[Islah-Net] Jenayah pelajar, kenapa tak digesa buat solat jemaah, solat hajat?

2013-06-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kegiatan jenayah dan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah semakin membimbangkan. Jika masalah jerebu kita kembali kepada Allah
dengan mengadakan Solat Istisqa’, kenapa tidak masalah jenayah di kalangan
pelajar sekolah kita kembali juga kepada Allah dengan memastikan guru-guru dan
para pelajar yang beragama Islam Solat Zuhur dan Asar berjemaah di surau
sekolah, dan dari masa ke semasa mengadakan Solat Hajat di dewan atau padang 
sekolah
agar masalah jenayah dan disiplin di kalangan pelajar sekolah berkurangan
disamping kita menggunakan teknologi moden dan terkini?
 
** 
Guna biometrik, poligraf di sekolah
 
25 Jun 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian
Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf
di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan
perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd.
Zinin berkata, sebagai permulaan, sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah
di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan
dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.
 
Menurutnya, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah.
 
"Meskipun kes-kes jenayah melibatkan pelajar masih
terkawal namun kita perlu ambil langkah pencegahan termasuklah dengan
pengenalan SPPTP yang dihasilkan secara inovasi oleh IPK Kedah.
 
"Menerusi sistem itu pelajar yang bermasalah akan
diambil cap jari atau ciri-ciri fizikal lain seperti imbasan retina (anak
mata). Sekiranya terdapat kes tertentu, ujian poligraf juga boleh dijalankan
untuk mengesan pembohongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
sambutan Hari Inovasi PDRM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Ibrahim di sini hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130626/dn_18/Guna-biometrik-poligraf-di-sekolah
 

[Islah-Net] Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal

2013-06-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Statistik menunjukkan 11.3 peratus rakyat Malaysia atau
sekitar 3 juta orang menghidap sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri
setahun. Namun tak ramai ambil peduli, amat malang ianya berlaku dalam sebuah
negara yang majoritinya umat Islam yang mempunyai banyak institusi agama dari 
KAGAT,
PERKIM, JAKIM, MAWIP, Tabung Haji dan seterusnya serta masjid-masjid yang
tersergam indah. 
 
Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal
25 Jun 2013 
 
MUAR - Seorang anggota keselamatan yang mempunyai masalah
mental mengejutkan orang ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di
sini apabila dia cuba terjun dari tangki air setinggi lebih 20 meter kira-kira
pukul 9 pagi tadi.
 
Bagaimanapun, cubaan lelaki yang berusia dalam lingkungan
50-an gagal apabila dia diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat
daerah ini.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ariff Jili berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.30 pagi dan bergegas ke tempat
kejadian dengan satu jentera bersama enam anggota. - KOSMO!
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm