YANG MANA KACA YANG MANA INTAN? 8. Pembuktian mesti ke tahap Yakin, jangan menyeleweng dari fakta yang dimaklumi umum. Kes minuman tongkat Ali yang dihuraikan di dalam Laporan Kahs Berita Harian semalam jelas menunjukkan perlunya kita berhati-hati dengan dakwaan tidak berasas, tanpa bukti oleh penjual yang ingin mengaut keuntungan. Jika anda pembeli, pastikan kesahihan semua dakwaan. Jika anda penjual, bawalah bukti dan hujjah anda dengan jujur; bawa dalil naqli dan aqli. Melalui dalil aqli, sekiranya seseorang ingin mendakwa keberkesanan sesuatu produk, maka ia perlu membuktikan ke tahap yang yakin, atau setidak-tidaknya dzhan. Ia perlu dibuktikan bahawa tahap keberkesanan atau kemujaraban sesuatu penawar atau terapi tersebut melebihi 75%. Ini bermakna,keberkesanan perlu berlaku pada sekurang-kurangnya 8 orang dari 10 orang yang mencubanya. Jika ada tidak mempunyai tahap keyakinan ini dalam produk anda; anda berdusta jika mengatakan produk yang anda jual boleh melakukan itu dan ini. Dakwaan keupayaaan produk juga mesti tidak tersasar daripada fakta dan teori saintifik yang telah diterima umum kebenarannya. Misalnya sesuatu produk yang mendakwa boleh memecahkan molekul air kepada yang lebih kecil dengan sendirinya palsu kerana molekul air H2O tidak boleh dikecilkan lagi melainkan menjadi atom hidrogen dan oksigen! Malangnya fakta menyeleweng sedemikian digunakan bagi menipu orang kampung. Dakwaan yang bukan-bukan juga ialah dengan membawa konsep aura atau energised. Ini adalah sesuatu yang berdasarkan sangkaan dan , hampir serupa dengan kepercayaan karut feng shui yang sering diamalkan oleh manusia yang tidak mempunyai neraca Islam. Air adalah air. Tenaga hanya wujud dalam bentuk-bentuk tertentu; tenaga kinetik, upaya, thermal dan seumpamanya. Jika tenaga diberikan kepada air ia tidak dapat menyimpannya kecuali dalam salah satu bentuk yang termaklum. Air yang sekadar melalui sebuah penapis tidak mungkin dapat ditenaga'kan atau ditambah tenaga. Bersambung inshaAllah..
--------------------------------- Don't pick lemons. See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.