*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED]) - dari laman web umno kata: "Zaman berlemah-lembut telah tamat! Bak kata pepatah cegah sebelum parah!" Beliau ini tak habis2 menjolok pihak2 berkuasa supaya bertindak kepada penyokong2 pembangkang yang makan gaji. Dia ingat gaji itu hak mutlak kerajaan. Dia lupa bahawa semuanya dari Allah. Terpulanglah bagaimana manusia nak gunakan - nak mengampu kerajaan zalim macam beliau atau sebaliknya. Kata2 diatas adalah contoh kata2 takabbur talibarut2 anti-Islam yg muncul dari dari segenap penjuru. Hingga MCA dan MIC pun bukan main rancak sekarang. Mereka berpakat memusuhi; dari hukum Allah, ke sunnah Nabi, ke Ulama, ke Mujahidin, ke pelajar, pendakwah, dll. Sakithatinya terhadap apa2 yg berbau Islam, hingga nama "Serambi Mekah" pun membuatkan mereka separuh gila atau gila - disuruh buang nya. Lupa rupanya dia, yang nyawa kita ni pun Allah bagi pinjam sekejap. Tapi dia gunakan untuk mengampu pemimpin2 Zalim yang terang2 melakukan penentangan terhadap Islam (melalui tulisan2 beliau). Ya Allah ya Tuhan Kami, kami berlepas diri dari terpengaruh dan cenderung kepada manusia talibarut musuh Islam ini. Segala denyut nadi yang manusia ini buat untuk menentang Islam adalah dalam pemerhatian malaikat2 Mu, yang pasti akan dibacakan semula di akhirat nanti. ------------- Tan Sri Musa Mohamad Perlu Jelaskan Apa Masalah dengan Jabatan Pendidikan Kedah? Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED]) Kalau ada perkara yang perlu dibereskan Tan Sri Musa Mohamad di Kedah pastinya ia membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sendiri. Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan kesamsengan seorang guru di Pokok Sena membuat soalan matematik yang cenderung kepada ideologi pembangkang. Ini kita anggap selesailah sebab tindakan telah diambil walaupun kerosakannya tetap ada. Malangnya, tidak cukup dengan kemunculan cikgu separuh cerdik itu JPN Kedah terus menimbulkan masalah baru. Pada rabu lepas, Utusan Malaysia (15 Ogos 2001) melaporkan kenyataan Exco Hal-Ehwal Agama Islam Kedah, Ustaz Fadzil Hanafi, bahawa kerajaan negeri gagal untuk menganjurkan seminar menangani gejala sosial di Kedah apabila Jabatan Pendidikan Negeri tidak memberi kerjasama. Menurut Ustaz Fadzil Hanafi, JPN Kedah menarik balik persetujuan awal untuk membenarkan 75 pelajar dari 15 buah sekolah di kawasan Kuala Muda menghadiri seminar tersebut. Kegagalan ini bukan sahaja bermakna satu amal makruf telah dihalang oleh si ‘dungu’ dalam JPN ini tetapi juga membabitkan maruah kerajaan Kedah dan wang yang banyak yang telah digunakan untuk menjayakan seminar ini. Ini yang kita mahu Tan Sri Musa jawab. Kenapa satu program kerajaan negeri boleh diperlecehkan oleh JPN? Apakah mereka ini lebih besar daripada Exco Kerajaan Negeri yang diamanahkan oleh rakyat untuk membangunkan negeri? Kalau program kemungkaran yang hendak dilaksanakan kita tidaklah marah JPN Kedah hendak halang. Tapi bila program macam ini pun hendak dihalang kita nampak terdapat pegawai JPN yang kurang ajar. Apakah sekarang ini lebih baik kita menyokong pembangkang dari kerajaan kalau mahu mendapat sebarang perkhidmatan kerajaan? Tidak cukup dengan itu, Utusan pada hari yang sama juga menerbitkan surat pembaca daripada Ahmad Mahzan yang mendakwa seorang Pensyarah Kanan Institut Perguruan Darulaman (IPDA) ditukar kerana pensyarah tersebut melaporkan kegiatan anti kerajaan di IPDA. Ini Tan Sri Musa kena jawab dengan jelas. Kita tidak mahu lagi cakap-cakap kosong selama ini. bahawa kalau kakitangan kerajaan sokong kerajaan secara terbuka maka ia akan mendapat pelbagai masalah, akhirnya terbukti benar. Surat Pembaca Utusan itu juga menyebut dengan jelas bagaimana seorang pensyarah IPDA mengibarkan bendera parti pembangkang di laman rumahnya. (saya percaya ia dalam kawasan kampus IPDA). Jadi kita hendak tahu kenapa seorang pensyarah kanan yang sokong kerajaan boleh ditukar menjadi guru biasa sedangkan masih ramai penyokong pembangkang yang tidak sehebat mana pun terus menikmati taraf yang lebih baik. Apakah kesemua perkara ini membenarkan khabar angin bahawa menyokong UMNO pada hari ini bermakna bolehlah menguburkan hasrat seseorang untuk naik pangkat atau mendapat kerja dengan jabatan kerajaan? Kalau guru atau pegawai JPN hendak menyokong pembangkang itu kita tidak ada masalah. Tapi kalau guru atau pegawai JPN tidak boleh bertindak profesional hingga menzalimi penyokong kerajaan ini sudah lebih. Ini belum kita dedahkan mengenai segelintir pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris yang secara terang terangan menghentam kerajaan dalam dewan kuliah. Memang mereka ini segelintir tapi golongan inilah yang sedang membentuk guru-guru yang anti kerajaan dan UMNO sewenang-wenangnya. Terdapat Guru yang berpengalaman dan melanjutkan pelajaran di UPSI ingin menentang pendapat pensyarah ini, tapi mereka pun khuatir untuk meluahkan pendapat mereka kerana keputusan peperiksaan mereka terletak di tangan pensyarah-pensyarah ini. Kita tidak minta Kementerian Pendidikan ambil tindakan ke atas penyokong pembangkang kerana itu adalah hak mereka. Tetapi mereka yang menggunakan segala kelebihan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk menindas, menzalimi dan menggagalkan orang yang menyokong kerajaan perlu diambil tindakan tegas. Alasan sukar mengambil tindakan tidak timbul kerana terdapat pelbagai cara untuk mengambil tindakan. Kalau hendak seribu daya kalau tidak mahu seribu dalih. Saya rasa tidak perlulah kami penyokong UMNO di bawah ini mengajar menteri bagaimana untuk bertindak. Atau pun elok pecat sahaja penasihat-penasihat yang tidak menyumbang apa-apa pun. Zaman berlemah-lembut telah tamat! Bak kata pepatah cegah sebelum parah! -- _______________________________________________ Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>