[Islah-Net] Wabak denggi dan kes malaria di Seremban

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Info dari Jabatan Kesihatan N.Sembilan
 
Laporan 15 JUN 2013 MINGGU 23
 
Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun
2013 adalah sebanyak 253 kes iaitu 251 kes Demam Denggi dan 2 kes Demam Denggi 
Berdarah. 
 
Terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 29.7% berbanding
tempoh yang sama tahun 2012. Tiada kematian akibat denggi dilaporkan sehingga
minggu ke 23 tahun 2013.
 
LOKALITI WABAK DENGGI
 
Pada minggu ke 23, ada 1 lokaliti wabak baru dilaporkan di
Negeri Sembilan iaitu di Taman Ampangan Seremban yang melibatkan 3 kes. Wabak
yang masih aktif ialah di Bandar Seremban Selatan Fasa 3 yang melibatkan 4 kes.
 
MALARIA
 
Terdapat 1 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 23 di
daerah Seremban. Kes tersebut diklasifikasi sebagai zoonosis iaitu jangkitan
dari spesis Plasmodium knowlesi.
 
PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN
 
Pada 4 Jun 2013, PKD Seremban telah mendapat laporan
kejadian demam dan ruam di PLKN Sri Perkasa Mantin. Hasil siasatan menunjukan
bahawa terdapat 7 orang pelatih (2.3%) yang semuanya lelaki telah hadir dengan
gejala demam dan ruam daripada 308 pelatih. Oleh kerana kluster demam dan ruam
ini melibatkan remaja, pelatih lelaki dan berlaku di institusi, kluster ini
akan diklasifikasikan sebagai kluster disyaki rubella. Tindakan kawalan dan
pencegahan akan dilakukan berdasarkan kluster disyaki rubella. Golongan
berisiko seperti wanita mengandung akan dipastikan pendedahan yang minima
kepada kes-kes dan kontak terdekat.
 
Sumber http://pasns.blogspot.com/2013/06/wabak-denggi-di-seremban-dan-kes.html

[Islah-Net] Tikus makin banyak atau rakyat Malaysia makin pengotor?

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


BASUH DAHULU TIN SEBELUM MINUM
 
Tikus Timbulkan Masalah Serius Dalam Masyarakat
 
Mstar , 1 Jun 2013 - Jumlah tikus di negara ini telah
bertambah dan menjadi masalah serius terhadap bandar-bandar dan kawasan
kediaman dengan peningkatan membimbangkan dalam kes 'leptospirosis' yang
biasanya dikenali sebagai penyakit kencing tikus.
 
Penyakit berjangkit yang merebak melalui air kencing tikus
yang dijangkiti virus ini boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes yang teruk.
 
Bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan mencatatkan
sebanyak 3,665 kes leptospirosis tahun lepas, peningkatan 85.5 peratus daripada
1,976 kes yang direkodkan pada 2010, dengan 69 kematian.
 
Pada tahun 2011, terdapat 2,268 kes dengan 55 kematian.
 
Pengarah bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr
Chong Chee Kheong berkata , Pengesanan awal adalah penting dalam merawat
penyakit yang boleh diubati ini, katanya kepada The Star, Jumaat.
 
Beliau berkata kenaikan mendadak dalam kes ini membawa
kepada keputusan Kerajaan untuk mewajibkan hospital swasta melaporkan kes-kes
penyakit ini.
 
Leptospirosis telah diklasifikasikan sebagai penyakit yang
harus dilaporkan pada 9 Disember 2010, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988.
 
Dr Chong berkata persekitaran yang tidak bersih mungkin
menyumbang kepada peningkatan kes.
 
Beliau menggesa pihak berkuasa dan orang ramai berkerjasama
mewujudkan persekitaran awam yang bersih untuk mengelakkan semakin ramai yang
dijangkiti wabak ini.
 
Kawasan awam mesti sentiasa bersih pada setiap masa.
Parit tidak boleh tersumbat dan sampah hendaklah dilupuskan dengan betul.
 
Pemikiran sivik juga diperlukan daripada masyarakat.
Orang ramai tidak boleh terus mengharapkan pihak berkuasa untuk menjalankan
kerja pembersihan, katanya.
 
Beliau berkata, cara jangkitan paling biasa ialah melalui
makanan dan air dan ia juga boleh merebak melalui luka.
 
Dr Chong berkata, pasar dan pusat penjaja akan menarik
perhatian tikus jika sampah tidak dilupuskan dengan betul.
 
Bagi tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi, beliau berkata
air kencing dan najis tikus akan merebak ke dalam kolam, tasik, dan air terjun
ketika hujan.
 
Beliau juga memberi amaran bahawa minum terus dari minuman
tin juga boleh menyebabkan jangkitan kerana air kencing tikus yang kering
mungkin terdapat di atas tin minuman.
 
Beliau menasihatkan orang ramai supaya membasuh dahulu tin
sebelum minum.
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau terkejut dengan kenaikan
mendadak bilangan tikus di kawasan bandar dan pekan.
 
Abdul Rahman berkata penjaja haram dan pemilik gerai makanan
yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa di tepi jalan menjadi masalah
terbesar dan menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas terhadap
mereka.
 
Beliau berkata walaupun kementerian akan bekerjasama rapat
dengan pihak berkuasa tempatan dalam mewujudkan bandar lebih selesa untuk
didiami, tugas menjaga kebersihan bandar perlu juga melibatkan orang ramai.
 
Kesedaran sivik masih kurang, dengan kebersihan di
kawasan awam masih banyak yang perlu diperbaiki walaupun Malaysia mempunyai
beberapa infrastruktur terbaik.
 
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_beritafile=/2013/6/1/mstar_berita/20130601102738
  

[Islah-Net] Program Angkasawan Negara, adakah sekadar Hiburan?

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


10 Oktober 2013 nanti adalah ulangtahun ke 6 angkasawan
Malaysia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11. Sejak
dari itu tidak ada perkembangan yang memberangsangkan dalam program angkasa
lepas negara terutama di peringkat sekolah dan universiti. Kelab Roket yang
dicadangkan untuk diwujudkan di setiap sekolah pun senyap begitu sahaja.
 
Yang ada hanya sekali-sekala diadakan pertandingan roket
air, dan jarang kedengaran pertandingan merekacipta satelit nano yang
dilancarkan menggunakan belon udara.
 
Bandingkan dengan negara jiran kita Indonesia, pertandingan
roket air ini kacang bagi mereka di peringkat sekolah. Telah lama mereka
menganjurkan pertandingan roket menggunakan bahan api pepejal, yang saban tahun
dipertingkatkan bebanan roket, jarak roket, ketinggian roket serta keupayaan
transmisi data ke stesen bumi. 
 
Apakan daya , kita umpama Pak Kaduk, Menang Sorak, Kampung
Tergadai. 
 
Lomba Roket Digelar di Yogya
23 Juni 2011
 
VIVAnews - Sebanyak 40 tim dari 36 perguruan tinggi negeri
dan swasta di Indonesia akan mengkuti kompetisi muatan roket Indonesia
(komurindo) 2011 di Yogyakarta. Kompetisi ini berlangsung mulai tanggal 25-27
di Pantai Pandansimo, Kabupaten Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY).
 
Menurutnya Komurindo 2011 merupakan kompetisi yang digelar
untuk keempat kalinya yang dimulai pada tahun 2008. Kompetisi kali ini
ditujukan untuk mendapatkan juara hasil rancang bangun muatan roket (payload)
yang mampu kembali atau menuju sasaran yang telah ditentukan, setelah terlepas
dan terpisah dari roket peluncur seri RUM70-100-LPN.
 
