[Islah-Net] Re: MESSAGE PENTING

2007-11-18 Terurut Topik A A
 ASSALAMUALAIKUM/SELAMAT SEJAHTERA

Ma'af menganggu, tapi saya rasa bertanggungjawab memberitahu kepada semua.

 

KAD MEDIKAL TAKAFUL

KAD ini amat penting dan harus dimiliki semua orang. Dengan RM 100 sebulan anda 
boleh dan mampu mendapat RAWATAN TERBAIK dan SEGERA.

Tunjukkan KAD anda untuk mendapat Rawatan Dalam Wad di Hospital-Hospital swasta 
seluruh Malaysia. Urusan tuntutan dibuat sendiri oleh hospital berkenaan.

Jika anda memilih untuk dirawat di Hospital-Hospital kerajaan anda perlu 
membayar dahulu dan seterusnya membuat tuntutan ke Syarikat.

MENGAPA KAD INI PERLU DIMILIKI

1. Setelah BERSARA nanti tiada lagi MAJIKAN untuk membiayai segala kos Rawatan 
dan Pembedahan anda dan ahli keluarga semua. Tapi pada usia lanjut inilah badan 
mula sakit-sakit dan gangguan dari berbagai masaalah kesihatan lagi.

2. Jangan tunggu hampir nak bersara baru nak memohon mendapatkan KAD ini. Masa 
itu anda mungkin  sudah tak layak memohonnya atau kosnya sudah terlalu tinggi.

3. Jika sekarang pun anda tiada MAJIKAN, maka bertambahlah keperluan anda untuk 
memiliki KAD ini sekarang juga.

4. Anda TIDAK BERJIMAT walau pun anda tidak mahu memilikinya sekarang. Sebaik 
sahaja sakit serious(mungkin  memerlukan pembedahan) menjenguk anda maka 
TERPAKSA lah anda mengusahakan pembiayaannya untuk berubat. Tapi pada masa itu 
kosnya bukan lagi RM 100 sebulan, tapi mungkin RM 30,000, RM 50,000 dan 
sebagainya.

5. Perkhidmatan Hospital Kerajaan biasanya lambat disebabkan terlalu ramai 
pesakit yang perlu dirawat. Kelewatan mendapat rawatan boleh menyebabkan 
penyakit menjadi lebih mudharat dan lebit rumit mengubatinya.

BERAPA KOSNYA

Umur 1 hingga 45 tahun RM 100 sebulan
Umur 46 hingga 50 tahunRM 110 hingga RM120 s.b
Umur 51 hingga  59 tahun  RM 130 hingga RM 220 s.b

Contoh Perlindungan yang disediakan :

Dengan caruman RM 100 sebulan bagi yang berumur 1 tahun hingga 26 tahun :

1. Perlindungan Asas  RM 50,000
2. Perlindungan Penyakit Kritikal  RM 15,00(36penyakit)
3. Perlindungan Kemalangan Diri  RM 20,000
4. Bayaran Balik Kos Rawatan
Akibat Kemalangan RM 2,000
5. Kos Rawatan dan Pembedahan  RM 50,000 setahun
 RM 150,000(s.hayat)
6. Manfaat Hospital RM 100 sehari

Nota : 

a. Caruman berdasarkan pada umur, pekerjaan, jumlah   perlindungan dan jenis 
perlindungan.

b. Polisi ini mempunyai ' Nilai Serahan Tunai '. Ini bermakna anda akan 
memperolehi sejumlah bayaran balik bila polisi diserah kembali.

Hubungi saya untuk temujanji/keterangan lanjut.


Wassalam.


Hj Ali
Email : [EMAIL PROTECTED]




 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Islah-Net] Semantik Manja bersama Adik dan Ahli Usrah

2007-11-18 Terurut Topik Fazrul Ismail
*Sumber: http://st-gallery.com*

Sesekali apabila kita memerhatikan kepada tingkah seorang anak, kita akan
menjadi amat penyayang dan ingin merapatinya dengan bersungguh-sungguh. Kita
akan cuba melayan karenahnya - walaupun kekadang ia tidak bertepatan dengan
apa yang sepatutnya dilakukan - kerana kita mengganggapnya dia tidak tahu.
Kita melayan kehendaknya, diberi kasih sayang yang melebihi had yang
ditetapkan. Maka inilah yang dinamakan manja.

Sesuaikah manja? Kita tidak perlu mendengar perkataan orang lain yang
menyatakan 'awak manjakan adik awak sangat', tetapi kita perlu mengkaji
semantik atau makna perkataan manja agar ia tidak terjelma dalam hidup kita
sebagai sebagai sesuatu yang negatif.

Adakah manja itu negatif?

*Sebahagian menyatakan positif*

Kalau ia positif - dikaitkan dengan kasih sayang secukupnya yang dicurahkan
kepada adik dan anak usrah, ia bukanlah memanjakan tetapi diistilahkan
memberi kasih sayang. Jika seorang ibu merentap tangan anaknya kerana
khuatir terjatuh dalam gaung yang besar, ia tidak dinamakan menyakiti atau
menzalim. Itu manifestasi kasih sayangnya pada si anak. Yang digelar manja
ialah apabila si ibu membiarkan si anak bermain kerana ia menangis ingin
bermain di tepi gaung - padahal si anak tidak tahu bahaya gaung tersebut. Si
ayah atau ibu yang tahu bahaya dan had dalam kehidupan untuk diajar pada si
anak.

