Tak pasti macamana keadaan pasar malam di negeri lain pada
waktu Maghrib. Tapi tinjauan saya di N.Sembilan antaranya di pasar malam Rembau
sebelah Masjid Jamek Rembau, pasar malam Senawang di Taman Kobena serta Taman
Senawang Jaya mendapati suasana pasar malam ini amat meriah sekali apabila
hampir masuk waktu dan sewaktu azan Maghrib dilaungkan. Sedangkan majoriti
peniaga dan pengunjung pasar malam ialah orang Melayu beragama Islam. 
 
Marilah kita doakan agar semua peniaga pasar malam seluruh
Malaysia selepas ini akan tutup sementara perniagaan mereka pada waktu Maghrib
manakala semua pengunjung yang beragama Islam tidak mengunjungi pasar malam
pada waktu Maghrib walaupun tiada arahan melakukan sedemikian dari pihak
berkuasa.
 
Semoga rezeki peniaga dan pembeli lebih berkat dan diredai
Allah ! 
 
 
BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki
menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi
solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut. Yang Dipertua Majlis Daerah
Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan
ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
 
LARANGAN BERNIAGA PASAR MALAM WAKTU MAGHRIB
 
Arahan telah dikeluarkan kepada semua peniaga Pasar Malam dalam
Kawasan Majlis Daerah Jeli supaya mematikan lampu dan memberhentikan perniagaan
5 minit sebelum masuk waktu Solat Maghrib dan 5 minit selepas.
 
PASAR
MALAM TUTUP 20 MINIT, HORMATI WAKTU MAGHRIB
 
24 Sep 2012 -  BERMULA
jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan
jalan Pasar Malam Padang Jawa. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan
Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus
niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam
tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib
di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan
bertanggungjawab.   
 
Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam,
juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya 
peraturan ini, bahkan
mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan
dibuka semula. Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata,
praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan
agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

Kirim email ke