[Islah-Net] Najib, mana buktinya? Karip Jempol cabar Perdana Menteri

2011-08-14 Terurut Topik Suara Rakyat
Najib, mana buktinya?
15 Ogos 2011 

Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh mencabar Perdana Menteri memberi statistik 
untuk membuktikan dakwaan beliau.

JEMPOL: Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh hari ini mencabar Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kononnya ramai peneroka memiliki 
kereta sehingga dua buah seorang.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Najib dilaporkan 
berkata: “Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah 
bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah RM1.5 
juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada yang memiliki 
empat buah kereta.”

Membidas kenyataan Najib, Karip yang juga merupakan seorang peneroka dari Felda 
Serting Hilir 5 di sini mencabar Najib memberi statistik untuk membuktikan 
dakwaan beliau.

“Saya mencabar Najib agar memberikan bukti bahawa daripada seramai 112,635 
peneroka dari seluruh negara, berapa ramaikah yang memiliki kereta? Daripada 
jumlah yang memiliki kereta itu berapa ramaikah yang memiliki dua buah kereta 
dan empat buah kereta? “Jika peneroka memiliki kereta sekalipun, tolong 
nyatakan apakah ianya kereta baru atau kereta yang sudah uzur?

Beliau menegaskan, “saya berbesar hati mengajak Perdana Menteri saya untuk 
bersama-sama melawat Gugusan Felda Serting dan Gugusan Felda Palong untuk 
melihat sendiri berapa ramaikah peneroka Felda memiliki kereta. Kereta milik 
anak mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka contohnya tidak 
harus diambil kira,” kata Karip.

Dibelenggu dengan hutang 

Karip kesal kerana gambaran yang diberikan oleh Najib seolah-olah peneroka kini 
mewah sedangkan hakikatnya peneroka masih dibelenggu dengan hutang puluhan ribu 
ringgit kepada Felda.

“Najib turut mendakwa bahawa rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo. 
Banyak itu berapa? Bolehkah Najib memberikan peratusan peneroka memiliki rumah 
bertaraf banglo dan peratusan peneroka yang memiliki dua buah hingga empat buah 
kereta seorang daripada keseluruhan 112,635 peneroka?

“Daripada mengatakan ramai peneroka memiliki dua buah kereta boleh tak Najib 
dan Felda umumkan berapa ramai pula peneroka yang masih tidak mampu memiliki 
kereta dan hanya menggunakan motosikal?,” tanya Karip.

Karip berkata kenyataan manis Najib tersebut mungkin mempengaruhi pengundi di 
kawasan bandar dan luar Felda yang tidak tahu situasi sebenar di Felda tetapi 
bukan di kalangan pengundi yang terdiri daripada peneroka itu sendiri.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/15/najib-mana-buktinya/





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Zakat emas, KWSP, saham yang sering dilupakan

2011-08-14 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Di bulan Ramadhan ini marilah kita sama-sama semak samada kita telah menunaikan 
kewajipan membayar zakat KWSP, wang simpanan, emas, saham, pendapatan dan 
sebagainya. Kalau tak faham cara pengiraannya, tanyalah pegawai zakat atau 
mereka yang arif. Sekarang ni sedang panas pelaburan emas. Pelaburan emas kalau 
lebih 85 gram wajib zakat, kalau emas untuk perhiasan wanita lebih 200 gram 
baru kena zakat.

Sumber : www.zakatns.com.my 

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada 
jalan Allah, maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak 
terperi sakitnya. Pada hari itu emas dan perak (harta benda yang dimilikinya) 
akan dibakar di dalam api neraka lalu diselar ke dahi mereka, rusuk mereka 
serta di belakang mereka (sambil dikata kepada mereka) : "Inilah harta bendamu 
yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu rasakanlah azab yang pedih 
akibat dari apa yang kamu simpan" . (Surah Al-Taubah : Ayat 34-35)

Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1432H adalah RM 
10,670.00

1. ZAKAT WANG SIMPANAN  
Jika jumlah ini menyamai atau melebihi dari nisab tersebut, maka wajiblah 
dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% iaitu (jumlah baki terendah x 2.5%) 

2. ZAKAT SAHAM  
2.5% atas tolakan terendah saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak 
pinjaman membeli saham. 

3. ZAKAT KWSP / INSURANS  
Kaedah Pengiraan :
Zakat KWSP wajib dikeluarkan (sama ada ketika bersara, membeli rumah atau 
sebarang pengeluaran yang dibenarkan) kadarnya ialah 2.5% dari jumlah yang 
dikeluarkan.
Contoh.
Jika pencarum mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM15,000 maka zakatnya ialah 
RM375 (RM15,000 x 2.5% = RM375).

