilnya Sdr.  Mazlan Aliman, Sdr. Aminuddin Ayob dan Sdr. Hatta 
telah dilokap satu malam di Balai Polis Kulai. Beberapa bulan sebelum itu 
Dr. Adham Baba juga telah terlibat dengan pergaduhan kecil disebuah ceramah 
PAS di Taman Aman apabila seorang budak suruhan Dr. Adham telah membuat 
provokasi dalam ceramah tersebut. Hasilnya suatu laporan polis telah dibuat 
oleh Dr. Adham Baba di Balai Polis Senai. Kisah ini telah dibesar-besarkan 
oleh Harian Metro keluaran Selatan.
Salinan Laporan Polis dan gambar Dr. Adham akan menyusul kemudian………

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke