[Islah-Net] Disebalik sekatan, ‘Himpunan 505’ Kedah diteruskan 21/5, tukar lokasi

2013-05-20 Terurut Topik Azali
[ipjps] Disebalik sekatan, `Himpunan 505' Kedah diteruskan,
tukar lokasi   Monday, May 20, 2013 6:56 PM
From:  azali rahman a...@mail.com View
contact details
http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTBtcDcxYXVrBF9TAzM5ODMwMTAyNwRhYwN2aW\
V3QUI-/SIG=1q0ugjj1r/EXP=1370257117/**http%3A//address.mail.yahoo.com/ya\
b%3Fv=YM%26A=t%26simp=1%26em=ar60%2540mail.com%26fn=azali%2Brahman%26.do\
ne=http%253A%252F%252Fus.mc1404.mail.yahoo.com%252Fmc%252FshowMessage%25\
3FsMid%253D0%2526filterBy%253D%2526.rand%253D646992585%2526midIndex%253D\
0%2526mid%253D2_0_0_1_235817_AFXrHkgAAA0AUZoBkQAAAFyJFx0%2526f%253D1%252\
6fromId%253D%2526m%253D2_0_0_1_235817_AFXrHkgAAA0AUZoBkQAAAFyJFx0%25252C\
2_0_0_1_234446_AB53k0UAAAsqUZnyFQAAALSmOZM%25252C2_0_0_1_232878_AEF3k0UA\
AASkUZntkHfcQ44%25252C2_0_0_1_231586_AP3uHkgAAOtLUZnr%25252FQsyEQf1v\
cM%25252C2_0_0_1_230263_AP3uHkgAAQsfUZnMXg44djfSVF8%25252C2_0_0_1_22250_\
AEB3k0UAAAtKUZis8QAAAO9bgzU%25252C%2526sort%253Ddate%2526order%253Ddown%\
2526startMid%253D0%2526hash%253Dc62d4dcc02f94cccbf4b68870c00480b%2526.js\
rand%253D5630120%2526acrumb%253D.8tHxVxNLBg%2526enc%253Dauto
To:   Ipjps ip...@yahoogroups.com

RAKYATMARHAEN

Isnin, 20 Mei 2013 Disebalik sekatan, `Himpunan 505' Kedah
diteruskan, tukar lokasi
Mukhriz telah menolak permohonan PR untuk menggunakan Stadium Suka
Menanti. - Gambar failKUALA  LUMPUR, 20 Mei – Walaupun permohonan
Pakatan Rakyat (PR) untuk  menggunakan Stadium Suka Menanti ditolak
pentadbiran Menteri Besar Datuk  Mukhriz Mahathir, Himpunan 505 yang
dijadualkan pada 21 Mei ini akan  tetap diteruskan di Kompleks PAS
Kedah.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk  Mahfuz Omar berkata, selain kesal dengan
pentadbiran Mukhriz, himpunan  yang turut membariskan kepimpinan
tertinggi PR itu tetap dijangka akan  menarik kehadiran lebih 50,000
penyokong PR walaupun lokasinya berpindah  di saat-saat akhir.
Kita tukar lokasi ke Kompleks PAS Batu 9, Kota  Sarang Semut. Kita
tidak perlukan permit kerana itu adalah premis kami,  katanya
kepada The Malaysian Insider hari ini.

Antara  kepimpinan PR yang dijangka hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk
Seri  Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha
Agung DAP,  Lim Guan Eng, dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sebagai  menteri besar muda, Mukhriz diharapkan untuk menyaingi
Menteri Belia dan  Sukan Khairy Jamaluddin kerana mengatakan kementerian
itu bukan  kementerian BN (Barisan Nasional), tetapi untuk semua.
Namun saya  kecewa kerana beliau orang muda yang tidak dapat
menjiwai hak orang muda  untuk melaksanakan demokrasi terbuka, bebas,
dan memberikan hak kepada  semua, katanya.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut menegaskan,  pentadbiran PAS
Kedah sebelum ini tidak pernah memilih bulu dalam  memberikan kebenaran
kepada kerajaan untuk menggunakan premis kerajaan  negeri berkenaan
untuk menganjurkan program mereka walaupun mereka  memaki hamun PAS.
Pentadbiran kita dahulu kita amalkan liberalisasi  demokrasi di
Kedah, Umno dan BN boleh guna (premis kerajaan negeri)  untuk maki PR,
adu domba, politik perkauman, hasutan semua kita benar  ... kenapa kita
hari ini dihalang? soalnya, dan menambah, Mukhriz juga  adalah
orang muda yang terkongkong dengan perasaan ketakutan terhadap 
kesedaran politik rakyat.
Malang bagi anak muda Kedah, tegas Mahfuz lagi.
Mukhriz  telah menolak permohonan pembangkang mengadakan perhimpunan di
Stadium  Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini atas alasan
perhimpunan  seperti itu tidak wajar diadakan.
Walaupun berpendapat mana-mana  pihak boleh mengadakan perhimpunan,
Mukhriz menegaskan pengisian himpuna  berkenaan juga perlu diteliti
sebelum diberikan kebenaran.
Perhimpunan  ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh
negara bertujuan  menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap
kerajaan yang  mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan
Persekutuan  serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
Kalau setakat  nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan
ucapan oleh pemimpin  pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan
dakwaan tidak berasas,  katanya sebelum ini.
Kedah Pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke tangan  pembangkang dan PAS telah
melantik Datuk Seri Azizan Razak untuk  memegang jawatan sebagai menteri
besar Kedah.
Pada Pilihan Raya 2013,  negeri berkenaan jatuh kembali ke tangan BN,
apabila pakatan kerajaan  berjaya mendapat 21 kerusi, dan pembangkang
hanya mendapat 15 kerusi.  Posted  copy by   Rakyat Marhaen 
http://www.blogger.com/profile/17391957712093366183 at  5/20/2013
06:23:00 PTG
http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/05/disebalik-sekatan-himpunan-505\
-kedah.html
http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=3360827788983641364postID=4\
094556455243994465