Roket ini berbahan bakar propelan padat dan dapat
mencapai tinggi terbang 2 kilometer, katanya.
 
http://us.teknologi.news.viva.co.id/news/read/228712-roket-se-indonesia-bertanding-di-yogya
 
 
ITB Juara Lomba Roket Nasional
Desember 1, 2008
 
YOGYAKARTA–MI: Institut Teknologi Bandung (ITB) berhasil
meraih juara I lomba muatan roket antarperguruan tinggi swasta dan negeri
se-Indonesia yang resmi ditutup oleh Sekretaris Daerah (Sekda) Kabupaten
Bantul, Gendut Sudarto, Senin.
Dalam lomba roket antarperguruan tinggi yang berlangsung di
pantai Pandasimo, Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Minggu (30/11) itu
Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta berhasil meraih juara II dan juara III
Universitas Tarumanegara (Untar) Jakarta.
 
Lomba roket tersebut merupakan kerja sama dari Lapan, UGM,
Pemrintah Kabupaten Bantul dan Akedemi Angkatan Udara. Diikuti 18 universitas
swasta dan negeri di Indonesa yang terbagi dalam 27 tim. (Ant/OL-01)
 
http://tarig18.wordpress.com/2008/12/01/itb-juara-lomba-roket-nasional/ 
 
Yuk! Nonton Lomba Roket di Pantai Congot, Yogyakarta
04/06/2012
 
Jakarta - Minat masyarakat pada teknologi dan antariksa
dinilai masih rendah. Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN)
mengadakan lomba muatan roket yang diikuti mahasiswa di Pantai Congot,
Yogyakarta. 
 
Lomba itu digelar pada 8-10 Juni 2012 di Pantai Congot,
Kulon Progo, Yogyakarta. 40 Tim dari perguruan tinggi negeri dan swasta seluruh
Indonesia mengikuti acara itu. Masing-masing tim terdiri dari 3 mahasiswa dan 1
dosen pembimbing.
 
Menurut Budi, tiap tim nantinya harus merancang bangun
muatan roket, berupa telemetri atau kamera video. Muatan akan diluncurkan
dengan menggunakan roket berdiameter 70 meter dan panjang 1.000 mm yang
disiapkan LAPAN.
 
Untuk hadiahnya, LAPAN menyiapkan Rp 10 juta untuk juara 1,
Rp 8 juta untuk juara 2, Rp 6 juta untuk juara 3, Rp 4 juta untuk juara harapan
dan Rp 2 juta untuk juara favorit.
 
http://news.detik.com/read/2012/06/04/130759/1932054/10/yuk-nonton-lomba-roket-di-pantai-congot-yogyakarta
 

[Islah-Net] Rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU

2013-06-18 Terurut Topik Azali



Rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20132-rakyat-bangkit-\
tuntut-hak-cegah-penipuan-pru

Harakahdaily, 18 Jun 2013 KUALA LUMPUR: Pengerusi  Sekretariat Himpunan
Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani  Shamsudin berkata, umat
Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa  sebarang usaha mencegah,
terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang  pincang.


Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan  akhlak Islam. Kita
wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang  dinafikan. Islam melarang
kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk  mencegahnya, katanya
dipetik Keadilan Daily.



Justeru,  beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat
Malaysia  hadir beramai-ramai di Padang Merbok pada 22 Jun ini.



Katanya, keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada
sistem demokrasi yang herot.



Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak
mereka yang dicabuli pemerintah, katanya.



Katanya,  sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang
bermaruah dan  bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang
penuh tipu helah  dan muslihat.



Beliau menambah, usaha dilakukan penganjur Black 505 patut disokong oleh
semua rakyat yang cintakan keadilan.

PERINGATAN: Komentar  yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah
milik peribadi akaun  laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar
yang disiarkan TIDAK  menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang
disiarkan menjadi  tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar
dinasihatkan  bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar
melampau dan berbaur  perkauman.