*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,

(Sempena kemerdekaan)

Saya perhatikan, rata-rata rakyat negara ini tidak
tahu menghormati hak(rights) satu sama lain. Baik
dijalan raya mahupun dimana-mana saja. Hak seseorang 
selalu dicerobohi. Hak laluan(rights of way)
dijalanraya selalu dirampas oleh kenderaan yang ganas.

Di Amerika undang-undang lalulintasnya berasaskan Hak
Laluan(Rights of way) dimana kenderaan yang mempunyai
hak untuk lalu akan melalui dahulu dan kenderaan yang
sebaliknya akan menyusuli kemudian. Penduduk mereka
amat menghormati hak sehingga suatu sistem dinamakan
4-Way Stop berjaya diujudkan. Sistem 4-Way Stop ialah
sistem dimana pada simpang empat setiap kenderaan
wajib berhenti full-stop dan siapa full-stop terdahulu
mendapat hak untuk bergerak dahulu. Dengan sistem ini,
tiada lampu isyarat diperlukan. 

Negara ini haruslah mempelopori sistem menghormati hak
ini. Juruslah kepada pemupukan sistem menghormati hak
satu sama lain demi keharmonian hidup dinegara
caca-marba ini.Terapkannya dalam sistem pendidikan
Negara. 

Al Quraan banyak menyebut pasal hak..(....Dan berilah
hak-hak mereka...). Inilah beberapa contoh hak :

1.  Hak laluan dijalan raya
2.  Hak rakyat untuk memajukan negaranya mengikut
citarasanya dan bukan citarasa pentadbir yang dilantik
olehnya.
3.  Hak untuk hidup.
4.  Hak untuk hidup selesa,aman, sentosa.
5.  Hak untuk hidup bebas berfikir untuk memajukan
muka bumi ini sebagai khalifah.
6.  Hak untuk mendapatkan yang terbaik dari wang cukai
dibayar olehnya.
7.  Hak untuk mendapat perlindungan saksama dari
polis.
8.  Hak untuk mendapat pengadilan.
9.  Hak untuk memilih siapa untuk mentadbir negara.
10. Hak untuk mengodit pentadbiran negara
11. Hak rakyat untuk dilindungi perlembagaan dari
tindak-tanduk penguasa(kerajaan).
10. Hak keistimewaan orang Melayu
12. Hak raja-raja memayungi orang melayu.
13. Hak untuk menghukum setiap pesalah, baik yang
berpangkat mahupun marhain, termasuk pemerintah
sendiri.
14. Dan seterusnya.

Dan disebalik setiap hak itu, ada tanggung-jawabnya
dan orang yang bertanggung-jawab memenuhinya. Cuba
renungkan.

Wassalam..

IMMI



=====
Wassalam.

IMMI

DAN INGATLAH SENTIASA : "APABILA ORG FASIK MEMBAWA BERITA 
SEMAKLAH...(ALQURAAN)"..ANGGAPLAH SEMUA BERITA DALAM INTERNET DIBAWA ORG FASIQ...MAKA 
JANGAN TERIMA BULAT-BULAT!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke