Sekali lagi saya pparkan tulisan yang ajak baik. Ia nya jawapan pada Dr
RAmlee.

Yang nyata ia lah ulama dan para pengikt wahabi tak habis habis tuduh
orang yang tidak setuju dengan tafsiran mereka sebagai  ahli bidah,
etc... ini nyata.

.................................


Salam kembali atas Dr,
 
Tersesat dan menyeleweng adalah berbeza dengan kafir. Ibnu Taimiyah
dipenjarakan bukan atas tuduhan murtad atau kafir tetapi disebabkan
fatwa dan pengajarannya yang menyalahi ijmak ulama' dan akidah ASWJ.
 
Tidak timbul soal kafir. Dan tidak timbul soal beliau ahli syurga
ataupun ahli neraka.
 
Begitu juga dengan mazhab syiah. Mereka dikatakan bertentangan dgn aswj.
Ada yg berbeza sedikit dan dikatakan hampir kpd aswj. Ada yg terlalu
ekstrem dan dikatakan 'boleh jatuh kafir'.
 
Dari segi akidah, sememangnya satu perkara besar dan berat. Mengikut
kefahaman saya, ulama-ulama aswj tidak mudah menjatuhkan hukuman kafir
kpd mazhab dan aliran lain. Apa yg biasa dikatakan ialah bertentangan,
berbeza atau bersalahan dengan akidah / pegangan aswj. Walaupun spt yg
Dr. sedia maklum ttg hadis '...hanya satu yg masuk syurga iaitu aswj'.
Malah perkataan sesat dan menyeleweng pun terlalu jarang digunakan.
 
Sama juga dgn amalan-amalan dan fahaman yg dibid'ahkan oleh mazhab
salafi/wahabi. Adakah Dr. atau ustaz-ustaz wahabi lain berani mengatakan
seluruh ulama dan penganut aswj akan masuk neraka? Wallahu 'alam, saya
tak tahu.
 
Begitu juga perbezaan 4 mazhab fiqh dlm aswj. Tiada satu mazhab pun yg
menolak dan menyatakan bhw amalan dan ibadah mazhab lain tidak sah dan
tidak diterima oleh Allah swt.
 
Yang jelas kelihatan dari tulisan Sdr Grad IT, tiada hukuman kafir yang
dituliskan kecuali beberapa fakta tentang pertentangan mazhab salafi dgn
aswj. Perbezaan ini tidak boleh disangkal. Tanpa perbezaan sudah tentu
tidak wujud nama wahabi mahupun salafi dalam aliran mazhab islam. Namun
tuduhan kafir dan sesat jauh sekali. Bukankah ada nas yg memberi amaran
'Brg siapa menuduh seseorg mukmin ..... '
 
Berbeza dgn ajaran dan fahaman spt Bahai, Qadiani, Ayah Pin dan Rasul
Kahar, tak payah tanya Ust Harun Din pun tak apa, rasa-rasanya kita pun
berani mengatakan yg mereka sesat dan terkeluar drp Islam.
 
Berbalik kpd soal adakah sahabat itu aswj maka saya sarankan agar Dr
merujuk kembali kpd sejarah kemunculan mazhab dlm Islam.
 
Ttg mufti dan ulama muktabar yg Dr nyatakan tidak mengulas isu ini maka
kita serahkan kembali mereka. Ini tidak bermakna t/jwb mempertahankan
akidah dan keyakinan masing-masing menjadi satu kesalahan kpd individu
lain yang berkemampuan. Jawatan dan populariti bukanlah kayu ukur mutlak
bagi keilmuan dan keimanan seseorang. Takkan kita nak biarkan golongan
Astora Jabat (cthnya) bebas berfatwa sedangkan para mufti dan kadhi
masih selesa. 
 
Wallahu 'alam.






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke