"Kasihan pada umat Islam hari ini. Mereka tidak menyedari bahawa agama ISLAM IALAH LOMBONG BERLIAN yang tidak ada tolok bandingannya jika dibandingkan dengan ajaran serta agama lain. Mereka keluar mencari kemuliaan dengan mengikut budaya asing. Mereka mengagumi isme-isme sesat yang bercanggah dengan Islam, dan mereka berbangga jika dapat mengikut cara hidup golongan yang bukan Islam. Akhirnya mereka menjadi lemas dan hancur dan ketika keadaan sudah terlambat barulah mereka sedar bahawa kemuliaan, kebanggaan, keunggulan dan kebahagiaan yang dicari selama ini berada di depan mata mereka, iaitu Islam.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 211 Allah berfirman, 'Barang siapa menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras seksaanNya.' Dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, nikmat yang paling besar yang dikurniakan Allah kepada kita ialah ayat-ayat dan syariatNya. Inilah berlian yang kita perlukan. Apabila umat Islam mengetepikan nikmat-nikmat ini, mereka menjadi golongan yang terpinggir lagi terhina." Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang', Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria) Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun, Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 'Islam Moden,' Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.' Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains' Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi WeB: http://formulacemerlang.com/ (Dalam proses penyenggaraan) DIARI DR DANIAL: Motivasi di Perlis FM 7.45 pagi Jumaat 7 April. Menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid USM. [Non-text portions of this message have been removed] ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/