4. ZAKAT EMAS DAN PERAK  
a) Emas Yang Disimpan
Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam 
tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab 
(85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut. 
Contoh Pengiraan : 
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 nilai emas semasa, maka 
zakatnya ialah sebanyak :
RM 4,000 x 2.5% = RM 100

b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau 
berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai 
pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib 
dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu. 
Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 
gram.
Contoh Pengiraan : 
Seorang wanta yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 
300 gram emas maka cara pengiraannya ialah :
= 300 gram (emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)
= 100 gram x harga emas semasa (gram) = A
Jumlah zakat yang dikenakan = A x 2.5%

Nilai semasa emas di http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html 

5. ZAKAT PENDAPATAN  
Ada 2 cara mengira zakat pendapatan :
1) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (kalau pendapatan tersebut tidak 
kurang dari nisab).
2) Atas pendapatan layak dizakat setahun (kalau pendapatan tersebut tidak 
kurang dari nisab). Pendapatan layak dizakat setahun ialah pendapatan dari 
semua sumber setahun tolak perbelanjaan-perbelanjaan untuk perkara-perkara 
asasi setahun.

6. ZAKAT PERNIAGAAN  
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta 
perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, 
pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan 
diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan 
perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis 
syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.






~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://do

[Islah-Net] Re: [NaqibNet Diskusi] Ada Larangan Jelas Dalam Al-Qur`an... Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang? [1 Attachment]

2011-08-14 Terurut Topik ahmad khairy ahmad domil










[Attachment(s) from ahmad khairy ahmad domil included below]






Assalamu`alaikumwaRahmatULLAHIwaBarakatuh...
 
AKAD pernah suarakan perkara ini sekitar tahun 2009 keeer..., 2010 keeer...
 
AKAD AIJAdRS
 

 
 
17 Surah Al-Isra’ / Surah Bani Israel;  Ayat:110
 
Maksud ayat: Say; “Call upon ALLAH, or Call upon Ar-Rahman; By whatever name ye call Upon HIM, (it is well): For to HIM belongs TheMost Beautiful Names. Neither speak thy prayer aloud, nor speak it in a low tone, but seek a middle course in between.”
 
Huraian ayat berikut: Neither speak thy prayer aloud, nor speak it in a low tone, but seek a middle course in between
 
All prayers should be pronounced with earnestness and humility, whether it is congregational prayer or the private outpouringof one’s own soul. Such an attitude is not consistent with an over-loud pronounciation of the words, though in public the standard permissible loudness is naturally higher than in the case of private prayer. In public prayer, of course, the Azan or call to prayer will be in a loud voice to be heard near and far, but the chants from the sacred book should be neither so loud as to attract the hostile notice of those who do not believe, not so low in one as not to be heard by the whole congregation.  
 
 
Dipetik dari; THE HOLY QUR-AN: English Translation of the meanings and Commentary; Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah.  Revised and edited by; The Presidency of ISLAMIC Researches, IFTA, CALL and Guidance, Saudi Arabia…
 
 
Di Malaysia hari ini, ajk Musolla dan Masjid langgar larangan ALLAH dalam Surah dan ayat ini, dengan memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur-an dengan kuat di sekeliling masjid / musolla hingga golongan kafir marah sebab terganggu…Dan mereka marahkan Azan, salahkan Azan...!  Sebab itu ALLAH larang buat yang sedemikian… Bila si kafir marah…, Azan yang takde persoalan pun tebbabit kena “bancuh- sama; lebih teruk, ALLAH dipersalahkan…. 
 
Ada laaa hikmahnya apa sebab ALLAH larang perkara itu… Yang segelintir besar orang Melayu menjadi ajk musolla / masjid, pergi pelantak pasang CD/kaset Al-Qur-an kuat-kuat di pembesar suara hingga satu negeri boleh dengari…, apa hal?? Memandangkan perbuatan ini melanggar perintah ALLAH dalam Al-Qur-an, siapa yang tak bertaubat dan meninggalkannya…, bukan ke menimbunkan dosa mananya tu...??!
 
Melaungkan Azan dengan lantang untuk memanggil orang muslim supaya solat berjamaah, ini syariat ISLAM dan si kafir takde masalah, InsyaALLAH. Perdengarkan satu negeri bacaan AlQur-an, ini bukan syariat ISLAM, malah ALLAH larang melalui lisan Al Qur-an itu sendiri.  
 
 
 
 
 
 
Apa ada salah kalau pasang untuk diperdengarkan dalam masjid/musolla sahaja?? Itu pun tak boleh kuat hingga ia keluar daripada ruang solat masjid/musolla.  Sesiapa yang berkenaan, kena bertaubat dan hentikan perbuatan ini segera. Si kafir tak akan hormati ISLAM sebab Muslim tak patuh kepada perintah ALLAH dalam Al Qur-an.  Kongsikan dengan ummah…
 
 
 
*** Sila tambah-baik pemberitahuan ini dengan merujuk tafsir terjemahan Melayu. JazakumULLAHU Khairan Katheeera wa Jannatul Firdaus wa Kholidi nafiiiha Abada...
 
===





From: ab rahim abdul hamid To: u hartford ; naqibnet-disk...@yahoogroups.com; bekam Cc: silaturrahim Sent: Saturday, August 13, 2011 7:27 PMSubject: [NaqibNet Diskusi] Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?





















Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?


Dr Mohd Asri Zainul AbidinOgos 13, 116:06pm
 


Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam
 ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa

[Islah-Net] Apabila ketua adat tidak faham Adat Perpatih, rosak jadinya

2011-08-14 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Yang merosakkan Adat Perpatih ini ialah apabila pembesar-pembesar adat dan 
pihak berkuasa tidak faham mengenai Adat Perpatih. Pihak berkuasa, terutamanya 
kerajaan Negeri Sembilan, sekiranya ingin memartabatkan Adat Perpatih hendaklah 
memastikan pembesar-pembesar adat dan pengamal-pengamal adat faham Adat 
Perpatih ini, bukan ikut-ikutan semata-mata. Perlu ada bajet dan peruntukan 
kewangannya, perlu ada organisasinya yang tersusun, perlu ada sumber 
penerangannya, perlu laman webnya dan sebagainya.

Jangan dijadikan Adat Perpatih ini sebagai muzium dan pertunjukkan kebudayaan, 
cak lempong dan bongai semata-mata.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Dibawah ini artikel dari Blog Nagari Nan Tuo :

Sabtu yang lalu (13hb Ogos 2011) saya telah menghadiri tazkirah adat di 
Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. Kehadiran tidak begitu ramai tetapi banyak 
perkara baru dan isu-isu yang timbul mengenai adat. 

Tazkirah bertajuk "Kepimpinan Pemimpin Adat" disampaikan oleh Prof Dato' Paduka 
Dr Mohd Rosli Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan UPSI di mana beberapa isu 
yang diperbincangkan seperti tanah, kerjan dan berkodin.

Isu tanah adat merupakan salah satu isu yang paling sensasi dan terhangat di 
Kuala Pilah ketika ini. Untuk pengetahuan semua, tanah-tanah adat telah diambil 
bagi projek melebarkan jalan dari Ulu Bendul - Tanjong Ipoh. 

Saya difahamkan bahawa terdapat beberapa pampasan yang telah diambilalih 
pengurusannya oleh Amanah Raya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, 
perkara ini berlaku apabila penama-penama tanah tidak membuat pindah milik nama 
terhadap tanah tersebut. Perkara ini menjadi lebih rumit apabila penama telah 
meninggal dunia. 

Di samping itu pula, Dato'-Dato' Lembaga tidak dipanggil di dalam mesyuarat di 
antara penama (pemilik tanah), pejabat daerah dan kontraktor menyebabkan 
perkara ini bertambah kelam kabut. 

Sepatutnya, pembesar-pembesar adat dipanggil di dalam sebarang urusan tanah 
adat kerana khidmat nasihat dan tandatangan mereka diperlukan. Di samping itu, 
mereka boleh memberi nasihat kepada anak-anak buah mengenai duit pampasan yang 
diperolehi. Bagaimana pembahagiannya dan apa jua sebarang masalah yang timbul.

HARUS DIINGAT, APABILA SEKIRANYA TANAH ADAT TELAH BERTUKAR BENTUK KEPADA DUIT 
(DIJUAL ATAU PENGAMBILAN SEMULA), DUIT TERSEBUT HARUS DIBAHAGIKAN MENGIKUT 
FARAID. 

Perkara ini tidak ramai yang mengetahuinya dan kebiasaannya, penama tanah 
tersebut akan ambil kesemua duit tersebut. Malah terdapat di kalangan 
Dato'-Dato' Lembaga tidak mengetahuinya.

Isu yang paling hangat di dalam perbincangan ialah isu anak angkat mendapat 2/3 
bahagian tanah adat manakala individu yang berhak tidak mendapat sebarang 
bahagian. 

Artikel penuh di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2011/08/kenangan.html 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

2011-08-14 Terurut Topik Suara Rakyat
Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air 
naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua 
naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan 
juga hujan. 

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di 
https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510
 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Masalah air tiada kesudahan di Bandar Diraja N.Sembilan

2011-08-14 Terurut Topik Suara Rakyat
Aduan Rakyat , 13 Ogos 2011 - Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan : 
Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan 
seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan 
menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga 
terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah 
berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang 
jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air 
kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa 
kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said 
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan 

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html 

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html 

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan 
berikut 
http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/