*Manja dielakkan... Bagaimana?*

Sudah pasti ia memerlukan kepada ilmu yang mantap dan kesungguhan untuk
menjaga had yang dibenarkan. Ia bukan pilihan tetapi kewajipan. Sebagaimana
si ibu yang merentap tangan si anaknya, seseorang pendidik perlu mengehadkan
'peluang' dan 'masa' yang perlu diberikan kepada seseorang untuk 'belajar'
tentang kehidupan. Jika selepas beberapa sela masa, seseorang tidak
mengambil pengajaran atau diberi peluang untuk belajar, ia akan menyababkan
seseorang itu dimanjakan.

*Sejauh mana 'masa' perlu diberikan kepada seseorang untuk berubah?*

Pasti berbeza masa yang diberikan kepada si anak bayi berbanding individu
yang sudah berumur. SI anak bayi boleh diberi ruang untuk membuang air dalam
seluar sehingga 1 tahun atau 2 tahun. Paling hebat mungkin sekitar 3 atau 4
tahun. Masa ini perlu merujuk kepada sumber ilmu yang menyatakan kebiasaan
si anak untuk buang air sendiri di tandas. Ada ibu bapa yang tidak
memanjakan anak sehingga si anak mampu buang air seawal 3 atau 4 tahun!
Bagaimana caranya? Si ibu atau bapa akan menyiapkan kaedah hingga si anak
akan merasakan amat penting untuk membuang air dalam tandas. Ini dapat
menjimatkan *pampers* yang dipakai.

Manakala bagi seorang dewasa yang sihat, berapakah masa yang perlu
diberikan? 0! Jika tidak, ia perlu diajar dengan tegas agar ia tidak menjadi
amalannya. Ini perkara yang mudah dan senang diikuti logiknya.

*Dalam usrah...dalam keluarga*

Namun dalam usrah atau keluarga,  kita mempunyai banyak perkara yang ingin
disampaikan. Ia perlu berasaskan ilmu dan keutamaan. Kita perlu melihat
manakah yang kritikal kepada si anak atau ahli usrah agar ia akan mampu
mendidik dirinya menjadi orang yang lebih baik dan soleh. Inilah yang
dilaksanakan Rasul. Bagi orang yang mampu dan mempunyai daya keimanan yang
kuat, Rasul tidak memanjakan Kaab b Malik kerana tidak mengikuti perang.
Rasulullah dan sahabat memulaukannya agar beliau mendapat pengajaran. Ini
didikan bagi orang yang kuat.

Bagi orang yang munafik, Rasul tidak melayan pun. Hanya diangguk apa sahaja
alasan yang diberi untuk tidak hadir ke medan perang kerana bagi orang
begini, memberi perhatian agak membazir masa. Paling kurang,  bahaya mereka
tidak mengena kepada orang Islam dan usaha menyekat bahaya mereka
dilaksanakan.

Hasilnya? Orang yang dididik dengan tegas, mereka mampu membezakan kebenaran
dan kebatilan sebagaimana Kaab b Malik lantas akan menjadi ahli syurga
nanti. Bagi orang yang tidak dididik dengan tegas - lantaran
ketidakmampuannya atau lebih disebabkan masalah hati yang ada kepada Allah
,  ia akan menyebabkan mereka terus dalam kebatilan dan akan dihumbankan ke
dalam neraka.

*Bukankah kita perlu merawat hati manusia agar pulih?*

Sememangnya kita perlu merawat. Tetapi sebagaimana golongan munafik yang
jelas ciri penyakit hatinya, seseorang itu perlu mengelak untuk membuang
masa merawat penyakit yang tidak akan sembuh. Penyakit itu tidak akan sembuh
bukan kerana tiada ubat, tetapi si pesakit itu sendiri tidak mahu mengambil
ubatnya. Ia laksana seorang penghidap diabetes yang tidak mahu dipotong
kakinya setelah dinasihatkan doktor. Lantas, jika dia hadir setiap masa
minta disembuhkan diabetes dengan ubat selain potong kaki, itu agak
mustahil. Maka biarkan sehingga dia sanggup untuk menerima rawatan yang
dicadangkan. Pesakit biasanya tidak tahu bagaimana ubatnya. Kalau tahu,
pasti dia akan mengubatnya sendiri - potong kaki sendiri!

*Kita nak anak atau ahli usrah seperti Kaab b Malik?*

Kalau inginkan kualiti anak atau ahli usrah seperti Kaab b Malik, jangan
manjakan  mereka. Jika kita melayan sahaja emosi, malah fizikal, intelek da

[Islah-Net] Pedoman AlQuran 4

2007-11-18 Terurut Topik Dr Omar Yaakob
Mari kita beri sedikit masa untuk merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah..

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan 
siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda 
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah 
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi 
sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; 
demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) 
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) 
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, 
dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. 
(AlBaqarah:164)
 
   
-
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.