*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ass'kum wbt......
Bagi saya ucapan Dr Mahathir tu hanya melambangkan bahawa beliau masih jahil
pasal perjuangan/matlamat Islam itu sendiri kerana meletakan matlamat hanya
berbentuk duniawi semata2................
Cthnya dgn menyatakan matinya pengebom berani mati tu hanya lah sia2 saja
tanpa matlamat sebenar tercapai.........tetapi mengikut fatwa2 Ulamak yang
terkenal....kesemuanya menyatakan bahawa mereka2 itu mati
syahid............dan itu lah kemenangan sebenar bagi tiap2 individu
Islam..........iaitu mati dalam keredhaan Allah.
Ketahui lah bahawa sesungguhnya kejayaan Islam itu hak mutlak Allah......Dia
boleh memberi kejayaan Islam tanpa usaha2 daripada seluruh umat islam dengan
cara yg bergitu mudah sekali......tetapi sunnahtuAllah.....kejayaan Islam
hanya akan diberi kepada umat Islam yg benar2 yakin dgn janji2 Allah...iaitu
mereka2 yg meletakan kecintaan pd Allah melebihi segala2nya....hatta
nyawanya...........
Walallahualam.......... 

> -----Original Message-----
> From: Onwards [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, May 10, 2002 2:55 PM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Fwd:  PAS terlalu jujur,  Dr Mahathir hirau ketetapan
> pihak penganjur supaya sedia teks..
> 
> "PALESTIN diminta sabar 50 tahun tetapi Dr M tidak boleh bersabar 30 
> minit"
> 
> "PAS telah terpukul dari segi politik pada majlis Syarahan Perdana 
> untuk
> Palestin dan Kemanusiaan"  anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan 
> Angkatan
> Belia Islam Malaysia (Abim) malam Rabu,  8, Mei lalu,"  kata sesetengah
> pendapat.
> 
> Mereka berkata,  ucapan Presiden PAS yang dibuat berdasarkan kajian 
> parti
> itu tentang Palestin seumpama guru sejarah memberi ucapan tentang 
> Palestin,
> bukan ucapan seorang ahli politik.
> 
> Sedangkan kata mereka lagi,  Presiden Umno,  dengan gaya bersahaja dan 
> tanpa
> sebarang persiapan ucapan,  telah memberikan ucapan memukul ucapan awal 
> oleh
> Presiden PAS itu.
> 
> Sebenarnya inilah titik perbezaan kefahamn banyak orang tentang isu 
> ini.
> Mereka beranggapan Dr Mahathir,  sebagai politius yang licik,  telah 
> berjaya
> memalukan PAS di 'pentas politik'  itu.
> 
> Hakikat inilah yang membezakan imej PAS dan imej Umno,  khasnya Dr 
> Mahathir
> sendiri.  Ketika beliau berucap berpusing-pusing atas satu hujah 
> (point)
> utama "meminta rakyat Palestin besabar untuk 50 tahun lagi demi 
> kejayaan
> mereka,"  beliau sendiri tidak dapat bersabar hatta selama 30 minit 
> untuk
> tidak memperlekeh musuh politiknya, sekaligus menggunakan kedudukan 
> sebagai
> penceramah terakhir untuk tujuan itu.
> 
> Tanpa menghormati 'gencatan senjata'  yang dianjurkan oleh pihak 
> penganjur
> demi kepentingan rakyat Palestin,  beliau menggunakan sepenuhnya 
> peluang
> berucap selepas Presiden PAS itu untuk memperlekehkan PAS.
> 
> Mungkin,  kerana menghormati beliau sebagai PM,  pihak penganjur telah
> memberikan 'hak' untuk berucap kemudian.  Tetapi,  jelas beliau tidak 
> dapat
> bersabar untuk tidak membuat 'serangan politik' di pentas yang 
> dikhaskan
> untuk rakyat Palestin.
> 
> Padahal,  pihak penganjur telah memberikan penerangan yang jelas bahawa
> majlis itu adalah Syarahan Perdana untuk Palestin,  bukannya ceramah 
> umum
> atau debat politik.
> 
> "Mari kita menyertai gencatan senjata sebentar demi kepentingan 
> Palestin.
> Lupakan perbezaan politik yang kita ada demi rakyat Palestin,"  kata 
> Dato'
> Abdul Rahim Bakar,  Pengerusi DBP yang menadi moderator majlis.
> 
> PAS,  atas dasar kepentingan Palestin telah menyambut baik cadangan 
> ini.
> Bahkan,  kesemua pemimpin kanan PAS telah menyertai majlis itu 'demi 
> rakyat'
> Palestin.  Daripada Presiden,  Timbalan Presiden,  ketiga-tiga Naib
> Presiden,  Setiausaha Agung hatta Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat
> menyertai majlis ini.
> 
> Apa yang difahami oleh PAS berdasarkan penerangan awal yang diberikan 
> oleh
> pihak penganjur,  kedua-dua pihak akan menyiapkan teks ucapan 
> masing-masing
> dan akan bercakap berdasarkan teks tersebut.  Atas dasar itulah tidak
> berbangkit sangat siapa berucap kemudian.  Ini bukan debat politik 
> tetapi
> Syarahan Perdana untuk Palestin.
> 
> Ini kerana,  jika berdasarkan teks yang tersedia,  tidak berbangkit 
> pihak
> yang berucap kemudian mempunyai lebih peluang untuk membuat 'political
> score'  berdasarkan dia mempunyai hak untuk memukul pemberi ucapan yang
> terdahulu.
> 
> Kerana kejujurannya, PAS telah membuat kajian yang mendalam terhadap 
> masalah
> yang dihadapi oleh rakyat Palestin.  Dan atas dasar itulah,  Ustaz 
> Fadzil
> telah memberikan ucapan tentang rentetan sejarah Palestin,  peranan
> negara-negara ARab dan seumpamanya.
> 
> Tetapi,  Dr Mahathir adalah Dr Mahathir.  Beliau sedikitpun tidak 
> lepaskan
> sebarang peluang untuk memperlekehkan musuhnya hatta ketika 'ceasefire'
> diumumkan.
> 
> Jadi,  kalau dilihat dari persepektif ini,  PAS kalah dalam syarahan 
> ini.
> 
> Tetapi,  kalau dilihat dari segi siapa yang lebih besar sumbangannya 
> dalam
> memperkayakan idea,  latar belakang dan saranan untuk kepentingan 
> rakyat
> Palestin,  kita yakin PAS yang berjaya.
> 
> Antara saranan PAS adalah mengembangkan OIC kepada pakatan ketenteraan 
> untuk
> mempertahankan diri,  menjadikan Kesatuan Eropah (EU) sebagai rakan 
> baru
> dalam perbincangan menggantikan Amerika Syarikat,  menyarankan dunia 
> luar
> agar menjadi Islam sebagai rakan dalam pembinaan tamadun serta menggesa
> Amerika agar keluar dari dasar-dasar luar yang sarat dengan kebencian 
> itu.
> 
> Setelah majlis ini selesai,  jika adalah sekelumit agenda di kalangan
> penganjur majlis untuk merapatkan hubungan antara  Umno dan PAS dalam 
> rumpun
> Melayu melalui majlis ini,  Dr Mahathirlah orang telah menggagalkan 
> hasrat
> itu.
> 
> Jika dikatakan,  Dr Mahathir seorang pensyarah yang baik berbanding 
> dengan
> Ustaz Fadzil,  ia silap sama sekali.  Tontonlah VCD sidang Parlimen 
> yang
> sedang hangat diperkatakan sekarang.
> 
> Yang silap adalah PAS terlalu prihatin dan jujur dengan Palestin tanpa
> berfikir di sana ada orang yang akan mengambil kesempatan apa sahaja 
> untuk
> dijadikan 'political milege'nya hatta 'menculik' kepentingan rakyat
> Palestin.
> 
> Komentar: ZULKIFLI SULONG
> [Penulis adalah Ketua Pengarang Harakah]
> Dapatkan naskah akhbar 'Syarahan Perdana' yang sedang berada dipasaran
> sekarang. 
> 
> 
>   _____  
> 
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> 
>   _____  
> 
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Shopping <http://rd.yahoo.com/welcome/*http://shopping.yahoo.com> -
> Mother's Day is May 12th!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke