[Islah-Net] Jenayah meningkat, talian 999 tak guna, rakyat kena tahu tel IPD

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Seorang pakar dan aktivis keselamatan Captain
K. Bala yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan kursus keselamatan
memberitahu bahawa kita semua perlu simpan nombor telefon Ibu Pejabat Polis
(IPD) Daerah. Daripada telefon 999, dia suruh kita telefon terus IPD, kerana
IPD akan mengarahkan terus unit peronda ke tempat kejadian. Kalau kita memandu
dari Perlis sampai Johor, takkan nak ingat atau nak simpan semua nombor telefon
IPD sepanjang perjalanan. Apa punya sistem 999 kat Malaysia ni, dah
bertahun-tahun tak boleh setaraf sistem 911 Amerika Syarikat, salah PDRM atau
salah syarikat yang dapat tender pasang sistem 999?
 
Violent crimes on the rise, say experts
Updated: Tuesday July 23, 2013 MYT 10:11:11
AM 
 
The Star : As for safety activist and
expert Captain K. Bala, violent crimes are a behavioural approach.
 
With almost two decades of experience in
conducting safety courses, Bala’s top personal safety tip is to know the number
of your district police headquarters (IPD). 
 
“Instead of calling the 999 hotline,
contact the police directly as the IPD can summon patrol cars to the site of
the report,” he said. 
 
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/23/Crime-Experts.aspx  

[Islah-Net] TV sibuk acara masak dan hiburan, tak ada ke adab sambut raya?

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Bosan betul tengok TV siang hari bulan
Ramadhan di Malaysia ni, dalam kita menahan lapar dan dahaga hampir semua
saluran TV siar acara masakan, kalau malam OK juga, ni pagi lagi dah program
masak. Tak lama lagi TV akan promosi program hiburan hari raya pertama
sampailah hari raya ke 30 agaknya. Tapi TV tak pula sibuk nak siar program adab
sambut raya. Terpaksalah korek di laman web Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
untuk adab sambut raya ni. 
 
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA  AIDILFITRI
 
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya,
perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala
iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula
adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.
 
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang
mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh
Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang
diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan-
perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala
khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu
sepanjang bulan Ramadhan.
 
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala
telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang
mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm:
"Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa
itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam
Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
 
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi
kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih
bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini
dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
 
Di samping itu disunatkan juga memakai
pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala
bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke
masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah,
kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. 
 
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum
terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
 
Selain itu, Hari Raya merupakan hari
kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling
mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya:
"Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."
 
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada
Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya,
bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang
disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang
dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)
 
Manakala itu pula, amalan saling ziarah
menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai
merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya.
Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan
disyariatkan di dalam Islam.
 
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm 

[Islah-Net] Tangani isu Syiah dengan berhemah

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Setiap apa yang kita tulis, suarakan dalam
media, internet dan sebagainya akan tersebar seluruh dunia sepantas kilat. Isu
Syiah bukan isu baharu. Sebelum kita membincangkan mengenai fatwa dan
sebagainya, para ulama dan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk saya juga
perlu bertanya pada diri kita terlebih dahulu, kenapa ada antara kita yang
mengikuti Syiah? 
 
Adakah cara hidup kita sebagai pengikut,
pemimpin agama, pemimpin negeri dan negara dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
tidak hidup secara Islam keseluruhannya, tidak berkasih sayang seperti para
sahabat, tidak meletakkan Allah dan Rasul melebihi yang lain, bermewah-mewah,
berlumba-lumba mengejar pangkat dan kekayaan menyebabkan mereka tidak tertarik
lagi dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah? 
 
Bagaimana pula fatwa ini nanti terhadap
mereka yang berfahaman Syiah yang bukan rakyat Malaysia tetapi bekerja di
Malaysia, belajar di Malaysia, berurus niaga di Malaysia, menyertai Majlis
Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, bagaimana pula urusan diplomatik dan
perniagaan kita di peringkat antarabangsa yang negara tersebut majoritinya
berfahaman Syiah dan seterusnya?
 
Oleh itu marilah kita sebarkan kasih
sayang, tolong menolong, tidak bermewah-mewah (tapi perlu kaya untuk membantu
agama), merendah diri serta lain-lain sifat terpuji agar mereka kembali
terpikat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 
 
* 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996
telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
1.    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah
diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)]
mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan
menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya
Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima
untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
 
2.    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah
dan Akhlak.
 
5.  Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan
demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah dilarang.
 
* 
Kedah bakal warta fatwa anti Syiah
18 Julai 2013
 
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah
bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di
peringkat kebangsaan sebelum ini. Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir
berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada
penularan fahaman berkenaan. “Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak
dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti
penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.
 
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kedah-bakal-warta-fatwa-anti-syiah-1.184076