Re: H-Net* Re: Program Umrah dan Ziarah - Skim piramid umrah diserbu (jawapan)

2000-10-11 Terurut Topik datuksri

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Terima Kasih atas jawaban En Azli. Saya memohon maaf
kerana lambat menjawab. Ini kerana saya sedikit sebok
dan di sini saya perturunkan sedikit ulasan mengenai
program ini.

-   Program Izzah ini dikendalikan oleh sebuah
syarikat iaitu Didik Insan Sdn Bhd yang beroperasi
sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang berlesen
di bawah KPDNHEP.

Jawapan: . berlesen - Untuk Pengetahuan En Azli,
genting, sport toto dan magnum semuanya berlesen dan
di luluskan oleh Kerajaan. Setiap Plan Baru yang
hendak di buat oleh syarikat-syarikat ini semua
memerlukan kelulusan kerajaan. Oleh itu berlesen belum
tentu halal.

-   Syarikat ini pula dipengerusikan oleh seorang
bekas pengajar di Akademi Islam Universiti Malaya dan
seorang penceramah yang aktif yang pernah ke-udara
menberusi rancangan AL-Kulliyyah dan radio serta aktif

berceramah di masjid-masjid dan surau-surau iaitu
Ustaz Hamzah Jaaffar. Penulis juga sememangnya telah
lama mengenali Ustaz tersebut yang merupakan senior
penulis di sekolah dan merupakan seorang yang 'wara'
semasa di bangku sekolah lagi. 

jawapan: Amat malang sekali. Seorang ustaz yang
berkaliber melibatkan diri dalam program seperti ini.
Saya percaya Ustaz Hamzah Jaafar seorang yang wara'
tetapi sayang dia tidak 'alim didalam perkara ini.
Kalau dia tahu apa yang sebenarnya sudah pasti dia
berhenti menjadi pengerusi sekarang juga. Pada
kebiasaanya seorang pengerusi hanyalah di lantik dan
tidak mengendalikan perjalanan syarikat.

-   Antara matlamat utama syarikat ini ditubuhkan
adalah untuk membantu seramai mungkin Umat Islam
Malaysia mengerjakan Ibadah Umrah dan Ziarah 
dan mengunjungi Baitullah untuk melihat sendiri
kebesaran Allah dan menambahkan keimanan terhadap
Allah swt. 

Jawapan : Tujuan program ini sangat baik. Cuba tukar
destinasinya ke tempat lain, contohnya ke Beijing,
China.Adakah masih berbunyi Islam?. Sekiranya Produk
ini suatu yang betul, kemana tujuan pun masih
berbentuk Islam. Dengan kata lain, di dalam Islam
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

- Program ini dijalankan menerusi konsep jualan
dan belian amal dan pelan takaful Ummah.
kedalam Tabung Umrah kesemua ahli-ahli yang mebuat
belian amal sebanyak RM880.00 tersebut di mana pelan
tabung umrah ini dikenali sebagai Pelan Takaful Ummah
yang konsepnya adalah sama dengan konsep takaful yang
dijalankan oleh syarikat-syarikat yang menawarkan skim
takaful yang 
lain.

Jawapan : Saya sangat sedih saudara mengatakan pelan
ini sebagai pelan takaful ummah. Sedikit sebayak  ini
telah mencemarkan nama takaful.Takaful merupakan salah
satu cabang dalam muamalat Islam. Untuk Pengetahuan
saudara, Saya seorang wakil Takaful dan saya boleh
menerangkan apa itu konsep takaful. Walau bagaimanapun
saudara boleh membaca apa yang di katakan 'TAKAFUL' di
www.mii.org dan pilih ruangan takaful dan program
IZZAH tidak ada kena mengena dengan konsep takaful.
Jauh panggang dari api.

-   Jika kita lihat logiknya samalah seperti kita
menyertai skim takaful -misalnya- kita membayar
sebanyak RM500.00 setahun untuk caruman takaful dan
apabila menninggal atau ditimpa musibah seperti yang
tercatit dalam polisi takaful tersebut waris akan
menerima sebanyak RM100,000.00. Dari mana datangnya
duit yang selebihnya? Tentulah daripada tabungan
pencarum-pencarum yang lain dan keuntungan syarikat
atas pelaburan 
daripada dana yang dikumpulkan.

Jawapan: Adakah saudara menganggap pergi umrah itu
satu musibah?

-habbatus-sauda' juga telah terbukti sebagai
makanan tambahan yang amat berkhasiat dan disebut di
dalam hadis nabi saw sebagai penyembuh segala penyakit
kecuali maut.

Jawapan : Memang benar hadis ini sahih Bhukari. Kalau
mengikut terjemahan hadis ini, TAK PAYAHLAH PERGI
HOSPITAL.Sakit apa sahajapun makanlah jintan hitam.
Hadis ini hanya di gunakan oleh penjual
habbatus-sauda' sahaja dan telah di exploitkan oleh
peniaga habbatus-sauda' sahaja. Di dalam tafsir Al
Azhar karangan Prof, Dr Hamka ada di beri penerangan
mengenai hadis ini. Saya tidak mahu menurunkan di
sini, bacalah Tafsir Al Azhar niscaya berjumpa.

- Peserta dapat menunaikan Ibadah Umrah  Ziarah
menerusi tiga cara :

1.Peserta yang tidak berkemampuan untuk menaja atau
tidak aktif, akan dibantu oleh Pasukan Pengurus Jualan
DISB / Leader ( up-line ). Bantuan ini hanya khusus
untuk peserta yang membuat bayaran RM 880 sahaja atau
yang telah cukup 440 NM.

2.Agihan Keuntungan Jualan Syarikat DISB.

3.Keaktifan dan inisiatif ahli dalam penajaan atau
memperkenalkan program ini kepada umat Islam yang
lain.

Jawapan dan ulasan : setelah meneliti laman web 

Re: H-Net* Re: Program Umrah dan Ziarah - Skim piramid umrah diserbu (jawapan)

2000-10-10 Terurut Topik datuksri