[ipjps] Disebalik sekatan, `Himpunan 505' Kedah diteruskan,
tukar lokasi           Monday, May 20, 2013 6:56 PM
From:              "azali rahman" <a...@mail.com>             View
contact details
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTBtcDcxYXVrBF9TAzM5ODMwMTAyNwRhYwN2aW\
V3QUI-/SIG=1q0ugjj1r/EXP=1370257117/**http%3A//address.mail.yahoo.com/ya\
b%3Fv=YM%26A=t%26simp=1%26em=ar60%2540mail.com%26fn=azali%2Brahman%26.do\
ne=http%253A%252F%252Fus.mc1404.mail.yahoo.com%252Fmc%252FshowMessage%25\
3FsMid%253D0%2526filterBy%253D%2526.rand%253D646992585%2526midIndex%253D\
0%2526mid%253D2_0_0_1_235817_AFXrHkgAAA0AUZoBkQAAAFyJFx0%2526f%253D1%252\
6fromId%253D%2526m%253D2_0_0_1_235817_AFXrHkgAAA0AUZoBkQAAAFyJFx0%25252C\
2_0_0_1_234446_AB53k0UAAAsqUZnyFQAAALSmOZM%25252C2_0_0_1_232878_AEF3k0UA\
AASkUZntkAAAAHfcQ44%25252C2_0_0_1_231586_AP3uHkgAAOtLUZnr%25252FQsyEQf1v\
cM%25252C2_0_0_1_230263_AP3uHkgAAQsfUZnMXg44djfSVF8%25252C2_0_0_1_22250_\
AEB3k0UAAAtKUZis8QAAAO9bgzU%25252C%2526sort%253Ddate%2526order%253Ddown%\
2526startMid%253D0%2526hash%253Dc62d4dcc02f94cccbf4b68870c00480b%2526.js\
rand%253D5630120%2526acrumb%253D.8tHxVxNLBg%2526enc%253Dauto>
To:           "Ipjps" <ip...@yahoogroups.com>

RAKYATMARHAEN

Isnin, 20 Mei 2013 Disebalik sekatan, `Himpunan 505' Kedah
diteruskan, tukar lokasi
Mukhriz telah menolak permohonan PR untuk menggunakan Stadium Suka
Menanti. - Gambar failKUALA  LUMPUR, 20 Mei – Walaupun permohonan
Pakatan Rakyat (PR) untuk  menggunakan Stadium Suka Menanti ditolak
pentadbiran Menteri Besar Datuk  Mukhriz Mahathir, Himpunan 505 yang
dijadualkan pada 21 Mei ini akan  tetap diteruskan di Kompleks PAS
Kedah.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk  Mahfuz Omar berkata, selain kesal dengan
pentadbiran Mukhriz, himpunan  yang turut membariskan kepimpinan
tertinggi PR itu tetap dijangka akan  menarik kehadiran lebih 50,000
penyokong PR walaupun lokasinya berpindah  di saat-saat akhir.
"Kita tukar lokasi ke Kompleks PAS Batu 9, Kota  Sarang Semut. Kita
tidak perlukan permit kerana itu adalah premis kami,"  katanya
kepada The Malaysian Insider hari ini.

Antara  kepimpinan PR yang dijangka hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk
Seri  Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha
Agung DAP,  Lim Guan Eng, dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Sebagai  menteri besar muda, Mukhriz diharapkan untuk menyaingi
Menteri Belia dan  Sukan Khairy Jamaluddin kerana mengatakan kementerian
itu bukan  kementerian BN (Barisan Nasional), tetapi untuk semua.
"Namun saya  kecewa kerana beliau orang muda yang tidak dapat
menjiwai hak orang muda  untuk melaksanakan demokrasi terbuka, bebas,
dan memberikan hak kepada  semua," katanya.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut menegaskan,  pentadbiran PAS
Kedah sebelum ini tidak pernah memilih bulu dalam  memberikan kebenaran
kepada kerajaan untuk menggunakan premis kerajaan  negeri berkenaan
untuk menganjurkan program mereka walaupun mereka  memaki hamun PAS.
"Pentadbiran kita dahulu kita amalkan liberalisasi  demokrasi di
Kedah, Umno dan BN boleh guna (premis kerajaan negeri)  untuk maki PR,
adu domba, politik perkauman, hasutan semua kita benar  ... kenapa kita
hari ini dihalang?" soalnya, dan menambah, Mukhriz juga  adalah
orang muda yang terkongkong dengan perasaan ketakutan terhadap 
kesedaran politik rakyat.
"Malang bagi anak muda Kedah," tegas Mahfuz lagi.
Mukhriz  telah menolak permohonan pembangkang mengadakan perhimpunan di
Stadium  Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini atas alasan
perhimpunan  seperti itu tidak wajar diadakan.
Walaupun berpendapat mana-mana  pihak boleh mengadakan perhimpunan,
Mukhriz menegaskan pengisian himpuna  berkenaan juga perlu diteliti
sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan  ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh
negara bertujuan  menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap
kerajaan yang  mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan
Persekutuan  serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat  nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan
ucapan oleh pemimpin  pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan
dakwaan tidak berasas,"  katanya sebelum ini.
Kedah Pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke tangan  pembangkang dan PAS telah
melantik Datuk Seri Azizan Razak untuk  memegang jawatan sebagai menteri
besar Kedah.
Pada Pilihan Raya 2013,  negeri berkenaan jatuh kembali ke tangan BN,
apabila pakatan kerajaan  berjaya mendapat 21 kerusi, dan pembangkang
hanya mendapat 15 kerusi.  Posted & copy by   Rakyat Marhaen 
<http://www.blogger.com/profile/17391957712093366183>     at  5/20/2013
06:23:00 PTG
<http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/05/disebalik-sekatan-himpunan-505\
-kedah.html>        
<http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=3360827788983641364&postID=4\
094556455243994465>


Related Link:
http://groups.yahoo.com/group/ipjps
<http://groups.yahoo.com/group/ipjps>
Post message:
ip...@yahoogroups.com
Subscribe:
ipjps-subscr...@yahoogroups.com
Unsubscribe:
ipjps-unsubscr...@yahoogroups.com


Reply via email to