Related Link:
http://groups.yahoo.com/group/ipjps
http://groups.yahoo.com/group/ipjps
Post message:
ip...@yahoogroups.com
Subscribe:
ipjps-subscr...@yahoogroups.com
Unsubscribe:
ipjps-unsubscr...@yahoogroups.com




[Islah-Net] TV di Malaysia pemecah belah rumahtangga

2013-05-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Semalam Ahad waktu tengahari tertonton
satu rancangan TV mengenai dunia artis dan hiburan. Rancangan yang
tidak saya minati akan tetapi terkejut saya kali ini dengan
pendedahan yang amat memalukan saya sebagai bangsa Melayu dan umat
Islam di Malaysia ini. 

Saya mohon supaya JAKIM meneliti
kembali rancangan tersebut yang disiarkan pada 19 Mei 2013. Amat
memalukan perbalahan antara anak lelaki dan ibu kandung disiarkan
dalam TV, habis satu Malaysia yang menontonnya. Malu saya kepada
rakan-rakan saya berbangsa Cina, India yang bukan Islam.

Apakah saluran TV tersebut tiada etika
penyiaran langsung, walaupun pada penghujung siaran pengacara TV
mengharapkan perbalahan si anak, kekasih dan ibu akan selesai dengan
baik, apakah ini caranya? 

Harap-harap JAKIM, Menteri berkaitan
memberi teguran kepada saluran TV tersebut, kalau perlu diambil
tindakan yang bersesuaian, yang lebih mementingkan berita sensasi,
memecah belah keharmonian keluarga. 

Masalah sosial di kalangan keluarga
umat Islam ini semakin parah, khutbah Jumaat jarang menyentuhnya, TV
pula tidak ada etika langsung untuk menjaga maruah keluarga Melayu,
Islam. 

[Islah-Net] Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

2013-05-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz
memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah
diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang
bukan dibawah tanggungan kita. 

Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja
untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja
untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan
sebagainya. 

Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN ,
akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang
mampu memang amat membebankan.

Itu kata ustaz tadi dalam kuliah
tasauf. 

[Islah-Net] Pelbagai Program Cuti Sekolah di N.Sembilan, Seronoknya

2013-05-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Untuk makluman ibu bapa serta penjaga juga para pelajar,
terdapat pelbagai program yang menarik untuk anak-anak semua di Negeri Sembilan
sepanjang cuti sekolah ini dengan yuran yang amat-amat berpatutan. Pilih saja
ikut kesesuaian dan minat anak-anak kita. Isikan masa cuti sekolah mereka
dengan aktiviti yang sihat dan bermanafaat.
 
Program-program cuti sekolah ini disediakan oleh pelbagai
pihak yang telah mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program untuk
anak-anak dan para remaja.
 
Setakat ini terdapat 4 program iaitu :
 
3 - 6 Jun 2013 di Sikamat
30 Mei 2013 di Seremban
28 - 30 Mei dan 3 - 5 Jun 2013 di Rembau
27 Mei - 8 Jun 2013 di Senawang
 
Sila hubungi terus urusetia program. Maklumat lanjut dan
promo program tersebut di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/05/pelbagai-program-cuti-sekolah-di.html 

[Islah-Net] Adakah Praktikal Boikot Perniagaan Cina?

2013-05-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Satu kupasan yang cukup bernas dan bersikap rasional serta
terbuka oleh Datuk A Kadir Jasin ; “Lagipun, kita kenalah ikhlas mengakui
bahawa yang memajukan perniagaan orang Cina dan mematikan perniagaan orang
Melayu adalah orang Melayu sendiri, termasuk Melayu yang berkuasa. Sampai hari
ini pun masih banyak orang Melayu yang cemburu dan khianat terhadap orang
Melayu yang berjaya dalam perniagaan.”
 
Tulisan penuh beliau mengenai isu ini di 
http://kadirjasin.blogspot.com/2013/05/adakah-praktikal-boikot-perniagaan-cina.html