*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.r.t
waw......hebat sungguh kaedah yang digunakan bagi memberi gambaran tentang
alam kubur tu....Alhamdulillah sungguh terharu bila mengenangkan usahax2
manusia nie.........really i never think to that extent......
Cuma satu saja nak comment.............kisah apa yg berlaku terhadap
pengunjungx2 tu semasa berada disitu tidak lah menarik perhatian saya sangat
cuma saya nak tahu satu saja............ada buat pemantauan tak terhadap
pengunjungx2 tersebut...........selepas melalui rehearsal alam kubur
tu.........masud saya kesan nya didalam menghadapi/menjalani sisax2
kehidupan yg berbaki tu........sebelum masuk ke alam kubur yg
sebenarnya..........

Wallahualam

> -----Original Message-----
> From: Kusaini Sharif [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Monday, August 20, 2001 1:58 PM
> To:   '[EMAIL PROTECTED]'
> Cc:   '[EMAIL PROTECTED]'
> Subject:      H-Net* Selamat Datang Ke Alam Barzakh
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sumber : Mingguan Perdana
> 
> Subject: Pengajaran dari Pengalaman
> Date: Mon, 20 Aug 2001 10:16:17 +0800
> From: "Mr.R" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> 
> Rawang: "Selamat Datang Ke Alam Barzakh" begitulah kata-kata aluan yang
> tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan milik Rufaqa'
> Corporation di Bandar Country Homes, disini. Setakat ini telah lebih 600
> orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman berada
> didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di
> satu ruang dalam bangunan itu.
> 
> Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh
> replika mayat terbaring kaku ditepinya, ditutupi dengan kain batik
> panjang. Semasa berada dalam liang lahad buatan itu, para pengunjung
> akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran, derapan
> kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri setelah
> dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan.
> 
> Detik paling mendebarkan apabila datang Malikat munkar Nakir yang
> bertanya beberapa soalan berkaitan Iman. Suara Malaikat itu sebenarnya
> adalah suara penyannyi Sheqal, antara individu yang paling awal memasuki
> liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka dua bulan lalu.
> 
> Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad salim Abdullah, 50, menceritakan,
> dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam
> kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas. "Saya
> nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya. Saya terasa
> betul-betul sudah mati.." katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai
> Jelok, Kajang.Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila
> petugas pusat tarbiah itu memberitahu, mereka tidak memasukkan asap ke
> dalam kubur buatan itu sebagaimana yang dikatakannya.
> 
> Sementara itu, seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad
> Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas
> perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal
> dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh
> rakan-rakannya. "Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas
> saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangakt,"
> katanya.
> 
> Dalam pada itu, wartawan, wartawan kita (Mingguan Perdana) Siti Zarinah
> Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik. "Saya
> berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi
> meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur, Saya terasa seperti
> hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya terasa begitu
> takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya, siapa Nabi
> saya dan macam-macam lagi. Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15
> minit itu, walaupun tak lama tapi cukup bermakna." katanya
> 
> Penyelia Alam Barzakh itu Ustazah Asmah Musa, 26, idea melaksanakan Alam
> barzakh diambil daripada kosep rumah hantu yang dibuat di Fun Fair.
> Tetapi rumah hantu lebih kepada menakut-nakutkan orang tanpa memberi
> manfaat kepada mereka. "Justeru itu saya memikirkan satu kaedah
> berbentuk motivasi yang dapt memberi faedah kepada orang ramai,"
> katanya.
> 
> Dengan niat kerana Allah untuk memberi keinsafan kepada orang ramai maka
> Ustazah Asmah membuat sebuah kotak kecil ibarakan sebagai kubur dengan
> tayangan video tentang kematian. Baginya cara motivasi melalui perasaan
> dan roh lebih berkesan berbanding motivasi fizikal seperti yang biasa
> dijalankan. "Mereka yang mengalamainya akan berasa takut dengan Tuhan
> dan bukan dengan manusia," katanya lagi.
> 
> Dengan megunakan sistem teknologi canggih menggunakan sistem audio dan
> video menjadikan Alam Barzakh rekaan ini menjadi lebih berkesan. Tambah
> Ustazah Asmah suara dari video itu adalah suara penyanyi Sheqal yang
> telah melalui proses campuran di studio. Manakala tayangan video adalah
> tayangan sebenar diambil daripada kematian salah seorang staf di
> Rufaqa'.
> 
> "Semua ini dilakukan untuk memberi kesan mendalam kepada pengunjung,"
> katanya.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Kusaini Sharif <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ir. Hj. Khasbullah A. Kadir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke